Cari Jodoh : Lelaki Ataupun Wanita Yang Harus Bertindak ??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Di dalam soal mencari jodoh, ianya sudah menjadi satu sunnatullah [hukum alam], bahawa apabila kita ingin mendapatkan sesuatu, kita perlu kepada usaha. Bukan hanya soal jodoh, malah kepada maha-mana yang anda kehendaki di dunia ini, anda perlukan kepada usaha.

jodoh pilihan menurut Islam
Perkahwinan Idaman

Langkah utama di dalam soal mencari jodoh :-

1] Perlu berdoa dengan bersungguh-sungguh [bukan sehari ataupun dua hari, malah sentiasa berdoa.
2] Berusaha dengan sebenar-benar usaha seperti yang disyariatkan Islam
3] Bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Di dalam soal mencari jodoh untuk menuju ke alam perkahwinan, setiap umat Islam samada lelaki mahupun wanita, haruslah berusaha untuk mencari jodoh yang terbaik untuk mereka. Apa yang penting di dalam mencari jodoh ialah dengan niat ikhlas dan mengikut panduan Islam.

Islam amat menggalakkan umatnya di dalam soal mencari jodoh untuk menuju ke alam perkahwinan kerana ianya kaedah terbaik untuk membangunkan agama dan menghindari bisikan syaitan.

Perkahwinan adalah benteng pertahanan daripada musuh-musuh Allah dan orang-orang mukmin kerana dengan perkahwinan ianya akan dapat mengelak daripada bisikan syaitan yang senantiasa menyuruh kepada maksiat dan kejahatan.

Alam Perkahwinan Menurut Islam


Di dalam Islam, mencari jodoh, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta keluarga adalah perkara yang amat penting. Dr. Wahbah al-Zuhayli menyatakan di dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy bahawa perkahwinan atau al-nikah ialah satu akad yang menghalalkan perhaulan di antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan akan menimbulkan hak dan kewajipan ke atas mereka.
Menurut definisi ini, ada 2 perkara penting yang boleh dikeluarkan iaitu :-

1] Perkahwinan ini adalah menyatukan hati antara 2 insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab Kabul yang sah di dalam Islam.
2] Berkait rapat dengan perjanjian dengan Allah iaitu berkaitan degan tanggungjawab antara suami dan isteri.

Oleh itu, perkahwinan ini mempunyai nilai keagamaan, kepatuhan kepada arahan Allah s.w.t. yang perlu dijaga sepanjang tempoh perkahwinan. Sebab itulah kenapa Islam amat mementingkan umatnya supaya memilih jodoh menikut agamanya, bukan kerana mengikut nafsu. .

Agama Islam amat menyarankan kita untuk menyegerakan usaha dalam mencari jodoh untuk menjadi pasangan hidup apabila telah cukup syaratnya. Antaranya ialah tentang ilmu untuk bekalan alam perkahwinan, keperluan seperti perbelanjaan, persediaan penginapan untuk bakal isteri dan lain-lain mengikut kemampuan.

Siapa Perlu Bertindak Di Dalam Soal Jodoh?


Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan menjadi penjaga baginya”. 
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Allah s.w.t. tahu bahawa manusia amat lemah dalam soal jodoh dan kebanyakan manusia tidak mampu untuk mengawal nafsu syahwat. Oleh sebab itulah Allah perintahkan supaya manusia bersegera berkahwin bagi yang mampu. Bagi yang tidak mampu, maka diperintahkan supaya berpuasa kerana ibadah puasa mampu memadamkan nafsu syahwat dan menjauhkan diri dari godaan syaitan.

Di dalam kajian yang dijalankan bahawa, titik perubahan utama dalam kehidupan seseorang adalah sewaktu bermulanya alam rumah tangga kerana detik itulah mereka akan mengubah menjai lebih baik atas dasar tanggungjawab yang begitu besar yang akan ditanggung oleh mereka.

Bagi suami mula akan memikirkan tentang mendidik anak-anak dan isteri menjadi insan yang baik di sisi Illahi, mencari nafkah dan sebagainya. Manakala Isteri pula akan memikirkan tentang misi mereka untuk mendapat title isteri solehah di sisi Allah.

Oleh itu, bagi soal jodoh perkahwinan ini, masing-masing perlu berikhtiar dan mencari jodoh masing-masing yang terbaik untuk mereka.

Bagi lelaki carilah wanita yang baik yang boleh menjadi ibu yang baik kepada zuriatmu. Manakala wanita pula carilah lelaki yang terbaik untuk memimpinmu dan anak-anakmu untuk ke syurga.  Pilihlah atas dasar agamanya. Itu yang paling penting.

cara-cara mencari jodoh  yang sesuai
Keluarga Bahagia

Ingat, jodoh tidak akan sampai sekiranya anda tidak mencarinya. Dan ingatlah Allah akan bersama-sama dengan mereka yang tidak kenal erti putus asa. Berdoalah dan berusahalah. Semoga Alah memudahkan jalan untukmu.


Anda Mungkin Berminat Untuk Mengetahui :-

================================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]

Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 


Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin






Previous
Next Post »

6 comments

Click here for comments
12/11/14 7:25 pm ×

bagus ye entri ni. mudah mudahan saya juga akan mendapat jodoh yang baik. :)

Reply
avatar
keciksangat
admin
12/11/14 10:16 pm ×

Tidak perlu terlalu obses dalam mencari jodoh,kadang sampai xsedar jodoh sudah semakin hampir... dan ade pula terlalu kecewa kerana tidak mendapat jodoh walaupon sudah pelbagai usaha dilakukan.. mohon lah kepada Nya agar mudah mendapat jodoh.

mrskeciksangat.blogspot.com

Reply
avatar
12/11/14 11:12 pm ×

kadang2 jodoh ni bila dicari tak datang..tp bila tak dicari ia datang je dgn mudah...

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 1:29 am ×

mksudnya.. usaha yg kita mencari dulu tu Allah dah makbulkan.. hehe

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 1:30 am ×

kena doa banyak2.. sbab Allah yg gerakkan hati manusia.. insyaAllah

Reply
avatar
Unknown
admin
13/11/14 1:30 am ×

aminnn.. didoakan semoga semuanya akan mendapat yg baik..

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment