Apa Sebabnya Anda Selalu Mengantuk Di Pejabat?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Mudah letih? Mudah mengantuk? Kerap rasa mengantuk?. Mengantuk ni selalu je menyerang kalau kita tengah bekerja di pejabat kan? Lain pulak kalau pekerjaan tu memerlukan pergerakan, maka kuranglah sedikit mengantuk. Kalau di pejabat, hanya duduk di atas kerusi dan menaip, maka mengantuk pun cepat lah datang. 

tips hilangkan mengantuk di pejabat
Menganuk Di Pejabat

Jadi, kita perlu ketahui punca atau sebab kenapa anda rasa keletihan (letih) dan mengantuk. Cik Vita akan share dengan anda bagaimana cara untuk mengatasi rasa keletihan atau mengantuk. Mungkin ia dapat membantu masalah anda yang sering sahaja rasa mengantuk. 

PUNCA KELETIHAN dan CARA MENGATASI


TIDAK CUKUP TIDUR
Anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi
Boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terjejas
Orang dewasa perlu mendapatkan 7 - 8 jam tidur setiap malam
 Anda boleh atasinya dengan:
  • Jadikan tidur itu satu keutamaan
  • Tidur tepat pada waktunya
  • Jauhkan laptop, telefon, tv dari bilik anda
  • Jika masih mempunyai masalah, anda berkemungkinan mengalami GANGGUAN TIDUR (sleep disorder) - maka, perlu jumpa doktor anda

SLEEP APNEA
Sesetengah individu merasakan bahawa dirinya mendapat tidur yang mencukupi, akan tetapi sleep apnea mengganggu anda
Sleep apnea bagaikan memberhentikan nafas anda pada waktu malam
Setiap kali anda diganggu anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda tidak sedar
Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah "tidur" selama 8 jam
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Kurangkan berat badan anda sekiranya berat anda berlebihan
  • Berhenti merokok

TIDAK CUKUP TENAGA
Makan terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda rasa keletihan
Makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam range yang normal
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Jangan tinggalkan breakfast
  • Ambil protein dan karbohidrat dalam setiap hidangan
  • Makan makanan ringan tetapi berkhasiat lebih kerap untuk tenaga yang berpanjangan

ANEMIA
Sering berlaku di kalangan wanita
Wanita berada dalam risiko kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid
Sel-sel darah merah sangat diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ anda
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang, kekacang
  • Ambil supplement yang mengandungi zat besi

KEMURUNGAN
Kemurungan bukan sahaja melibatkan emosi malah juga keadaan fizikal anda
Keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda biasa
Jika anda rasa keletihan dan kemurungan lebih dari seminggu, jumpa doktor anda
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Lakukan psychoteraphy
  • Ambil supplement atau ubat-ubatan

HYPOTHYROIDISM
Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda
Tiroid tersebut mengawal metabolisme anda dan menukarkan makanan kepada tenaga
Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lembap dan menambahkan berat badan anda
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Sekiranya ujian darah sah kan hormon tiroid anda rendah, hormon sintetik boleh membawa kepada keletihan

TERLALU BANYAK CAFFEINE
Caffeine boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana
Namun begitu, jumlah pengambilan caffeine yang terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah.
Terlalu banyak jumlah caffeine juga menyebabkan keletihan
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Kurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan, dan ubat yang mengandungi caffeine secara beransur-ansur
  • Berhenti caffeine secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan keletihan

DIABETES
Mereka yang mengalami diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam aliran darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Ubah gaya hidup anda seperti kerap melakukan senaman
  • Jaga pemakanan anda
  • Kawal pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula

DEHYDRATION
Keletihan anda mungkin menunjukkan bahawa anda dehydrate
Anda memerlukan air secukupnya tidak kira cara anda bekerja
Dahaga merupakan anda dehydrate
  Anda boleh atasinya dengan: 
  • Kerap minum air sepanjang hari
  • Minum sekurang-kurang 2 gelas setiap sejam
  • Minum 2 gelas atau lebih sebelum dan selepas melakukan aktiviti

PENYAKIT JANTUNG
  Keletihan merupakan salah satu symptom bahawa anda berkemungkinan mengalami penyakit yang berkaitan dengan jantung
Sekiranya anda tidak lagi mampu melakukan aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan, segeralah berjumpa doktor
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Ubah gaya hidup anda
  • Mengambil ubat-ubatan dan therapeutic procedures boleh mengawal sakit jantung dan mengembalikan tenaga

KERJA MENGIKUT SHIFT
Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mengganggu waktu anda
Anda berkemungkinan berasa letih apabila anda perlu bangun
Anda juga berkemungkinan mempunyai masalah untuk tidur pada waktu siang
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Apabila anda perlu berehat, had kan pendedahan diri anda kepada cahaya
  • Jadikan bilik anda gelap, tenang, dan sejuk
  • Pengambilan supplement boleh membantu anda

ALLERGY TERHADAP MAKANAN
Ia bukan sahaja membuat anda gatal-gatal, malah ia juga boleh menyebabkan anda rasa keletihan
Jika anda rasa letih selepas makan sesuatu makanan, itu bermakna anda mungkin tidak sesuai makan makanan tersebut
  Anda boleh atasinya dengan:
  • Cuba elakkan makanan tersebut dan observe sekiranya keletihan anda berkurangan

Saranan Cik Vita


Cik Vita sarankan anda seupaya ambil dahulu setiap langkah yang Cik Vita cadangkan kepada anda. Anda juga boleh mengambil makanan tambahan untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Pada masa kini, perbagai jenis makanan khususnya yang muncul hasil dari pemprosesan. Makanan pemprosesan adalah sangat tidak baik untuk kesihatan anda dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Hasil dari sumber pengiklanan yang meluas pada masa kini, kita sebagai pengguna, terasa untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi, sekiranya anda mengambilnya tanpa pengawalan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti jantung dan sebagainya. 

Anda Mungkin Juga Berminat Untuk Mengetahui :-

======================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA




Previous
Next Post »

12 comments

Click here for comments
27/11/14 12:14 pm ×

Dulu-dulu pun selalu mengantuk di waktu siang. Lepas amalkan vitalea dan oste, lebih cergas dan bertenaga sampai ke tengah malam.
Jom Lawat Blog Raikankasih 

Reply
avatar
Unknown
admin
27/11/14 1:07 pm ×

Sealu jugak mengantuk..tambah lagi kalau meeting lama sangt..

Kepentingan Minyak Ikan Pada Wanita Hamil

Reply
avatar
Unknown
admin
27/11/14 1:31 pm ×

Bukan orang keje pejabat je yang mengantuk, akak yang surirumah ni pun sama. maklumlah banyak keje nak buat di rumah kan... akak suka ambil ESP utk tenaga... memang best

Fungsi Dan Khasiat Kayu Manis Dalam Masakan Harian

Reply
avatar
Akak Vitamin
admin
27/11/14 2:45 pm ×

Esp memang best. Duk kat rumah pun boleh pengsan kejar si kecil. Hehe. Alhamdulillah esp membantu. Lebih bertenaga.

Reply
avatar
27/11/14 3:06 pm ×

Masa say kerja dulu memnag asik nak mengantuk saja. Sebab tak cukup rehat dan masa tidur yang pendek. Sekarang sejak bergelar Wahm boleh tidur dengan cukup ...

Kurus dengan teknik yang mudah dan berkesan tanpa bahan terlarang

Reply
avatar
Unknown
admin
27/11/14 5:03 pm ×

patutlah asyik mengantuk je, rupanya ada mengalami seperti punca diatas tu.. kena atasinyalah, susah nk buat kerja klau asyk mengantuk je..

MAKANAN MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT

Reply
avatar
27/11/14 7:44 pm ×

Pengambilan suplemen amat mbantu saya dalam mendapatkan tidur yang lena dan mengurangkan mengantuk ketika di pejabat

IDAMAN SETIAP WANITA

Reply
avatar
mama hantek
admin
27/11/14 11:08 pm ×

Dulu bekerja belum kenal Shaklee lagi. Dah resign baru kenal Shaklee heheh mmg.dulu teruk sgt level mengantuk, jam 3pm dh mengantuk. Tak dpt nak elak, sbb malam-malam berjaga dgn baby kecik ehehe

Reply
avatar
noor asiah
admin
28/11/14 1:42 am ×

Teringat masa kerja..selalu tersengguk dpn pc...tambah2 lepas lunch

Reply
avatar
Unknown
admin
28/11/14 1:47 am ×

Tapikan, kalau kita amalkan vitamin n kita asyik ngantuk ja ti tandanya bdn kita bnyk toksin..

JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

Reply
avatar
bysyiraishak
admin
4/12/14 3:18 pm ×


Kalau sy mengantuk di ofis,sy akan rehat kejap sambil buat aktiviti regangan..ataupun kuar jalan2 jap sekitar bangunan ofis

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment