Assalamaulaikum..
Alhamdulillah.. kali ni Cik Vita nak kongsi dengan anda tentang zikir harian..
Zikir??
Bila last anda berzikir? zaman asrama? setiap lepas solat? seminggu sekali? atau bagaimana?
Anda sendiri yang mencorakkan diri anda..Zikir ni banyak fadhilat atau kelebihannya. InsyaAllah siapa yang tak putus zikirnya, akan diangkat tinggi oleh Allah s.w.t.
"Sesiapa yang beristiqamah mengamalkan wirid harian ini, InsyaAllah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufiq serta mati di dalam iman" [Ihya' Ulumuddin]
Yuk! Berzikir hari hari.
AMALAN ZIKIR
# Zikir Hari Jumaat
- Ya Allah = 1000 kali
# Zikir Hari Sabtu
- Lailaha illallah ~ Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah = 1000 kali
# Zikir Hari Ahad
- Ya Hayyu Ya Qayyum ~ Ya Allah Tuhan Maha hidup Lagi Berdiri Sendiri (tidak perlu kepada pertolongan) = 1000 kali
# Zikir Hari Isnin
La Haulawala Quwwata illa Billlahil 'aliyyil 'azim. ~ Tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung = 1000 kali.
# Zikir Hari Selasa
Allahumma salli "ala 'abdika warasulika wanabiyyikal Amiina wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim ~ Ya Allah rahmatilah ke atas HambaMu, RasulMu, NabiMu yang Amanah dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya = 1000 kali.
# Zikir Hari Rabu
Astaghfirullahal'azim ~ Aku memohon keampunan kepada Allah tuhan Maha Esa = 1000 kalI.
# Zikir Hari Khamis
Subhanallahil'azim ~ Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji untukNya = 1000 kali
KELEBIHAN BERZIKIR
1) Orang yang rajin berzikir akan berada di bawah naungan Allah di hari kiamat.
2) Zikir adalah ubat yang dapat melembutkan hati.
3) Mendekatkan seseorang kepada akhirat dan secara tidak langsung akan menjauhkan diri dengan perihal duniawi.
4) Mereka akan dilimpahi dengan keredhaan Allah.
5) Melindungi diri dari bisikan dan gangguan syaitan.
Cik Vita Doakan supaya kita semua tak tinggal bacaan zikir harian.. Insyaallah.. Banyak fadhilatnya..
-----------------------------------
Cik Vita, Pengedar Shaklee anda..
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Vita - 0199609708 [fisha]
2 comments
Click here for commentsperkongsian yang menarik..tq for sharing..
Replyselamat beramal mak jemah.. :)
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon