Wanita Yang Terseliuh Tangan Akibat Terjatuh, Sembuh Setelah Menggunakan Halia


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Amboi tajuk Cik Vita bukan main ye.. haha..
Wanita mana yang terseliuh itu?? Hihi.. Cik Vita sendiri la you all. Alkisahnya Cik Vita pernah terjatuh.. Terseliuh sikit lah di bahagian siku, sebab jatuh terhempas siku dulu.. Agak mengerikan dan menyakitkan.. Lepas tu, memang bengkak la tangan kan.. Apa lagi dah terbaca dekat buku petua, pengarang cakap gunakan halia.. Cepat-cepat Cik Vita pergi sepahkan dapur cari halia kan.. Potong halia.. Tumbuk-tumbuk sikit.. balut lah halia di tangan yang terseliuh tu dengan kain balutan.. Alhamdulillah.. Bengkak tu dah kurang.. Memang memberikan kesan yang amat baik.

Kenali Halia

khasiat halia untuk lelaki
Halia Baik Untuk Kesihtan

Halia ialah ubat anti-muntah, iaitu sejenis bahan yang sangat efektif untuk muntah dan loya. Halia ini juga zat yang amat baik untuk mengeluaran peluh.

Halia juga adalah ubat yang sangat baik untuk menyelesaikan masalah pencernaan anda. Antaranya perut kembung, mual, gangguan pencernaan, jangkitan usus, dan keracunan makanan. Halia sangat berkesan bagi mengurangkan tekanan sarah tinggi dan demam.

Halia adalah ubat yang sangat efektif kepada ibu hamil. Terutamanya ibu hamil yang selalu mengalami mual pada waktu pagi ataupun mabuk perjalanan. Bukan ibu hamil je boleh minum, kalau anda sejuk di waktu hujan juga boleh mengmbil halia. Campur dalam teh ke, jadilah teh halia.. Memang akan menghangatkan badan anda. Rasa sangat fresh tau.

Halia ni memang akan selalu ada stok di rumah Cik Vita. Bukan untuk masakan je, tapi sangat berguna untuk perubatan dan kesihatan. So, Lepas ni anda pun memang kena jadikan halia sebagai stok penting di rumah anda.

Antara Kegunaan Halia yang Cik Vita Tau


Hiris nipis halia segar ataupun satu per tiga sudu serbuk halia ke dalam jus dan minum sebanyak tiga kali sehari. Ini bergantung kepada keadaan badan kita. Untuk hasil yang terbaik, minum satu atau dua jam sebelum memulakan perjalanan anda.

Teh Halia
Ambil halia sebesar ibu jari. Tumbuk beberapa kali dengn menggunakan lesung batu. Anda tidak perlu untuk membuang kulit halia. Didihkan halia tersebut dengan secawan air panas selama beberapa minit. Tuangkan ke dalam cawan dan tambah du sudu madu. Minum ramuan ini ketika masih panas. Ia sangat baik untuk mengubati mual, mabuk, mengidam, sakit tekak, masalah perut, demam dan selesema.

Fungsi Halia


Di dalam halia terdapat kandungan magnesium, kalsium dan fosforus yang bekerja bersama-sama dalam pembentukan tulang, peregangan otot dan transmisi saraf. Kandungan mineral yang tinggi di dalam halia menjadikan ia sangat bermanfaat untuk masalah kejang otot, stress, hipertensi, lemah otot, kejang, kebingungan, perubahan peribadi, mual dan gangguan pencernaan.

Kadar kalium yang tinggi di dalam halia mampu menjaga tubuh daripada masalah tulang reput, lumpuh, otot lemah, bingung, kerosakan ginjal dan jantung. Kalium juga berfungsi sebagai pengatur yang baik degupan jantung anda.

Mengubati Luka-luka
Oleh keranan halia memiliki kadar antioksidan yang tinggi ia mampu untuk menyembuhkan luka-luka yang anda alami.

Otat, tulang dan sendi
Sekiranya anda pernah terseliuh kaki, ataupun patah tulang tangan ataupun kaki, tempat terseliuh pasti akan membengkak dengan cepat. Halia ini sangat efektif bagi mengurangkan bengkak.

Luka Potong
Potong halia dengan nipis. Kemudian balut luka dengan halia. Cara ini dapat mengurangkan pembengkakan dan rasa sakit. Tetapi dengan cara memarut halia segar dan mencampurkannya dengan bawang merah parut dan sedikit minyak jintan hitam [habbatussauda] adalah lebih baik. Sapukan ramuan tersebut pada tempat yang cedera, bungkus dengan plastik dan lekatkan dengan kain kasa yang panjang. 

Cara ini akan memberikan anda rasa panas halia. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dan jangan biarkan balutan itu semalaman. Gunakan ia selama mana anda boleh tahan dengan kepanasan halia tersebut.

Perangsang Peredaran Darah
Halia membantu anda untuk memberikan persngsang supaya darah mengalir ke permukaan. Apabila peredaran darah telah diperbaiki, makan tekanan darah anda menjadi dtabil. Halia juga meningkatkan produksi peluh dan membantu menurunkan suhu badan ketika demam.

Keadaan Pernafasan
Halia dapat menghangatkan dan menenangkan ketika ana dijangkiti selesema dan masalah pernafasan yang lain. Minum teh halia seperti yang Cik Vita jelaskan sebelum ini.

Menggigil dan Selesema
Minum teh halia panas dan tambahkan secubit serbuk kayu manis bagi menambahkan khasiat.

Masalah Perut
Siapka satu cawan besar teh halia dan minum. Cara ini membuatkan perut anda berasa lega dan membantu menghilangkan sakit kepala. 

Teh Halia Untuk Wanita
Teh Halia memiliki khasiat penyembuhan yang luar biasa untuk semua organ wanita khususnya usus besar. Selain itu, halia membantu para wanita cantik untuk menghilangkan stress.

Gunakan sepotong halia yang dihancurkan, dua cawan susu segar dan satu cawan air. Kemudian campur dan ratakan. Panaskan campuran tadi sehingga mendidih. Minum campuran ini sebanyak 2 kali ataupun 3 kali sehari.

Anda Mungkin Berminat Untuk Mengetahui :-

====================================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

BERMINAT?

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]

# JANA PENDAPATAN 6 angka sebulan bersama Cik Vita








Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
8/11/14 12:28 am ×

zai makan halia untuk buang angin dalam badan.

Reply
avatar
fisha hasan
admin
8/11/14 1:07 pm ×

kalau badan lesu pun,, mnum teh halia.. mmg rasa fresh je.

Reply
avatar
9/11/14 7:20 pm ×

macam macam ye khasiat halia ni. tak pernah tahu pun. tahu telan je. hahaha

Reply
avatar
Qaseh Aryani
admin
13/3/16 9:31 pm ×

Assalam sis , kalau terseliuh pergelangan tgn bolh letak halia juga ke??

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment