Tips Mengelakkan Keguguran Rambut

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Kali ni Cik Vita nak cerita mengenai keguguran rambut. Macam mana nak atasi keguguran rambut yang anda alami. Cik Vita yakin, ramai yang kat luar sana alami masalah keguguran rambut. Kalau tak, tak dalah Yun Nam Hair Care tu. Mmg berkesan kalau kita membuat rawatan rambut di Hair Care macam tu, Tapi tak semua yang berkemampuan mampu pergi ke Hair Care buat rawatan rambut. 

Kali ni mai Cik Vita bagi tips dengan menggunakan bahan alam semulajadi. Sangat menguntungkan anda semua. Anda kena praktikkan secara konsisten ye. Cik Vita takut Rambut gugur semakain banyak macam sarang burung kalau tak dirawat nanti. hehe

creepy picture! ~ mcm sarang burung. No!!


Antara Tips Ringkas adalah :-

# Tips 1 - Daun Bunga Raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda yang tanam kat tepi rumah tu, tumbuk sampai lumat. Lepas tu,  gosok pada rambut sehingga kulit kepala dan biarkan sampai kering. Lepastu anda boleh bilas dengan air suam dan cuci rambut dengan shampoo yang sesuai. 

Shaklee ada menyediakan shampu rambut yang tanpa bahan kimia yang kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda. Dijamin suci dan selamat. 

# Tips 2 - Melakukan Urutan di Kepala
Mengurut kepala dipercayai boleh melancarkan peredaran darah di seluruh kepala. Peredaran rambut yang lancar membolehkan folikel rambut menjadi aktif. Folikel rambut adalah kantung yang kecil dimana akar sehelai rambut tu berada. Jadi, Cik Vita sarankan kalau ada adik, abang, kakak yang pandai berurut mintak tolong urutkan, tak pun tak nak banyak fikir, terus pergi saloon. 

# Tips 3 - Jus Daripada Bahan Semulajadi.
Ambil beberapa biji bawang putih, merah atau halia dan kisarkan, kemudian lumurkan pada rambut anda dan biarkan semalaman. Bangun keesokannya, bilas dan cuci sehingga bersih. Mungkin akan ada sedikit bau, tapi anda boleh hilangkan dengan penggunaan shampoo yang bersesuaian. Gunalah produk ProSante dari Shaklee.

#Tips 4 - Penggunaan Daun Lidah Buaya
Ambil lendir daripada daun tersebut dan sapukan terus kepada rambut sehingga ke kulit kepala. InsyaAllah, sekiranya dilakukan secara konsisten, rambut anda akan kelihatan subur, sihat dan cantik. Pertama kali Cik Vita guna Daun lidah buaya, Cik Vita beli satu batang daun je, tu pun beli di kedai cina. Lepas tu tengok berkesan, dah tanam sendiri. Anda pun boleh tanam sendiri, senang je.

# Tips 5 - Gunakan Kulit Tembikai
Ambil bahagian dalam kulit tembikai, gosokkan pada kulit kepala anda, dan biarkan ia meresap selama 15-30 minit dan boleh cuci sampai bersih. Jadi, bila beli tembikai sebijik tak dalah anda rugi kan sebab boleh guna sehingga kulit tembikai. 

# Tips 6 - Kacang Hijau
Sedapnya kalau buat bubur kan? Ini bukan bubur ye, Ini nak buat treatment rambut. Anda rendamkan kacang hijau semlaman, Tapis dan ambil air rendaman tu, dan sapu ke atas kepala serta picit perlahan-lahan kepala anda. Amalkan secara konsisten sampai anda nampak rambut baru tumbuh. Cik Vita sarankan supaya anda tak mengikat rambut menggunakan getah sayur [getah warna kuning yang selalu dapat dekat checkpoint merentas desa tu] haha.

# Tips 7 - Santan
Waktu anda nak masak kari atau masak lemak tu, ambil sedikit santan dan lumurkan keseluruhan kepala hingga ke kulit kepala. Perapkan seketika dan biar meresap sehingga kulit kepala tu. Kemudian basuh dengan air suam. Kalau tak memang berbau santan la kepala anda. shampoo jangan lupa ya. Anda akan nampak kesan kalau buat secara konsisten secara sebulan. 

Cik Vita penah buat waktu kecik-kecik dulu, nenek yang buatkan. memang bau dia sangat tak wangi, Tapi hasilnya rambut memang lebat mcm rumput tumbuh lepas hujan. hiks!

# Tips 8 - Limau Nipis
Bagi kulit kepala yang mempunyai kelemumur, anda boleh gunakan limau nipis. Ingat, elemumur juga boleh menyebabkan rambut gugur. Ambil limau nipis, gosok sehingga kulit kepala. Akan rasa pedih sedikit kalau ada kulit kepala yang luka. Perap sebentar baru bilas. Rambut anda akan wangi macam guna shampoo Sun Silk warna hijau. serius!. hehe. 

Itulah serba sedikit tips dari Cik Vita ye. Anda boleh mengamalkannya. Buatlah secara konsisten kalau nak nampak hasil dalam masa yang singkat. 


BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE?
ATAU
INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA TEAM SHAKLEE??
BOLEH SECARA PERCUMA DAN BAYARAN KEAHLIAN



~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
PM/ WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin





Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Unknown
admin
17/10/14 8:04 pm ×

semoga bermanfaat :)

Reply
avatar
keciksangat
admin
12/11/14 10:19 pm ×

Saya juga megalami masalah keguguran rambut yang agak serius... amalan di atas pernah buat..tpi xkonsisten..jadi hasilnya pon kurang..hehehehe....

mrskeciksangat.blogspot.com

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment