Betik Berguna Untuk Rawatan Kecantikan


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Alhamdulillah. Kembali bersiaran ye dengan Cik Vita.. Kali ni Cik Vita nak kongsikan dengan anda berkaitan dengan BUAH BETIK. Siapa tak kenal buah betik? Mai Cik Vita belanja sekeping gambar ye mcm mana rupa buah betik ni. Haha

hilangkan jeragat dengan buah betik
Buah Betik


So, dah kenal macam mana buah betik? Buah betik sebenarnya banyak dijual dipasaran. Harga jangan cakap lah memang tersangat murah. Tapi ramai jugak yang tak suka makan buah betik ni. Kenapa ye? Cik Vita suka sangat makan buah betik, tabur pulak serbuk asam.. Haaa. Memang tak pandang buah-buahan lain dah. Hehe.

Betik ni adalah sumber vitamin A dan Vitamin C. Getah daripada pokok betik sangat kaya dengan enzim papin, iaitu merupakan sejenis enzim pencernaan yang sangat bermanfaat. Betik juga kaya dengan karotena yang baik untuk mata.

Betik juga boleh membantu untuk mengurangkan kanser. Ini kerana betik sangat kaya dengan Vitamin C. Oleh itu, betik sangat efektif sebagai antioksida. Betik juga mengandungi folasin yang terbukti dapat mengurangkan kanser tertentu.

Bagaimana Betik Boleh Digunakan Untuk Rawatan Kecantikan?


Kulit Bermasalah : Sapukan betik matang yang sudah diparut pada tempat bermasalah selama setengah jam sebelum mandi. Cara ini dapat menghilangkan bintik-bintik dan noda-noda lain pada kulit serta dapat juga menstimulasikan kilauan semulajadi. Menyapu jus betik mentah pada jerawat mampu menghilangkan jerawat.

Anda perlu mencuba jus atau pes yang dibuat daripada biji betik. Anda ambil biji betik, kisar sampai hancur. Pes ini anda sapulah pada bahagian kulit yang berkurap. Ia juga dipercayai mampu membantu menghilangkan jeragat.

Biji betik adalah bersifat anti-bakteria dan berkesan menentang bakteria E.Coli dan Salmonella serta jangkitan Staphylicoccus. Ia boleh menyingkirkan parasite yang berada di kawasan hati, usus dan buah pinggang. Biji betik juga dipercayai membantu menyingkirkan toksin di dalam badan.

Kebaikan Betik Untuk Lelaki


Buah betik kaya dengan likopena sebagaimana buah jambu, tembikai dan tomato serta beberapa jenis buah lagi. Likopena ini ialah karotenoid [pigmen antioksidan semulajadi] yang biasanya terdapat pada buah-buahan yang bewarna merah dan jingga.

Buah-buahan yang kaya dengan liopena, jika diambil bersama the hijau dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser prostat bagi kaum lelaki sebanyak 86 %. Peratusan yang agak tinggi ye, Jadi para kaun lelaki, Cik Vita nasihatkan supaya banyakkanlah makan buah betik kerana ia dapat meningkatkan kesihatan anda.

Kebaikan Betik Untuk Wanita

Khasiat betik untuk kaum wanita pula ialah berkaitan dengan betik muda. Betik Muda dipercayai sangat bermanfaat untuk kaum wanita yang sering mengalami masalah senggugut. Ianya juga baik untuk melancarkan pengaliran darah haid serta membetulkan kitaran haid anda.


# Anda Mungkin Juga meminati

===========================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

BERMINAT?

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]

## ANDA MENENTUKAN PENDAPATAN ANDA
JOIN CIK VITA UNTUK KEAHLIAN SHAKLEE











Previous
Next Post »

5 comments

Click here for comments
3/11/14 10:56 pm ×

betik ni kalau makan yg sejuk sedap jugak..

Reply
avatar
4/11/14 1:46 pm ×

nampaknya cik vita dan betik sukar dipisahkan...

Reply
avatar
4/11/14 4:21 pm ×

Makan betik dengan serbuk asam memang terbaik!!!!!

Reply
avatar
Unknown
admin
5/11/14 6:14 pm ×

Sedapnye betik...Favorite sy tu...Mkn byk2 hari2 pn tkpe..

BETIK BEST LEMON PUN BEST

Reply
avatar
ieda dayah
admin
27/11/14 5:05 pm ×

ida pulak suka mkn betik dgn kicap.. sedap sgt.. terangkat beb.. hihihi

MAKANAN MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment