Terkilan Sebab Tidak Dapat Membantu Arwah Abah Yang Menghidap Kencing Manis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kali ni Cik Vita nak kongsikan kepada anda berkaitan dengan arwah abah Cik Vita yang menghidap diabetes ataupun kencing manis. Arwah abah Cik Vita telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009.


pengalaman orang menghidap diabetes
Diabetes Cause

Al-Fatihah Untuk Arwah Abah..

Alkisahnya.. arwah abah telah lama menghidap kencing manis. Sejak mula berkahwin dengan ummi Cik Vita pada tahun 1986. Tapi waktu dulu zaman muda-muda, arwah abah tak cakap lah dia menghidap kencing manis sebab masih muda kan, tak kan ada penyakit bebahaya macam tu. So, arwah abah tak pantang makan, juz hidup macam orang biasa.

Menurut penceritaan umi Cik Vita, arwah abah dulu suka sangat minum air bergas atau air bikarbonat. Setiap kali keluar makan atau keluar dengan kawan-kawan, mesti arwah abah akan minum air bikarbonat. Hal makan, jangan cakaplah, makan je semua yang ada. Arwah abah paling suka kari ikan. Kari kan banyak kandungan kolestrol disebabkan oleh santan kelapa. So, disebabkan tiada masalah serius berlaku, arwah abah pun makan dengan gembiranya.

Sampailah Allah telah memanggil seruan haji untuk arwah abah abah dan umi pada tahun 1998. Waktu Cik Vita darjah 3. Kalau nak pergi haji kan kena buat medical check up semua kan, di situlah terbongkar semua masalah kesihatan arwah abah. Sebelum pergi tunaikan haji tu, berapa kali arwah abah asyik ulang alik ke hospitak cek darah, makan kena control, dan sebagainya.

Sampailah beliau dan umi selamat pulang dari menunaikan haji. Selepas dari tu, seingat Cik Vita, memang arwah abah sangat control makan, makan nasi sedikit sebab kandungan gula di dalam nasi itu sendiri, minum bermacam jenis air akar kayu untuk turunkan kadar gula dalam darah, bermacam jenis kaedah perubatan tradisional dah beliau lalui. Beliau jugak makan beras basmathi semata-mata tak nak bacaan gula di dalam darah terlalu tinggi. Tapi kandungan gula dalam darah beliau kadang-kadang stabil, kadang sampai berbelas-belas bacaannya. Memang mengerikan.

Meniti Hari Membesarkan Anak-anak


Sewaktu Cik Vita belajar di Kolej Islam Pahang, beliau lah yang menghantar sampai ke sana. Memang boleh dikatakan anak kesayangan abahlah daku ni kan.. haha. So, Semester ke 4, waktu cuti semester, arwah abah memang dah tak larat sangat. Kaki beliau bengkak dan keras macam kayu disebabkan buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik. So, ada air-air yang keluar melalui kaki beliau. Segala luka yang beliau alami juga sukar untuk sembuh akibat kesan dari penyakit tersebut.

cara turunkan kadar gula bagi penyakit kencing manis
Kesan Diabetes

Kami sekeluarga pujuk beliau untuk pergi ke hospital, tapi abah cakap “tunggu kak cik balik ke kolej dulu, baru dia pergi hospital”. Jadi, bila dah habis cuti semester, Cik Vita balik semula ke kolej, dan esoknya abah terus kena admitted di hospital Daerah Sik, dan kena transfer terus ke Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Star. Abah kena tebuk di bahagian buah pinggang sebab nak keluarkan air dalam badan sebab buah pinggang dah tak boleh berfungsi.

Hari-hari Cik Vita Cuma dengar perkhabaran dari umi dan kakak yang menjaga abah di hospital. Beberapa kali beliau koma dan sedar semula. Sampailah Cik Vita balik dan menginap di hospital selama seminggu. Cik Vita buat surat untuk pihak jabatan dan kolej untuk mintak pelepasan kuliah. Jadi hari-hari pergi lawat abah, di ICU.. Keadaan di sana memang menakutkan.. yang kedengaran hanya bunyi mesin. 

Alhamdulillah abah sedar semula dan dia masih kenal anaknya ni balik melawat  abah. Bila dah habis seminggu, Cik Vita kembali semula ke kolej. Tapi sebelum balik tu nak salam dengan abah dan nak cakap “kak cik nak balik kolej ni, assalamualaikum abah”. Cik Vita tak boleh cakap benda tu. Cik Vita hanya menangis. Hanya salam tangan sahaja dan umi Cik Vita yang cakap dengan abah.

Dah seminggu di kolej, kakak telefon dia cakap “kak cik, balik malam ni.. nanti apa-apa hal kak call semula”. Cik Vita tak nak balik sebenarnya sebab banyak sangat assignment yang belum disiapkan. Tapi kakak cakap kalau terjadi apa-apa jangan menyesal. So, Cik Vita pergi beli tiket bas, dan malam tu sewaktu tengah tunggu bas nak balik Kedah, Adik Cik Vita call cakap “kak cik, abah dah tak da”..

What? Cik Vita belum sempat jumpa dia.. belum balas jasa dia.. belum sempat nak ubati dia..

Tapi Allah lebih menyayangi arwah abah.. Allah tak nak arwah abah menderita dengan sakit yang dia alami. Innalillah.. Genaplah Arwah Abah di hospital selama sebulan.

Itu yang Cik Vita terkilan sangat, sebab Cik Vita tak dapat nak bantu arwah abah yang menghidap kencing manis. Dengan teknologi sekarang, Cik Vita boleh bagi supplement terbaik untuk turunkan paras gula di dalam darah dan arwah abah tak perlu lagi mengambil ubat hospital yang sangat banyak yang akhirnya boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Itulah yang terjadi kepada arwah abah setelah berpuluh tahun bergantung dengan ubatan kimia. Cik Vita takkan biarkan umi dan adik-beradik Cik Vita alami benda yang sama dengan arwah abah.

Vitamin Yang Boleh Membantu Masalah ini


Kalau seseorang ada penyakit diabetes, kalau tak dikawal dan dijaga dengan baik, akan bersangkutan dengan 3 penyakit lain iaitu buah pinggang akan rosak dan penyakit jantung serta darah tinggi. Oleh itu, Cik Vitasarankan sangat kepada anda yang mengalami penyakit sebegini, bersegeralah mencari penawar terbaik untuk anda.

Cik Vita harap sangat dapat membantu arwah abah, tapi apakan daya.. Allah lebih menyayanginya. Kali ini Cik Vita nak membantu anda pula yang mengalami masalah yang sama dengan arwah abah Cik Vita. 

Vivix Shaklee ini dapat membantu anda yang mengalami masalah :-

  • Diabetes dengan menurunkan kadar gula di dalam darah
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  • Membantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan

 
mengurangkan  sel kanser
Produk Premium Shaklee


TESTIMONI 1

Ibu kepada Upline Cik Vita yang mengalami masalah Diabetes selama beberapa belas tahun dan kandungan gula dalam darah dapat dikawal dengan hanya mengambil sebotol Vivix Shaklee.


vivix boleh melawan sel kanser
Penghidap diabetes


























Anda juga Mungkin Berminat Untuk Mengetahui :-

============================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA




Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
15/11/14 10:58 am ×

mungkin selepas ini akan dijadikan panduan buat orang lain yang mengidap diabetis juga..sebab produk vitamin shaklee bagus untuk kesihatan

Reply
avatar
fisha hasan
admin
15/11/14 4:48 pm ×

iya.. semoga ia bermanfaat untuk semua.. sebab ianya berbeza dengan ubat.. :)

Reply
avatar
15/11/14 6:50 pm ×

Ya Allah... sedihnya baca kisah ni. Paling tak tahan bila buah pinggang ayah Fisha kena tebuk dan ayah Fisha meninggal tanpa Fisha di sisinya. sedih sangat. Saya doakan semoga roh ayah Fisha dicucuri Rahmat. Amin...

Reply
avatar
ummu hanan
admin
15/11/14 8:23 pm ×

Allah..sedihnya cik vita.. Moga Allah tempatkan arwah abah cik vita di kalangan orang-orang yang soleh..InsyaAllah..

Petua Mudah Kurangkan Ketidakselesaan Sakit Gigi

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment