Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Ramai wanita yang mengalami masalah senggugut ini.
Kebanyakannya berlaku kepada para remaja yang belum mendirikan rumah tangga.
Tetapi, tidak kurang juga berlaku kepada mereka yang telah berkahwin. Ada yang
kena senggugut yang hanya biasa-biasa sahaja. Ada juga yang sampai terguling-guling
akibat terlalu sakit.. Sebelum Cik Vita ceritakan dengan lebih lanjut tentang
sakit senggugut ni semua, apa punca senggugut..
Apakah Punca Senggugut??
Kesakitan yang selalu dialami oleh kaum wanita ini adalah
berpunca dari pengeluaran hormon Prostaglandin yang membuatkan Rahim anda
kecut bagi mengeluarkan darah haid dari rahim. Apabila Hormon Prostaglandin
keluar terlalu banyak, maka pengecutan Rahim juga berlaku secara berlebihan dan
perkara ini akan menyebabkan rasa sakit. Bukan hanya sakit di bahagian bawah
perut, tetapi juga pada bahagian bawah pinggang.
Biasanya bila tiba waktu haid, mesti akan terasa sakit
pinggang [seoalah-olah nak patah pinggang]. Kalau dtambah lagi dengan sakit
senggugut, rasa sakitnya memang akan mengganggu ketenteraman para wanita.
Senggugut aka nada rasa sakit seperti cramp di bahagian tulang pinggul bawah
perut dan sekitar ari-ari dan juga pinggang. Kadang-kadang setengah wanita
mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan sehingga tidak mampu untuk
melakukan sebarang kerja. Penyakit senggugut wanita ini amat berkait rapat
dengan fizikal, psikologi dan emosi wanita.
Tanda Yang Dialami Ketika Kedatangan Haid
- Perut Kembung
- Kejang perut
- Payudara bengkak atau sensitive
- Ketegangan atau bimbang [anxiety]
- Masalah tidur [insomnia]
- Sakit sendi atau otot
- Pening kepala
- Lesu
- Jerawat
- Hayunan perasaan [mood swing]
- Peningkatan masalah kulit sedia ada dan pernafasan atau masalah mata [gangguan bulbar, conjunctivitis]
Cara Untuk Mengatasi Masalah Sengugut
# Melakukan senaman ringan – Anda lakukan sedikit regangan
supaya otot boleh bergerak-gerak.
# Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sehat.
# Mengambil
supplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium – Cik Vita Syorkan
anda Vitamin B COMPLEX SHAKLEE dan OSTEMATRIK [Kalsium Magnesium].
B COMPLEX
B Complex Shaklee |
- Vitamin B-Complex khususnya vitamin B5, B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
- Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ia sangat diperlukan oleh kalenjar adrenal
- Vitamin B6 membantu mengurangkan pemyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
- Vitamin B6 jugan meringankan simptom-simptom fizikal dan mental sepeti kembung perut, pening, ketegangan dan hayunan perasaan.
- Vitamin B12 membantu meringankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
OSTEMATRIK [Kalsium Magnesium]
Pembekal Kalsium yang baik |
- Wanita perlu mengambil kalsium yang mencukupi untuk mengurangkan masalah senggugut.
- Sebelum datangnya haid, Paras Bebanan Kalsium Akan Menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan akan mengalami simptom-simptom senggugut yang lain. Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat mengelakkan simptom-simptom tersebut.
- Wanita senggugut juga kekurangan magnesium, So, anda perlu mengambil sumber magnesium.
# Minum air secukupnya - sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
# Tuam – tuam dengan air panas ataupun dengan alatan yang
panas di kawasan ari-ari dan belakang pinggang.
# Ubat penahan sakit – Tapi Cik Vita tak syorkan anda
mengambil ubat penahan sakit kerana ia
akan menyebabkan kesan jangka masa panjang. Cik Vita syorkan anda mengambil GLA
COMPLEX kerana ianya bahan semulajadi yang dihasilkan khususnya untuk wanita.
GLA COMPLEX
Teman Baik Wanita |
- Gla Complex ialah pati biji borage, iaitu tumbuhan yang mempunyai sumber GLA yang paling kaya.
- Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik [sejenis asid lemak yang penting] dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, dengan pengambilan GLA tambahan, ia dapat mengurangkan kesakitan senggugut tersebut.
- Ia juga dapat mengurangkan rasa sensitif di payudara dan mengawal keinginan untuk makan makanan yang manis.
Di dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh juga
disebabkan oleh masalah penyakit puan yang lebih serius seperti jangkitan kuman
[Pelvic Inflammatory Disease], endometriosis dan fibroid. Jika anda mengalami
senggugut yang amat teruk, lebih baik berjumpa dengan doctor sakit puan bagi
mengatasi kesakitan yang berlaku agar ia tidak berpanjangan dan tidak
mendatangkan kemudaratan yang terlampau.
Faktor Risiko
- Pengambilan kafien yang tinggi
- Tekanan
- Peningkatan usia
- Sejarah kemurungan
- Penggunaan tembakau
- Sejarah keluarga
- Faktor pemakanan
Anda Mungkin Meminati :-
==================================================================
Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda
BERMINAT?
~Free
Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita
ye ;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
## JANA PENDAPATAN dengan Cik Vita
11 comments
Click here for commentssakit pinggang ngan senak bawak perut memang xtahan la bila period..
ReplyAKU DAN KAMU: SAKIT BELAKANG KETIKA HAID
memang kena kawan rapat dengan gla.. hehe
Replydulu kan time skolah dok asrama ade roomate akak kalo senggugut sampai menyorok dalam almari..dia punya sakit tuh kesian tgok.. masa tu xkenal shaklee lagi huhu
Replyowh macam tu ye kalau kena senggugut.
ReplyMINYAK IKAN BANTU UNTUK KURUS
ya allah.. kesiannya sampai dalam almari.. skrg ada shaklee tak risau lagi ye..
ReplyMemang sakit kena senggugut ni. Hingga tak boleh berkata-kata. sakit ooiii...
ReplyJom jelajah : http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com/
Ct dulu senggugut ambik ostematrix jer..alhamdulillah tiada senggugut,tiada lenguh pinggang dan tiada lagi kembung perut :)
Replybetul2 gla sgt membantu..mmg hilang period pain terus
ReplySaya memang ada senggugut teruk tapi since amalkan GLA & B Comp memang terasa perubahannya. Takde lagi pain killer dalam handbag.
ReplyAlhamdulillah...nasib baik senggugut bukan kwn sy lg...hehehe
ReplyADUH PENATNYA...
Info yang menarik. Sekadar berkongsi, kajian telah menunjukkan bahawa kaum wanita yang mengambil Vitamin A, B6, C, D dan E kurang diserang penyakit senggugut. Selain itu, untuk mengelak berlaku senggugut yang teruk, elakkan pengambilan diet tinggi lemak tak tepu, coklat, teh dan kopi ketika datang haid.
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon