Kenapa Laki Aku Cari Lain ??

Assalamaulaikum & Selamat Sejahtera..

Persoalan yang Cik Vita utarakan memang persoalan paling hot di seluruh abad kan?..

Kenapa suami aku cari lain?? Ataupun perkataan mudahnya berpoligami..

sebab suami berpoligami
Berkongsi Kasih. Kenapa ia berlaku?
Semua wanita amat sensitif dan tak boleh diterima oleh akal dan minda berkaitan poligami ataupun “berkongsi kasih”. Dengan kata lain ialah bermadu.

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan wanita tidak suka mereka dimadukan walaupun Islam telah membenarkannya. Walaubagaimanapun, ada juga dikalangan wanita yang redha dengan ketentuan takdir Illahi. Di dalam Islam, kaum lelaki memang dibernarkan untuk berkahwin lebih daripada satu. Tetapi dengan syarat lelaki tersebut kenalah adil dari sudut zahir mahupun batin.

Cik Vita berpendapat, ada sesetengah lelaki yang ingin mengikut sunnah Nabi dengan berkahwin lebih daripada satu, tetapi perkara wajib pun masih belum sempurna. Bagaimana pula sunnah berpoligami boleh didirikan oleh beliau sedangkan solat 5 waktu masih belum sempurna?. Memang sangat hairan dengan orang sebegini..

Allah s.w.t. berfirman di dalam Surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud : “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perepuan yatim [apabila kamu berkahwin dengan mereka], maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan [lain]: dua, tiga atau empat.”

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil [antara isteri-isteri kamu] maka [berkahwinlah dengan] seorang sahaja, atau [pakailah] hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat [untuk mencegah] supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Fenomena suami mencari wanita lain, bukanlah suatu isu yang baru, malah memang telah lama dibahaskan. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan tidak boleh menunding jari kepada satu pihak sahaja. Selalunya, apa yang kita dengar ialah, lelaki mencari lain sebab mengikut hawa nafsu, langsung tidak menghargai pengorbanan isteri ataupun ada perempuan lain yang ingin merampas suaminya atas dasar harta, kekayaan dan kemewahan semata-mata.

Sebagai wanita, kita tidak boleh menunding jari begitu sahaja, malah kena mencari punca kepada fenomena ini berlaku terlebih dahulu kerana itu adalah jalan yang terbaik. Fikir dalam-dalam, kenapa suami aku cari lain??

Hasil pembacaan Cik Vita di dalam sebuah majalah Humairah, seorang lelaki bersetuju, bukanlah mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami walaupun seorang isteri, apatah lagi kalau berpoligami. Tetapi, apabila diselidik kembali, mereka berpoligami kerana memang fitrah lelaki yang inginkan kasih saying, perhatian dan layanan seksual yang mencukupi untuk mereka.

Mari kita fikir sejenak berkenaan kiasan ini :-
Adakah salah jika seorang lelaki pergi ke kedai untu minum kopi disebabkan di rumahnya tidak ada sesiapa yang menyediakan kopi untuknya??


3 Punca Utama Suami Mencari Wanita Lain


Komunikasi Yang Lemah Dan Tiada Persefahaman

sikap tiada persefahaman boleh menyebabkan rumah tangga bergolak
Masing-masing mempunyai sikap ego
Sifat seorang lelaki ialah mereka mudah berasa jemu dan bosan apabila pasangannya selalu membebel dan sering membantah apa-apa yang dicakap serta yang dilakukannya. Tanpa disedari, ego seorang lelaki telah dicabar oleh isterinya. Ini menyebabkan lelaki rasa mereka tidak dihargai dan dihormati.

Lumrah seorang manusia suka mendapat penghargaan setelah banyak berkorban untuk membina sebuah keluarga. Apakah salah sekiranya mengucapkan “terima kasih” dan mengucapkan kata-kata manis kepada pasangan. Pasangan yang kurang mendapat penghargaan akan mula mencari teman lain di luar yang lebih memahami dan menghargai mereka.

Gagal Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Isteri

sikap isteri yang mengongkong
Sikap queen control menjemukan suami
Perkahwinan ialah satu tanggungjawab. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang tersendiri, namun jangan sampai isteri mengambil alih tanggungjawab suami iaitu queen control. Apabila keadaan ini berlaku, suami akan mula menjadi bosan dan rimas dengan sikap isteri yang suka mengongkong dan menyebabkan tahap kasih sayang suami kepada isteri berkurangan.

Disebabkan kesibukan hidup masing-masing, semakin kurang masa yang diluangkan bersama dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan keakraban suami dan juga isteri seperti memasak dan makan bersama-sama.

Kelaki juga menginginkan suasana yang manja dan romantis namun, jika suasana di rumah semakin dingin maka tidak hairanlah si suami cuba untuk mencari yang lain.

Dingin Dalam Hubungan Seks

kebahagian rumahtangga bermula dengan hubungan suami dan isteri
Hubungan yang dingin 
Isu ini adalah isu yang selalu dipandang remeh atau malu untuk dibincangkan. Tetapi kebahagiaan dan keintiman sesebuah rumah tangga sangat bergantung kepada hubungan seksual. Kita tak tahu samada pasangan kita benar-benar puas. Anda kena tanya pasangan anda secara jujur dan telus. Anda juga boleh perhatikan dari segi perubahan sikapnya. Jika dia semakin “dingin” dan kurang berminat untuk bersama dengan anda, kemungkinan besar dia ada “yang lain”.

Kadangkala kaum wanita terlepas pandang dan tidak cuba mengambil tahu akan kehendak seksual suaminya. Kaum wanita sering memberi alasan penat dengan kerja rumah, penat dengan anak-anak sebagai alasan untuk tidak melayani kehendak suami.

Ini adalah beberapa punca yang boelh menyebabkan suami anda mencari yang lain. Kaum wanita pula hendaklah memberi perhatian dalam rumah tangganya. Jadikan rumah itu betul-betul syurga untuk suami dengan layanan mesra, penuh kasih sayang, menghiasi diri untuk suami. Sentiasa menyambut suami seperti pasangan yang baru berkahwin dan sering mengajak suami beribadah bersama-sama. Jangan cuba memberi pelbagai alasan kerana akibatnya berkemungkinan suami anda akan mencari yang lain..

Pikat Suami Anda Dengan Set Honeymonn Shaklee


Shaklee juga turut menyediakan anda vitamin untuk eratkan kembali hubungan anda dengan yang tersayang.

alfalfa sebagai kacip fatimah untuk wanita
Set Honeymoon Suami dan Isteri


Untuk wanita Cantik :-

Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut dan sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri kerana ia mengandungi phytoestrogen yang mempunyai fungsi yang sama seperti kacip fatimah. 

Untuk Lelaki Kacak :-

Vitamin E Complex

Di dalam Vitamin E terdapat Selenium yang merupakan antioksidan yang boleh mengurangkan risiko penyakit kanser prostat. Selenium turut memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita. Namun, pengambilan Vitamin E di kalangan lelaki adalah lebih penting kerana ia akan diproses dan dikeluarkan melalui air mani lelaki. Gabungan Vitamin E dan Selenium dapat meningkatkan pengeluaran sperma yang baik.

Jadi, disinilah Vitamin E dan Selenium bertindak bagi suami dan isteri yang menginginkan cahaya mata atau yang ingin menambahkan cahaya mata.

Tahukah anda ??

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dlm menikmati hubungan suami isteri berbanding dengan yang tidak mengambilnya langsung. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurangnya tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires” dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik.

Jadi kepada isteri yang mempunyai masalah ini, belilah dan hadiahkan kepada suami tersayang anda, Jangan biarkan masalah rumah tangga anda meruncing..Tidak salah juga sekiranya suami membeli untuk kebaikan isteri. Anda juga yang beruntung kan??


Anda juga berminat untuk mengetahui :-

=======================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA








Previous
Next Post »

19 comments

Click here for comments
Unknown
admin
18/11/14 11:04 pm ×

Ahhaaa..nie mesti gara-gara cik mah kan. Walaupun kita sesibuk mana sekalipun, kena la pandai berhias diri. Tak perlu nak pakai cantik, berhias emas bagai. Cukuplah sekadar penampilan tu kemas..TAPI yang dalam WAJIB jaga elok2.hihii...malu aii

JommSihatDanCantik -> BACA POINT PENTING ESP

Reply
avatar
rosnaziana
admin
18/11/14 11:06 pm ×

Minta dijauhkan perkara-perkara begini..nak buatkan suami sayang pads kita haruslah kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan suplemen cinta shaklee..pastinya mana yang dingin pasti panas dan mekar setiap hri seperti baru-baru kawen dulu..penjagaan diri juga penting sentiasa bertenaga,cergas sepanjang hari..xnak lah suami balk kerja masih pakai baju tidur,kain batik...siap cantik2,wangi2 sambut suami..hehe

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin C Shaklee

Reply
avatar
Unknown
admin
18/11/14 11:37 pm ×

bagi saya amatlah tidak releven jika suami ingin berpoligami disebabkan kurang layanan seks..sepatutnya kalau nak berpoligami, cuba pilih janda-janda yang anak ramai. rasanya kebanyakan lelaki yang kawen llain semua cari yang muda-muda je..itu pendapat saya la =)

Asam Pedas Keladi..Hirup Sampai Tak Panggumg Kepala

Reply
avatar
mama hantek
admin
18/11/14 11:40 pm ×

Naudzubillah minta jauh la perkara2 gini..
Ehmmm baru beberapa hari lepas sorg member bisik husband dia 'power' semacam lepas amik vivix. Dia.pun tgk husband dia rajin je amik vivix, maybe sedar perubahan kot. Tp share kat sini je la, buat iklan kang macam 'seram' jek ahahaha

Reply
avatar
Unknown
admin
19/11/14 12:17 am ×

kes cik mah ke..hehehe.. jom kepit suami dengan set honeymoon shaklee

Reply
avatar
Unknown
admin
19/11/14 12:35 am ×

Btol tu...kite sebagai org ppuan.walaupun hnya surirumah...kena lah jaga penampilan jgak.mintak jauh lah kez2 gini...jom hadiahkan suami set honeymoon nie.


Kelebihan Set Bersalin Shaklee

Reply
avatar
Unknown
admin
19/11/14 6:14 am ×

Kalau baca kisah Cik Mah tu macam tak adil pula kan...suami hanya pandang pada kecantikkan semata-mata, kebaikkan dan kesetiaan si isteri jatuh pada no 2...apapun penampilan dan kecantikkan kita sebagai wanita memang harus kena jaga.

Reply
avatar
19/11/14 6:34 am ×

Sebagai suami isteri kita haruslah mengetahui keperluan masing-masing. Bahagiakanlah pasangan dan hormatilah apa yg dia mau. Jaga penampilan dan kesihatan diri anda. Kepercayaan satu sama lain adalah yang paling terpenting.

Keistimewaan Meal Shakes Untuk Siapa

Reply
avatar
Unknown
admin
19/11/14 7:11 am ×

Suami adalah pelengkap isteri. Isteri adalah pelengkap suami.Jadi kena cuba bertolak ansur.komunikasi antara satu sama lain itu penting bagi mengelakkan perbalahan.kena fahami keinginan pasangan masing-masing. Jum cuba set honeymoon ni
aktiviti bersama keluarga

Reply
avatar
Nursimatun
admin
19/11/14 8:10 am ×

Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. Allah dah tetapkan yang terbaik utk kita. Tak perlu yang begitu sempurna jika kita pun ada kelemahannnya.. Cukuplah sekadar menerima pasangan itu seadanya... betul tak?

Betul Ke Set Shaklee Dapat Mencegah Asma Dari Menyerang?

Reply
avatar
Unknown
admin
19/11/14 8:19 am ×

Sekarang ni macam2 hal..dunia akhir zaman..

Kulit Kering dan Menggelupas

Reply
avatar
19/11/14 10:10 am ×

Hubungan cinta suami isteri perlu dipupuk dan dikekalkan sepanjang masa. Mudah-mudahan kita bahagia hingga ke akhir hayat.
Jom Dapatkan Hadiah Comel Ini

Reply
avatar
19/11/14 10:32 am ×

minta dijauhkan....semoga ikatan cinta suami isteri yang dibina berkekalan sehingga ke Jannah...

turunkan bacaan kolestrol

Reply
avatar
Unknown
admin
19/11/14 10:56 am ×

semoga dijauhkan masalah ini berlaku, jom kita ambik set honeymoon shaklee untuk semarakkan lagi kasih sayang suami isteri.

Reply
avatar
Nashgal
admin
19/11/14 4:30 pm ×

Selain menerima kekurangan pasangan, kedua-duanya perlu tingkatkan amalan Rohani dan.istiqamah melakukan suruhan.Allah.

Tingkatkan Kesihatan Jantung

Reply
avatar
iras
admin
19/11/14 11:40 pm ×

Madu???

Saya memang tak rela dan tak terbuka..huhu

Jemput baca: Bagaimana Kekal Slim Selepas Bersalin Agar Baju-Baju Lama Muat Dipakai

Reply
avatar
19/11/14 11:46 pm ×

monogami atau poligami yang sebenarnya lebih dikatakan sunnah..ramai yang salah saham..

Set Honeymoon ni sememangnya set pengikat suami isteri :D


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Reply
avatar
Unknown
admin
20/11/14 12:00 am ×

Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke jannah.. takutnya. Minta dijauhkan poligami ni. Nak share barang kesayangan pun tak suka apatah lagi berkongsi suami.. Nauzubillah..

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment