Assalamualaikum & Selamat Sejatera..
Cik Vita nak kongsikan kepada
anda tentang berbekam hasil dari pembacaan Rasulullah is My Doctor dari karya
Jerry D Gray. Benarkah statement yang Cik Vita berikan kepada anda tentang
bekam boleh menyembuhkan kepelbagaian penyakit anda..
Berbekam Untuk Melancarkan Peredaran Darah |
Abu Hurairah merekodkan, Nabi
s.a.w. berkata “Tidak ada penyakit yang Allah ciptakan, kecuali Dia juga yang
menciptakan ubatnya”. Bekam yang pertama yang dicatatkan adalah waktu zaman
Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Imam Bukhari, Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi
Muhammad s.a.w. mengizinkan perubatan berbekam ini. Nabi Muhammad s.a.w. juga berkata
“Dalam bekam ada penyembuhan”. Dan Baginda juga ada berkata “Siapa yang
melakukan bekam pada hari 17, 19, ataupun 21 [bulan Islam], setiap penyakitnya
sembuh”.
Haaa. Nampak tak?? Nabi sarankan
kita berbekam, siap nyatakan tarikh mengikut bulan Islam lagi yang amat sesuai
melakukan bekam. Actually, Cik Vita pun tak pernah berbekam, tetapi menurut
kawan-kawan yang telah berbekam, memang akan rasa kelainan setelah berbekam.
Badan terasa amat ringan, fresh dan sebagainya. Iyelah kan, bila darah kotor
semua disedut keluar, memanglah badan akan terasa ringan sebab darah dah
beredar dengan lancar.
Bekam ni mempunyai banyak nama.
Ada yang memanggilnya badkesh, bahnkes, bekam, buhang, bentusa, kuyukaku, gak
hoi dan hijamah. Tak kiralah apa nama yang dipanggil, yang paling penting
penyakit yang dihidapi akan sembuh ataupun berkurangan.
Cara Berbekam
Alat untuk berbekam ni kita
kenali dia dengan Cup. Cup untuk berbekam ni ada pelbagai bentuk seolah-olah
bola ataupun loceng. Saiz yang ada berbeza-beza iaitu berdiameter antara 25mm
hingga 75mm. Cup ini diperbuat dari plastic ataupun kaca bagi menggantikan cup
dari tanduk, tembikar, buluh serta logam yang dicampur tembaga.
Di dalam berbekam, ia akan
meghasilkan udara bertekanan rendah. Udara tekanan rendah ini dibentuk didalam
cup melalui pemanasan cup ataupun pemanasan udara menggunakan api. Satu lagi
cara adalah dengan merendam cup ke dalam minyak panas, kemudian diletakkan di
atas permukaan kulit. Cara terkini ialah dengan menggunakan kaedah vakum. Ia
dicipta menggunakan perkakas penyedut mekanikal dengan alat sedut berada pada
bahagian atas cup. Cup getah biasa digunakan bagi mengepam udara keluar dan
menyebabkan permukaan kulit yang rata dan menggelembung.
Cup boleh digunakan satu ataupun
lebih di dalam satu sesi rawatan. Sebelum melakukan bekam, bahagian kulit akan
disapu dengan minyak khusus supaya cup dapat bergerak di atas permukaan kulit
secara perlahan dan mewujudkan tanda kedap udara yang lebih kuat.
Selepas itu cup akan dicabut dan
kawasan tersebut akan dicucuk sebanyak 20 hingga 30 tusukan kecil dengan
menggunakan jarum bekam.
Kemudiannya, bahagian yang
dicucuk tadi akan ditutup semula dengan cup dan akan disedut dengan menggunakan
penyedut vakum dan akan dibiarkan selama 3 hingga 5 minit.
Selepas itu, cup bekam akan
dicabut dan tisu akan digunakan bagi menghalang darah dari terkeluar. Then,
lapkan darah kotor yang keluar menggunakan tisu bersih. Langkah terakhir ialah,
bahagian yang berbekam akan disapu dengan antiseptic bagi mengelakkan jangkitan
kuman.
Kesan Berbekam
Cup yang dicabut akan
meninggalkan kesan berwarna merah ataupun hitam pada kulit. Biasanya, semakin
lama cup dipasang atau ditekapkan, semakin gelap warna lingkaran pada kulit.
Rawatan berbekam ini tidak sakit sebenarnya, tapi sekiranya anda rasa sakit,
cup perlu ditanggalkan dan ditekapkan semula. Kesan hitam akibat berbekam
biasanya akan hilang selepas 4 hari.
Cik Vita sarankan anda supaya
mendapatkan rawatan bekam daripada orang yang berpengalaman, mengetahui apa
yang dilakukannya dan menggunakan alat yang-alat yang bersih serta disteril.
Imam Muslim menganggap bekam
adalah sebagai kaedah perubatan yang efektif, berkesan dan penting bagi
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Namun, keberhasilan ataupun kegagalan
sesuatu perubatan adalah dengan izin Allah s.w.t.
Anda Juga Mungkin Meminati :-
====================================================================
Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda
BERMINAT?
~Free
Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita
ye ;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
JANA PENDAPATAN 6 - 7 Angka Bersama Cik Vita
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon