Jom Buat Scrub Bibir Sendiri!


Harini datang mood rajin ke library awam di kampung kesayangan. Sambil dok belek-belek majalah, ternampaklah sedikit tips yang sangat bermakna. Maka, suka saya nak kongsikan kepada anda bagaimana nak buat scrub bibir sendiri.

lip scrub
Salah satu jenis scrub bibir di pasaran

Jadi, bagi anda yang selalu membeli scrub bibir di pasaran, inilah masa yang terbaik untuk anda berhenti melakukannya. Ini kerana scrub bibir sangat mudah untuk dibuat sendiri dengan kuantiti yang sama seperti anda beli di pasaran.

Selain itu, anda juga dapat menjimatkan bajet anda sebab barangan tersebut mudah didapati dari dapur kesayangan anda.

Sebelum membuat scrub bibir, anda perlu pastikan bahan-bahan yang akan anda gunakan.

lip scrub ingredient
Bahan scrub bibir

Bahan utama ialah gula. Gula bertindak sebagai agen pengelupasan. Seterusnya ialah minyak zaitun, madu atau minyak kelapa dara sebagai agen pelembap untuk melembap dan melembutkan kulit bibir.

Anda juga boleh menambahkan haruman pada scrub dengan mencampurkannya dengan apa jua pati haruman yang anda sukai.

Apa fungsi scrub bibir sebenarnya?


Scrub bibir ini bukan sahaja untuk membuang sel-sel kulit mati di kawasan bibir, tetapi berfungsi untuk menyegar, melembap dan menyerikan bibir akibat pemakaian kosmetik yang terlalu lama.

DIY scrub bibir
Dapatkan bibir yang cantik!

Resepi Scrub Bibir

[Honey Kisses Lip Scrub]

Bahan-bahan :-

  • 1 sudu besar gula putih
  • 1 sudu besar madu
  • Beberapa titik esen vanilla


Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. Biarkan selama 15 minit sebelum digunakan. Untuk kesan sensasi dan menyejukkan, anda boleh masukkan ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.

[Coconut Kisses Lip Scrub]

Bahan-bahan :-

  • 1 sudu besar minyak kelapa dara (extra virgin coconut oil)
  • 1 sudu besar gula perang
  • beberapa titik esen vanilla
  • Sedikit madu jika suka


Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Biarkan selama 15 minit sebelum penggunaan. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk kesan yang menyegarkan.

Cara Penggunaan Scrub Bibir


Ambil scrub tadi, dan sapu rata sehingga menutupi bibir anda. Sapuan hendaklah sedikit tebal. Biarkan selama beberapa minit.

Selepas itu perlahan-lahan gosok dengan jari sehingga semua kulit mati tertanggal. Cuci bibir dengan air bersih.

Amalkan dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

cara membuat scrub bibir
Hasil Penggunaan Scrub bibir

Bila bibir dah cantik berseri, maka bila anda sapu lipstick, bibir anda takkan nampak kering lagi. Tambahan pula sapuan lipstick anda mengikut kaedah sapuan lipstick yang betul. 

Tetapi, kalau  dah sapu scrub pun masih tak berubah, maksudnya bibir masih lagi kelihatan kering, itu bermakna anda kekurangan vitamin c ataupun vitamin e. Jadi, carilah vitamin yang boleh menyelesaikan masalah anda.

Ingat! cari vitamin dari bahan semulajadi. Bimbang lama-kelamaan akan mengundang penyakit lain pula kalau mengambil vitamin sintetik

Jadi, selamat mencuba!.





Previous
Next Post »

5 comments

Click here for comments
Hafizul
admin
27/4/15 11:27 am ×

Okehhh..boleh try buat ni..terima kasih kongsikan..hehe

Reply
avatar
27/4/15 1:23 pm ×

nampaknya resepi simple tapi boleh dapat dalam rumah je. harus cuba!

Reply
avatar
Unknown
admin
28/4/15 12:50 am ×

boleh cuba buat.. jgn membazir beli di luar.. hehe

Reply
avatar
Unknown
admin
28/4/15 12:51 am ×

brg masak harian mmg ada.. ambik buat je. hehe

Reply
avatar
permatamama
admin
21/7/15 9:30 am ×

bahan semua ada di rumah wajib buat ni, bibir dah mula merekah..tq

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment