5 Cara Mudah Untuk Kempiskan Perut

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Kali ni Cik Vita nak cerita mengenai tajuk paling hot atas alam ni. Apakah itu??
PERUT BUNCIT / BOROI.. Haaa. kerlass kan tajuk.. semua pakat nak tau tips kan macam mana nak hilangkan perut buncit ni. 

Masalah perut buncit ni bukanlah satu masalah yang baru dalam hidup kita. Samada jejaka kacak ataupun wanita cantik. Masalah ini amat popular bagi golongan wanita samada sebelum berkahwin, mahupun selepas berkahwin. Manakala bagi lelaki pula, masalah ini kebanyakan timbul kepada lelaki yang telah berkahwin. Apa maksudnya tu? adakah mereka "terlebih bahagia"? Saham tinggi tu kata kebanyakan orang..haha

Nak belanja 1 gambar buncit. Kasi berkobar-kobar nak kempiskan perut. 

Bakal lelaki kacak!

Bakal wanita cantik!

Walaupun orang cakap golongan lekaki yang telah berkahwin dikatakan bahagia, dan wanita tidak mengambil endah masalah perut buncit asalkan bahagia bersama tersayang, Tapi Cik Vita said, NO!.. SEBAB.. dengan perut itulah sumber segala penyakit dan penjagaan ke atas perut tersayang adalah kewajipan anda semua.

Di Sini Vita akan kongsikan beberapa tips ataupun langkah yang boleh anda praktikkan untuk mengempiskan semula perut anda. Tetapi, anda hendaklah melakukannya dengan penuh disiplin dan konsisten.

# Cara 1 - Makan Makanan Yang Betul
Untuk mengempiskan perut, kita semua hendaklah makan makanan yang seimbang di dalam makanan segarian kita kerana diet yang betul membantu untuk membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang diambil hendaklah mengandungi karbohidrat kompleks [kentang, jagung, oats dll], fiber, vitamin dan mineral, ikan serta sayuran.

# Cara 2 - Tinggalkan Makanan Ringan
Makanan ringan atau makanan segera adalah punca utama jejaka dan wanita semua mempunyai perut buncit. Kita semua dah tau bahawa makanan ringan ini memang sangat tidak baik kepada kesihatan tubuh di mana akan menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil terlalu berlebihan [mmg akan ambil berlebihan sebab sedap. hiks!]. Kita semua memang perlu mengelakkan diri dari mengambil karbohidrat yang diproses seperti gula, makanan bergoreng seperti fries, nugget, makanan segera dan apa jua segala jenis makanan berlemak.

# Cara 3 - Berhenti Makan Lewat Malam
Makan Lewat Malam sudah menjadi seolah tradisi dalam masyarakat kita termasuk Cik Vita. Alahmdulillah sekarang Cik Vita dah sedar kelakuan tu mmg sangat tidak bagus. Waktu zaman Universiti dulu, mmg akanselalu  keluar makan malam. Roti canai sambil tengok Maharaja Lawak adalah biasa, Nasik lemak ayam, Naan Cheese.. itulah menu Cik Vita dulu dikala lepak di kedai mamak. Tapi skrg tidak lagi sebab kesedaran tentang kepentingan perut adalah punca segala penyakit itu timbul. 

Eh! melalut je lebih. Kenapa tak boleh makan lewat malam? sebab.. kebiasaannya selepas makan, kita akan rasa mengantuk dan terus tidur. Lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa tidur.

# Cara 4 - Kurangkan minuman bersoda, Jus atau Bergula
Segala macam jenis air bersoda, Jus Asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan ini akan merosakkan usaha murni jejaka dan wanita semua untuk mengempiskan perut. Minumlah air kosong atau air mineral sebanyak yang mungkin.

# Cara 5 - Lakukan Senaman Kardio
Melakukan senaman kardio adalah sangat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio adalah seperti berjogging, berjalan, menaiki tangga. Tak susah, sewaktu bekerja pun boleh anda praktikkan, gunakanlah tangga jangan guna lif. 

Cuba anda praktikkan 5 langkah ini dengan penuh disiplin dan dedikasi, Cik Vita percaya anda akan mendapat title jejaka kacak dan wanita cantik dalam masa beberapa minggu :)

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan pantas Cik Vita sarankan anda mengambil supplement tambahan seperti LECITHIN dan OMEGA GUARD SHAKLEE. Mereka berdua akan membantu anda di dalam proses pembakaran lemak yang berkesan. Selain itu Cik Vita juga amalkan ESP SHAKLEE, di mana Esp membantu badan untuk menyerap vitamin dengan lebih berkesan disamping membantu untuk Memberikan Tenaga serta membantu menurunkan berat badan dengan berkesan kerana mempunyai ciri-ciri Tindak Balas Glisemik. Apa itu tindak Balas Glisemik? Boleh membacanya di SINI

Cik Vita amalkan supplement ini, dan dalam masa sebulan telah nampak hasilnya. Kenapa lambat menampakkan hasil? sebab Cik Vita skip melakukan senaman kardio. Anda pasti boleh. Anda boleh membaca Tips Untuk Kurus dengan Cepat di SINI bagi membantu proses mengempiskan perut dengan cepat. 


PROMOSI ESP SHAKLEE [OCTOBER PROMOTION]
BUY 6 FREE 1 
STOK TERHAD!

BERMINAT UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT?
~Free Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
PM/ WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin





Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
13/10/14 8:04 pm ×

Salam singgah...

Banyak betul info kat sini

Reply
avatar
Unknown
admin
17/10/14 8:12 pm ×

semoga bermanfaat :)

Reply
avatar
Bali Tour
admin
18/5/15 3:02 pm ×

terima kasih atas informasinya :)

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment