Resepi Sup Tulang Ala Thai Buat Semua Orang Tak Pandang Belakang


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Hai semua readers Cik Vitamin. Sihat semua? Kali ni Cik Vita nak bawakan anda menyelami dunia makanan sikit. Haha. Selalu pasal kesihatan kan? Kali ini, kita break the rules sikit. Cik Vita nak berikan anda, resepi sup tulang ala thai yang akan membuatkan semua yang makan takkan pandang belakang lagi..

Adakah Cik Vita terover sedikit? Tak tau. Ini benar-benar berlaku. Cik Vita teringat sewaktu  Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang lalu, Umi Cik Vita ada buat sedikit korban, dan bawaklah balik tulang lembu di rumah. Cik Vita dengan rancaknya bersilat di dapur. Nak buat Sup Tulang Ala Thai lah katakan. Lagi bersemangat sebab ada gearbox. Kesukaan dan kecintaan forever tu tau. haha


cara masak sup tulang ala thai
Terima Kasih Google

Cik Vita tak pernah buat sup tulang ala Thai, tetapi kalau makan di kedai ala thai, Cik Vita suka sangat sup yang pekat yang mereka masakkan. Rupanya mereka gunakan rempah sup dan juga bahan-bahan lain untuk membuatkan sup tersebut ada rasa manis, masin, masam dan pedas. Kalau semua rasa tersebut bersatu, mestilah sedap kan. Jadi, jom kita tengok dulu bahan-bahannya.

Bahan-bahan Sup Tulang Ala Thai


  • 1/2 kg tulang daging
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
  • 1 sudu besar rempah sup serbuk (dikacau bersama sedikit air)
  • 1 sudu sos ikan
  • 2 biji ubi kentang (dipotong 2)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar kuning (dihiris bulat-bulat)
  • 1 biji perahan air limau nipis
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1/2 batang saderi (dihiris)
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit garam, gula dan bahan perasa


Cara menyediakan

  • Rebuskan tulang bersama air selama 1-2 jam sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang. Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
  • Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
  • Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan berserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
  • Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
  • Selepas 30 minit, masukkan, cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
  • Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula. Gaul dan sesuaikan rasa.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidang. Taburkan bawang foreng, daun sup dan daun bawang.


cara masak sup tulang
Terima Kasih Google

Sup ini juga sedap dan lazat dimakan bersama nasi panas ataupun bihun serta mee kuning. Terpulang kepada anda mengikut kesukaan masing-masing.

mee sup
Mee Kuning

meehoon sup tulang
Meehoon

Pesanan Berhikmah Cik Vita


Cik Vita nak buat sedikit pesanan untuk anda. Kalau dah makan sup yang mana memang diketahui banyak kandungan lemak dan kolestrol, jadi jangan lupa mengambil ejen terbaik untuk membuang kolestrol jahat tersebut. Nanti tak dalah tiba-tiba pergi check di hospital, kandungan kolestrol terlalu tinggi. Bahaya untuk kesihatan dan kehidupan tau kalau kandungan kolestrol terlalu tinggi di dalam tubuh. Mungkin boleh mati mengejut! Tak nak lah kan.



Jadi, dari sekarang memang kita perlu jaga kesihatan. Cik Vita yakin, anda semua ada makanan kegemaraan masing-masing. Takkanlah kalau kita suka sesuatu makanan tu, kita tak makan lagi kan. Cik Vita pun tak boleh duduk kalau tak makan makanan kegemaran. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah dengan mencegah kesan tak baik yang datang dari makanan kegemaran tersebut.


Untuk halang kandungan kolestrol menjadi tinggi dalam badan, Cik Vita cadangkan anda untuk mengambil Omega Guard Shaklee dan juga Phytocol-St. Kedua-dua produk ini adalah ejen terbaik untuk menolak kolestrol jahat keluar dari tubuh badan. Anda boleh tanya Cik Vita nak yang murah ataupun nak yang agak mahal. Mestilah ada perbezaan antara keduanya kan. So, feel free to contact Cik Vita ye. 

omega boleh menghalang kolestrol jahat
Omega Guard Shaklee

Kadar harga Omega Guard adalah lebih murah berbanding dengan Phytocol-ST. Tetapi ianya mempunyai kandungan yang berbeza. 

phytocol st bertindak untuk menghalang kolestrol di dalam jantung
Produk Baru Shaklee

=========================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA










Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Unknown
admin
12/12/14 10:14 pm ×

jom try masak sis lia.. hehe

Reply
avatar
hayati suki
admin
15/1/16 1:54 pm ×

sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment