Khasiat Timun Untuk Kesihatan Dan Kecantikan


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Bila sebut je timun, mesti ada yang suka gile dengan timun. Ada jugak yang cakap timun ni langsung tak sedap. Haha. Biasalah kan, manusia ni ada yang dia suka, ada yang dia tak suka. Tapi Cik Vita suka sangat dengan timun.

khasiat timun untuk kecantikan
Timun

Timun ni kan sejenis sayuran yang boleh dikatakan sayuran yang agak murah dan senang didapati. Macam-macam boleh buat dengan timun ni antaranya ulam-ulaman, buat jelatah, makan dengan nasik lemak dan sebagainya.. Sedapnyaa. Hehe

Kalau hal kecantikan pulak, timun ni dikatakan mampu untuk hilangkan eyebag di bawah mata yang macam panda tu kan. Simple je, hiris nipis-nipis dan letak je atas mata. Then, relax sampai tertidur pun tak pa. Sebab tu la kat pasaran banyak produk kecantikan seperti mask, eye mask berasaskan dari timun. Itu yang dah diproses, Kalau kita letak yang asli maybe lagi berkesan kan.

Tapi sebenarnya, timun bukan tersekat hanya untuk makanan dan kecantikan sahaja, pelbagai lagi kegunaan lain tau. Jom kita lihat apa lagi manfaat timun ni sebenarnya.

Manfaat Timun Dari Segi Kesihatan 


  • Mencegah Sembelit – Kandungan Air dan serat yang banyak di dalam timun, mampu untuk menyihatkan organ pencernaan sekaligus melancarkan proses pembuangan air besar ataupun menghilangkan masalah sembelit anda.
  • Merawat Cirit-birit Kanak-Kanak – Sediakan sebiji timun dan cuci sehingga bersih dan seterusnya rebus. Timun yang telah direbus hendaklah dikisar untuk mendapatkan airnya. Tapis dan ambil air pati timun tersebut dan campur dengan sedikit madu. Minum jus sehingga anda rasa cirit-birit beransur pulih.
  • Tekanan Darah Tinggi – Sesiapa yang ada penyakit darah tinggi dosyorkan untuk mengamalkan minum air timun. Sediakan 2 biji timun, cuci dan parut dan perah airnya. Amalkan minum airnya 2-3 kali sehari. InsyaAllah penyakit darah tinggi itu akan berkurangan.
  • Menyembuhkan Bisa Dari Sengatan Lebah – Kupas dan potong timun menjadi potongan kecil. Kisar timun sehingga mendapat cairan yang pekat. Lumur ke bahagian terkena sengatan lebah atau rendam bahagian yang terkena sengatan dengan cairan timun tersebut selama lebih kurang 1 jam. InsyaAllah bengkak serta rasa biasa akan berkurangan.
  • Melawaskan Kencing – Amalan minum pati timun dapat membantu melawaskan kencing. Campurkan segelas pati timun dengan satu sudu the madu dan satu sudu the air limau nipis. Minum ramuan ini 2 kali sehari.
  • Merawat Ulser Mulut – Bagi sesiapa yang terkena ulser mulut, anda boleh makan timun ni macam arnab makan carrot. Cuma perlu gigit seperti biasa. InsyaAllah akan menampakkan kesan positif.

Manfaat Timun Dari Segi Kecantikan



Tadi Cik Vita ada bagitau anda, timun juga berfungsi untuk kecantikan iaitu dengan memulihkan eyebag yang macam panda tu kan. So, sebenarnya bukan terhenti setakat itu sahaja. Timun juga boleh dijadikan sebagai masker wajah tau. Bertapa heavennya masker timun.. Sejuk je rasanya. Anda kena cuba tau. Masker ini juga berfungsi untuk memitihkan wajah anda.

Cara-caranya :-
  1. Ambil sebiji timun dan bersihkan kulitnya.
  2. Potong kecil-kecil dan kisar sehingga halus
  3. Tapis air timun tersebut
  4. Campurkan dengan sedikit perahan air limau nipis
  5. Campurkan dengan putih telur [kacau putih telur terlebih dahulu]
  6. Setelah semuanya sebati, anda boleh sapukan ke wajah serta leher, dan biarkan sehingga 20 minit.
  7. Selepas itu, boleh bilas dengan air suam.


Anda akan dapat rasakan wajah anda tegang dan lembut. Lakukan sebanyak 3 kali di dalam seminggu. InsyaAllah anda akan Nampak hasilnya.

Terdapat juga masker yang dibuat dari bahan Organik lain. Anda pasti akan merasai kelainannya..

=======================================================================

Cik Vita PENGEDARSHAKLEE Anda

BERMINAT?

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]

## Jom Join Cik Vita JADI AHLI Shaklee 









Previous
Next Post »

6 comments

Click here for comments
1/11/14 6:46 pm ×

kalau nak cantik, timun pun timunlah hehee..tp bestnya timun kalau pakai bawah mata..segar rasa

Reply
avatar
Ku liza
admin
2/11/14 12:35 am ×

kalau buat gulai,suka masukkan timun.
shedapppp...manis.

Reply
avatar
Unknown
admin
2/11/14 1:52 am ×

timun kita pakai nak bg hilang mata panda. hehe

klik disini

Reply
avatar
Unknown
admin
2/11/14 3:55 am ×

timun makan dgn sambal belacan kak kiah mau terangak, resipi sambal belacan berapi http://cahayaummurizqi.blogspot.com/search/label/Resipi%20Sambal%20Belacan%2

Reply
avatar
Unknown
admin
2/11/14 5:32 am ×

Timun nie kalau masukkan dalam gulai sedap weyh..pg2 lagi dah mkn nasi :)

Reply
avatar
Unknown
admin
2/11/14 5:33 am ×

Timun nie kalau masukkan dalam gulai sedap weyh..pg2 lagi dah mkn nasi :)

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment