Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Muka berminyak |
Cik Vita tau mesti ramai yang mengalami masalah kulit berminyak ni sehingga menyebabkan timbul perasaan kurang keyakinan terhadap
diri sendiri. Sebenarnya tak bagus ye ada perasaan macam tu. Diri sendiri yang
menyangka orang lain tak suka diri kita, ramai orang pandang negative pada diri
kita.. Macam-macam perasaan lah yang timbul kan. “Suara Kecil” selalu bercakap
negative tentang diri sendiri. Tak bagus betul asyik fikirkan negative je, bila
diri nak maju?? So, kali ni Cik Vita nak bagi sedikit tips bagaimana nak
hilangkan kulit berminyak ni..
Apa sebenarnya punca masalah ini?
Masalah kult berminyak ini berlaku akibat dari hasil
pengeluaran daripada sebum iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara
semulajadi melalui kulit kita. Antara sebab utama kulit berminyak ialah :
1] Kurang membasuh muka
Akibat malas untuk membasuh muka, maka lapisan minyak pada
kulit akan terus menebal. Tapi, anda perlu juga berhati-hati dalam memilih
produk pencuci muka yang sesuai dengan kesesuaian kulit kita sendiri.
2] Tabiat Pemakanan
Kulit berminyak juga disebabkan oleh tabiat pemakanan.
Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak juga akan menggalakkan lagi
pengahasilan minyak melalui kulit.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Kulit Berminyak
- Antara cara yang sering dilakukan adalah dengan dengan mengamalkan membasuh muka dengan cleanser sebanyak 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Lagi elok jika anda pilih cleanser yang mengandungi ‘oil control’.
- Pastikan muka anda dicuci setelah anda keluar dari bersiar-siar. Even anda keluar sekejap pergi beli goreng pisang cheese sekalipun, sebab muka anda akan terkena asap kenderaan, habuk jalanan dan sebagainya.
- Selepas memcuci muka, penting untuk anda untuk mengeringkan muka dengan menggunakan tuala yang bersih. KENAPA? Sebab, tuala kotor akan mengandungi kuman dan boleh mendatangkan masalah lain kepada kulit seperti jerawat dan kegatalan.
- Selain itu, anda perlu mengelakkan makanan yang berminyak dan berlemak seperti kentang goreng.
- Anda juga perlu minum air dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
- Pastikan juga anda membersihkan solekan terlebih dahulu menggunakan makeup remover dan seterusnya terus mencuci muka dengan air. Ramai di antara kita suka mengenakan makeup di muka, namun , malas untuk mencucinya, dan terus tertidur dengan kesan makeup di wajah. Hal ini boleh menyebabkan kulit kita sukar untuk bernafas dan menyebabkan pelbagai masalah lain yang timbul.
Cara Asas Mengatasi masalah ini
Apa yang Cik Vita berikan adalah cara yang paling asas atau
cara yang paling mudah yang boleh anda apply untuk mengatasi masalah kulit
berminyak. Jika anda mempunyai sumber kewangan yang lebih, anda boleh
mendapatkan rawatan di mana-mana spa, namun kija anda kekurangan dari segi
kewangan, ada cara yang lebih mudah dan murah yang boleh diamalkan.
Anda boleh menggunakan :-
Putih Telur
1] Pisahkan putih telur dan kuning telur. Kemudian kacau
putih telur tersebut sehingga berbuih.
2] Cuci muka daripada kotoran dan keringkan muka dengan
tuala bersih. Kemudian, sapukan dengan perlahan di seluruh muka dan jauhkan
dari kawasan mata.
3] Tunggu sehingga 5-10 minit sehingga putih telur tersebut
kering. Kemudian cuci muka dan keringkan. Anda akan merasai muka menjadi licin
dan tegang.
Tomato
1] Potong tomato, kemudian kisarkannya. Pastikan ia dikisar
dengan sedikit hancur. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
2] Bersihkan muka dengan air bersih dan keringkan. Sapukan
tomato tadi ke seluruh muka.
3] Tunggu 10 hingga 15 minit kemudian bilas dengan air
bersih. Tomato boleh mengurangkan jerawat, masalah berminyak, dan sel kulit
mati pada wajah.
Anda Mungkin Meminati :-
BERMINAT?
~Free
Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita
ye ;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
# Jom Sertai Cik Vita untuk BINA KEWANGAN KUKUH Anda
4 comments
Click here for commentsbuat masker dengan ESP...best
Replykadang-kadang persekitaran jugak akan menyebabkan muka mengeluarkan minyak yang berlebihan
Replyklik disini
Saya guna enfuselle..kulit lembut minyak pun kurang
Replykongsi Resepi Milkshake tak jual di kedai
saya pun guna enfullse cleansing gel.
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon