Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Siapa tak nak tubuh yang langsing kan?? Khususnya bagi
wanita. Bentuk dan punggung yang cantik
juga mestik ramai yang nak.. Ukuran
punggung yang sesuai juga adalah penting dalam mendapat keyakinan diri. Bentuk
punggung dan peha yang terlalu besar akan menarik perhatian ramai orang dan
akan memalukan diri sendiri terutamanya di hadapan kaum lelaki. Tak nak la
macam tu ye. Tambahan pula untuk mencari pakaian juga agak susah kerana saiz
yang tidak seimbang dengan pinggang anda.
Peha & Punggung Dapat Dikecilkan Dengan Mudah |
Bagi anda yang mengalami masalah ini, jangan mengambil
keputusan drastik untuk melakukan perkara yang kurang sihat seperti melakukan
pembedahan plastik, menyedut lemak dan sebagainya.
Anda haruslah sentiasa memotivasikan diri anda bahawa,
memiliki punggung yang besar adalah satu anugerah Tuhan yang perllu anda
syukuri kerana bukan semua wanita yang berpeluang untuk memilikinya. Tetapi
sekiranya anda memang tidak selesa dengan bentuk tersebut, Cik Vita akan
berikan kepada anda beberapa tips yang boleh membantu anda dalam menyelesaikan
masalah ini.
Peha dan punggung yang besar dan lebar masih boleh
dikecilkan kerana ianya terdiri daripada jaringan lemak dan kulit. Apa yang
perlu anda lakukan ialah bersenam dengan konsisten dan teratur supaya
lemak-lemak di kawasan tersebut dapat dibakar dengan mudah.
Cara Senaman
Cara terbaik untuk mengecilkan punggung ialah dengan
melakukan senaman senaman. Walaupun anda melakukan proses diet lemak, tetapi
anda tidak bersenam, kebarangkalian untuk lemak dibakar adalah tipis.
Kadang-kadang lemak juga tidak dapat dibakar.
Bersenam tidak semestinya melakukan aktiviti yang berat yang
boleh menyusahkan diri anda. Cukup sekadar senaman yang ringan yang hanya
dilakukan di rumah.
- Baring di atas pelapik dengan posisi tangan di sebelah peha anda.
- Angkat kaki kanan dan kiri secara berselang seli dan gerakkan ke atas dank e bawah
- Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali
- Lakukan senaman seperti anda sedang mengayuh basikal
- Lakukan dengan perlahan
- Lakukannya sebanyak 20 kali
Kedua-dua senaman ini baik dilakukan pada setiap pagi
setelah bangun tidur dan juga pada malam hari sebelum tidur. Anda juga boleh
menambah jumlah gerakan sekiranya mampu.
2] Berjalan Kaki atau Lompat Tali
Jika anda ingin melakukan kelainan, anda boleh berjalan kaki
ataupun lompat tali. Senaman ini boleh membantu anda mengecilkan peha dan
punggung. Berjalanlah sebanyak 1000
langkah dan anda akan mendapat hasil yang mengagumkan.
3] Jaga Pola Pemakanan
Anda disarankan supaya makan secara teratur. Biar anda makan
secara kerap, tetapi di dalam kuantiti yang sedikit.
Banyakkan makan sayur-sayuran dan buahbuahan supaya tubuh
anda mendapat mineral dan vitamin yang mencukupi. Ia juga sedikit sebanyak
dapat membantu membakar lemak di dalam tubuh. Anda juga disarankan supaya
memperbanyakkan minum air kosong.
4] Menarik Nafas
Biasanya ketika sedang stress, kita akan cenderung untuk
mencari makanan. Katanya untuk menghilangkan stress. Tetapi secara tidak sedar
anda telah menambahkan kadar kalori yang ada di dalam badan dan akan menjadikan
lemak di kawasan peha dan punggung anda bertambah.
Sebagai langkah bijak, buatlah terapi dengan memejam mata,
dan menarik nafas. Terapi ini akan membuatkan anda berasa relax dan aman.
Semasa menarik nafas, fokuskan tentang masa gembira anda, kejayaan anda, orang
tersayang di sekeliling anda. Selepas itu, anda akan merasa tenang.
Saranan Cik Vita
Cik Vita harap sedikit tips ini dapat membantu anda dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Buatlah langkah yang bijak. Selamat
mencuba dan Cik Vita doakan anda mendapat bentuk peha dan punggung yang diidamkan.
Selain itu, Cik Vita juga sarankan anda supaya mengambil makanan tambahan supaya anda sentisa dibekalkan nutrient yang mencukupi bagi proses mengecilkan peha dan punggung anda..
BERMINAT?
~Free
Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita
ye ;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB :Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
JANA PENDAPATAN 6 -7 Angka Bersama Cik Vita
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon