Pengalaman Lalu Menjadikan Daku Seperti Hari Ini

Assalamaulaikum & Selamat Sejahtera..

Harini Cik Vita nak ceritakan pada anda berkaitan dengan pengalaman-pengalaman yang Cik Vita pernah lalui. Pengalaman yang orang biasa akan fikir "Gila la Kau ni".. Haaa.. Apakah yang 'gila' tu??

Cik Vita dulu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] tahun 2010 - 2013. Alhamdulillah diterima untuk belajar di dalam bidang yang Cik Vita impikan iaitu Syariah & Undang-undang perbandingan. Alhamdulillah..  Bermulah episod di UKM..

Di mana-mana Universiti pun, kita mesti cari Badan Kokurikulum untuk kita join dan kumpul markah untuk Kokurikulum bagi melayakkan diri untuk berkonvo. Alkisahnya Cik Vita masuklah badan beruniform Pasukan Latihan Pegawai Simpanan [PALAPES]. PALAPES UKM digabungkan bersama PALAPES USIM, hal ini kerana USIM masih tidak mempunyai markas latihannya yang tersendiri.

palapes ukm usim
Palapes UKM Batch 32

Haaa. bermulah episod daku masuk hutan, berkawad, kelas menembak, menembak di lapang sasar, lawatan kem-kem tentera dan sebagainya. Memang memerlukan keadaan Mental dan fizikal yang sangat tinggi. Kalau down sedikit je, memang tak kan pergi jauh.

Begitulah juga Cik Vita nak kaitkan dengan perjalanan business sekarang. Cuba anda bayangkan, anda baru menaiki tangga untuk berniaga, tapi tiada langsung pelanggan datang sebab masih tak kenal orang, dan orang tak kenal kita. So, kalau anda dah give up, moral down pada hari ini, mana mungkin anda nak menggapai kejayaan pada masa akan datang. 

Berbalik semula dengan kisah Cik Vita. Kami di PALAPES diajar bagaimana untuk selesaikan masalah dengan sendiri. Para pegawai dan jurulatih memang sangat menekankan faktor penyelesaian masalah. Kami dilatih bagaimana untuk baca peta, untuk tengok kompas, kaedah berjalan malam, kaedah masuk hutan, survival dan sebagainya. Latihan yang Cik Vita jalani ialah selama 3 tahun. 

palapes ukm batch 32
Latihan Fasa Medan / Hutan


Latihan Fasa Medan ini turut dilakukan selama 3 tahun iaitu pada peringkat Junior, Intermediate dan Senior mengikut sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan. Tidak mandi selama seminggu adalah perkara biasa.. haha. Boleh bayangkan tak, Tapi dengan support dari kawan-kawan, kami semua dapat survive. Alhamdulillah.

latihan menembak palapes ukm dan usim batch 32
Latihan Menembak

Ada banyak lagi latihan-latihan yang telah dijadualkan kepada kami. Namun semua itu, Cik Vita sahut dan ia merupakan cabaran yang boleh menjadikan Cik Vita pada hari ini. Alhamdulillah. 

Kemanisan Yang Datang Selepas Kesusahan


Setelah 3 tahun belajar ilmu ketenteraan, Akhirnya Kami semua Palapes UKM ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 6 Julai 2013 di Universiti Malaysia Sabah [UMS]. Alhamdulillah.. 2 minggu sebelum ditauliahkan, kami perlu menjalani latihan kawad. Anda semua tau kan keadaan cuaca di sabah bagaimana, di tepi laut dengan cuaca yang panas kering. Memang agak memenatkan. Mula sampai di UMS, kami terkejut sebab kena bangun seawal jam 3.30 pagi untuk persiapan. dan mula kawad seawal jam 5.30 pagi. 

tauliah batch 32
Pentauliahan Diraja

Maka sampailah tanggal 6 Julai 2013, kami ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Memang mengalir air mata Cik Vita setelah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V menauliahkan kami semua Pegawai Kadet ke Leftenan Muda. Alhamdulillah. Rasa macam inilah hasil Cik Vita setelah berpeluh, berpenat selama 3 tahun.. Memang sangat menyentuh hati. 

pentauliahan diraja palapes di ums
Perbarisan dari semua IPTA seluruh Malaysia
Hanya ucapan syukur kepada Allah Cik Vita boleh ucapkan kerana diberi kekuatan untuk menjalani latihan kawad selama 2 minggu di tengah panas yang amat terik. Alhamdulillah.

pentauliahan diraja palapes siri 32
Daku : di dalam bulatan merah
Saat-saat penerimaan watikah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.. Memang Tuanku bagi watikah kepada semua para Leftenan Muda yang baru ditauliahkan. Memang best sangat-sangat.


watikah pentauliahan diraja palapes siri 32
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V

Tindakan Anda ??


Oleh itu, Cik Vita nak nasihatkan anda.. 

" Walau macam mana sekalipun susah, penat jerih kita dalam kehidupan, jangan sesekali mengalah, sebab kita ada Allah yang sentiasa ada untuk kita meminta padaNya. Dan ingat setiap kepahitan yang kita lalui, akan ada kemanisan di hadapan "

Jadi, anda kena usaha dan buat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. Walau macam mana orang herdik kita, walau macam mana orang hina kita, kita perlu teruskan. Jangan pernah mengalah. Itu yang paling penting dan mintalah doa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki anda dan jangan lupa untuk berzikir setiap hari ye.

Apa yang Cik Vita dapat bila kesabaran ada sewaktu join PALAPES?? 

I got this..

"Leftenan Muda Nurul Hafisah Binti Hasan"

palapes ukm
Daku: Tiada di dalam gambar, di barisan belakang 

Anda mungkin berminat untuk mengetahui :-


==============================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]

Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN 5 - 6 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA 
DIBERIKAN KEPADA PELANGGAN CIK VITA















Previous
Next Post »

20 comments

Click here for comments
13/11/14 4:58 pm ×

kagum dengan semangat Cik Vita...kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak disulami dengan jerih payah ketika menghadapi rintangan...

Reply
avatar
keciksangat
admin
13/11/14 5:03 pm ×

Bercita cita nak sarung unit badan berunifrom nie.. tapimtidak kesampaian sebab berat dan tinggi xcukup... hanya menjadi ahli sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia... bersyukur

Reply
avatar
13/11/14 5:09 pm ×

Wahhh gagah nyer...kita kena usahakan apa yang kita hajati itu sampai berhasil..jangan pernah putus asa...usaha dan doa kena selari

Bibir , kulit dan kuku akan menjadi pucat bila ibu mengandung mengalami masalah ini

Reply
avatar
13/11/14 7:23 pm ×

Rasa termotivasi bila baca entri saya. jujurnya saya dah mula nak give up dah bila join Shaklee ni tapi bila baca entri ni, rasa bersemangat semula.

dahsyatlah cik vita masuk PALAPES. saya yang lelaki ni pun tak sanggup. hahaha.

cara mencegah penyakit gout

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 7:46 pm ×

Aura semangat yang patut djdkan contoh 👍


khasiat bunga lawang

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 7:47 pm ×

Kena sesuatu yg dpat motivate kn diri. Kalau tak, dah ke laut kita. Apa pun, jadikan semangat cik vita ni sbgai panduan kita bsama.

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 8:03 pm ×

Woww...Leftenan Muda Nurul Hafisah. Tahniah ye. Walaupun dah bertahun awak pegang tittle tu. Hihii..

Jomm Sihat Dan Cantik -> TERSEKSA SEBAB BUASIR

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 9:17 pm ×

Wow...dulu cita2 nak kje pakai pakaian beruniform nie.tpi xde rezeki....kagum lah tgk awak.tahniah...

Supplement Shaklee Bukan Ubat

Reply
avatar
Ain Ridzuan
admin
13/11/14 9:57 pm ×

Tahniah Leftenen Muda! Saya dulu masuk pengakap je dah rasa macam nak pengsan hehehe... Hidup ni adalah perjuangan..

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 10:29 pm ×

alhamdulillah..pernah jugak melalui pengalaman seperti cik vita...mmg best join pelapes nie...

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 10:37 pm ×

Tahniah Leftenen Muda Nurul...awak memang kuat semangat...ini lah hasilnya dengan apa yang anda usahakan selama ini.

Reply
avatar
mama hantek
admin
13/11/14 11:03 pm ×

Woww leftenan muda...dulu tengok je kawan serumah join palapes ni. Mmg saya percaya kegiatan begini dapat kuatkan lagi jati diri seseorang

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 11:30 pm ×

Wah..Cik vita...Husband saya pun palapes ukm jugak...Batch 28.. Saya ukm jugak tp bukan palapes...Hehe...

bondaseri.blogspot.com

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 12:06 am ×

Tahniah cik vita... Kalau dah minat kan, semua boleh.

Ibu hamil Risau Komplikasi Pada Diri Akibat HB Darah Rendah

Reply
avatar
Akak Vitamin
admin
14/11/14 1:03 am ×

Suka tengok orang pakai uniform.. tapi sendiri pakai alamatnya makin keciklah diri ni. Hehe. Pakai cot je pun dah menggelebeh.

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 6:29 am ×

Sanagt bersemnagat waja masuk palapes ni..classmate ada sorang Palapes..tapi lelaki..

Petua Kulit Kering Dan Menggelupas

Reply
avatar
ieda dayah
admin
14/11/14 11:24 am ×

wahh.. kagumnya ngan cik vita.. tahniah leftenan muda.. memang kena kuat semangatkan kalau ikut program macam ni..

Reply
avatar
14/11/14 12:20 pm ×

Bestnya aktiviti yg ada...dulu pernah sy join KRS sekolah...lebih kurang lah..tapi nmpk yg cik vita ni lagi advanced.. hehe

Reply
avatar
Nashgal
admin
14/11/14 1:25 pm ×

Dah pencen..akak batch 25 ..tp pengalaman manis bila dh selesai.. Masa kadet tu mmg rasa nak nangis je..tp mmg terkesan

Persediaan Sebelum Bersalin: Cara Meneran Yang Betul

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 2:27 pm ×

Wahhh, Kagum saya dengan semangat waja yang ada pada Cik Vita

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment