Rambut Kering Dan Rosak. Bagaimana Untuk Memulihkannya??


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Setuju tak kalau Cik Cita Katakan, zaman sekarang ramai yang mewarnakan rambut??

Mestilah setuju kan..
.
akibat selalu highlight rambut
Pelbagai Gaya Potongan rambut & Warna Rambut
Yang Selalu Dilakukan Oleh Masyarakat Kini

Kita pun boleh tengok sendiri di bandar mahupun kampung, ramai yang mewarnakan rambut mereka. Bulan ni warnanya coklat, bulan depan highlight  biru pulak. Lepastu tukar kepada warna hitam semula kan.

Lain pulak tabiat mereka yang suka alter rambut ikut citarasa masing-masing. Jenis curl, straight je, kerinting dan sebagainya. Tapi takpa, itu adalah pilihan masing-masing kan.

Tapi, bila anda dah selalu warnakan rambut, ataupun asyik set up rambut anda dengan pelbagai gaya, rambut anda akan menjadi cepat rosak akibat kesan bahan kimia dan kesan panas akibat tabiat anda suka ‘set up’ rambut tu.  Rambut akan Nampak kering, rapuh dan mudah putus. Selain itu, rambut anda juga akan nampak kusam dan tidak bermaya.

Apa yang Cik Vita nak kongsikan kepada anda ialah tentang bagaimana nak mengatasi masalah-masalah tersebut untuk dapatkan rambut anda yang asal macam baby gitu.. haaa. Sape tak nak kan.. Jom ikut tips yang Cik Vita nak kongsikan pada anda.

Rawatan Pemulihan Rambut


cara atasi rambut kering
Rambut Rosak 


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :-

  • 1 cawan mayonis [bergantung kepada kepanjangan rambut anda]
  • Plastik pembalut makanan [plastic wrapper]
  • 4-5 helai tuala kecil
  • Pengering rambut


Cara-caranya pulak macam ni…

Sapukan mayonis sedikit demi sedikit di seluruh rambut anda. Anda kena pastikan bahawa mayonis tersebut sampai ke bahagian akar rambut. Urut seolah-olah macam dekat Spa tu selama bebarapa minit supaya mayonis betul2 sampai ke bahagian akar rambut anda.

Apabila anda dah sure tahap 100% semua rambut anda dah disapu mayonis, Balut kepala anda dengan plastic pembalut makanan. Sekiranya anda seorang yang berambut panjang, cuba buat sanggul dan barulah balut kepala anda dengan plastic. Make sure semua rambut anda dibalut plastik.
Step seterusnya ialah, panas sehelai tuala kecil dengan alat pengering rambut. Bila dah  rasa tuala tu dah panas, balut kepala anda dengan tuala tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.

Semasa nak tunggu masa 10 minit tu berlalu, anda panaskan lagi sehelai tuala dengan alat pengering rambut. Bila dah cukup masa 10 minit, tukar pula dengan tuala yang baru dipanaskan. Ulangi langkah tersebut sehingga 4-5 kali. Dan setiap tuala panas yang dibalut dikepala anda mengambil masa selama 10 minit. Hal ini adalah untuk memberikan wap kepada kepala anda seolah-olah berada di spa yang sebenar.

Setelah dah selesai tukar semua tuala panas anda, , buka plastik yang membalut kepala anda dan cuci kepala dengan menggunakan air bersih.


Amalkan tips ini sebulan sekali untuk penjagaan rambut agar kekal lembut dan bersinar.  Tetapi sekiranya ‘kerosakan’ yang dialamai agak luar biasa, Cik Vita sarankan supaya mengamalkan tips ini seminggu sekali untuk memulihkannya.

Adakah Anda Tahu??


Menyikat rambut menggunakan sikat yang bergigi rapat akan merosakkan rambut anda.. Rambut kita amat sensitif dan mudah patah. Tambah-tambah kalau anda suka melakukan 'set up' rambut ataupun rebonding. So, Cik Vita sarankan anda menggunakan sikat yang jarang bagi memelihara rambut kesayangan anda.

Lidah buaya dapat memberikan nutrisi untuk rambut dan mengembalikan kelembapan kepada rambut anda. Oleh itu, penggunaan lidah buaya ke atas rambut anda adalah amat digalakkan. Caranya dengan mengambil lendir lidah buaya, dan lumurkan di rambut anda  secra keseluruhannya. Biarkan seketika. Kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. 

Cik Vita turut sarankan kepada anda supaya mengambil vitamin tambahan serta memilih shampoo yang berkualiti tinggi bagi mengawal rambut anda daripada rosak dengan lebih teruk. 


Anda Mungkin Berminat Untuk Mengetahui :-

====================================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

BERMINAT?

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]

JANA PENDAPATAN LUMAYAN 6  ke 7 Angka Di Sini







Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment