Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda !!


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Bayi merupakan anugerah terindah buat suami dan isteri. Ia adalah anugerah kurniaan Allah s.w.t yang tidak dapat ditukar ganti oleh barangan. Bayi juga adalah satu tanggungjawab besar buat pasangan suami dan isteri. Di saat si ibu disahkan mengandung, maka tanggungjawab itu telah diwajibkan di atas bahu ibu dan bapa tersebut. Maka jagalah bayi tersebut dengan sebaiknya.


larangan untuk dilakukan semasa bayi masih kecil
Bayi adalah anugerah terindah

Namun, mungkin akan berlaku kesilapan, yang mungkin ibu bapa tidak mengetahuinya. Oleh itu Cik Vita nak dedahkan kepada anda, salah satu kesilapan yang mungkin ramai orang melakukannya ke atas seseorang bayi.

Apa yang Cik Vita nak dedahkan ialah berkaitan dengan kesalahan menggoncang bayi anda ataupun Shaken Baby Syndrome [SBS]. SBS merupakan Kecederaan otak bayi yang disebabkan goncangan atu pergerakan kepala yang kuat. Sindrom ini boleh berlaku boleh berlaku dalam masa sesingkat 5 saat akibat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, kecacatan serius dan kekal kepada bayi.

menggoncang bayi akan menyebabkan kecederaan yang serius
Sumber : Google

Ia berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan ia dengan pergeraka seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebabkan berlakunya SBS. Antara sebab lain ialah penderaan bayi [child abuse] dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Kenapa SBS Berlaku?


Perkara ini berlaku disebabkan kerana kepala bayi membunyai nisbah yang lebih besar berbanding dengan badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutamanya apabila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi da nada juga yang melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Pencegahan SBS


  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau sekadar untuk bermain.
  • Jangan memegang bayi anda ketika masih marah, jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain dengan meminta bantuan kepada orang lain.

menggonv=cang bayi akan menyebabkan kecederaan pada bayi
Sumber : Google


Cik Vita berharap bahawa ibu bapa dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shake Syndrome ini. Ia bukanlah kes terpencil, malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang alat untuk menggoncang bayi seperti buaian.  

Anda Mungkin Berminat Untuk Mengetahui :-

===============================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA




Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
16/11/14 10:58 pm ×

banyak kesan negatif jangka panjang kepada kanak-kanak yang tergoncang otak ni, antaranya mereka mungkin mencari kanka-kanak yang hyperaktif dan lambat.

Reply
avatar
Unknown
admin
17/11/14 8:12 pm ×

Kadang-kadang mereka yang baru bergelar ibu dan bapa belum mengetahui Cara yang betul atau salah untuk bermain dengan anak.tapi info ini sangat membantu.Jangan biarkan anda tersilap langkah menyebabkan anak kesayangan anda mengalami kecederaan kekal


Tips-memikat-jejaka-pujaan

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment