Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Kali ni Cik Vita nak bagi sedikit petua tentang - Cara Hilangkan Kulit Berminyak ..
Popular kan tajuk ni? Kenapa? Sebab ramai yang mengalami masalah ini..
Cik Vita akui, kebanyakan orang asia mengalami masalah ini. Semua runsing memikirkirkan cara untuk menghilangkan kulit berminyak di wajah mereka. Cik Vita harap, petua ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Kulit berminyak ini akan menyebabkan pori-pori kulit muka tersumbat dan akan menyebabkan jerawat tumbuh di permukaan kulit muka. Bila sebut berkairtan jerawat, semua tak suka kan? kalau tumbuh pulak kat muka, memang sangat tidak suka kan? Sebab tu banyak produk untuk menghilangkan jerawat di pasaran sekarang. Tetapi, yang mana satukah produk yang berkesan dengan anda?
Kulit Berminyak |
Sebab Utama Kulit Berminyak
Terdapat pelbagai sebab yang mendorong kepada kulit berminyak. Semoga anda tak terdorong di dalam golongan ini ye selepas membaca punca ini. Antara punca atau penyebab utama kepada kulit berminyak adalah :-
- Membersih Muka Terlalu Kerap - Perlu mencuci 2-3 kali sehari sahaja
- Makan Makanan Yang Terlalu Berminyak
- Hormon Yang Tidak Stabil - Zaman remaja yang nak bertukar ke zaman dewasa, kebanyakannya mengalami masalah kulit berminyak akibat ketidakseimbangan hormon
- Barangan Kosmetik - Apabila anda mekap terlalu tebal akan mengakibatkan minyak terperangkap di bawah kulit. Ini yang mengakibatkan masalah jerawat berlaku.
- Stress - Sewaktu stress, hormon yang dinamakan kortisol akan dilepaskan supaya anda lebih fokus. Tetapi apabila hormon itu terlalu banyak dilepaskan, ia akan meningkatkan pengeluaran minyak dari kalenjar minyak anda sebagai reaksi terhadap hormon tersebut.
- Cuaca - Cuaca panas dan lembab akan mempengaruhi tekstur kulit anda dan akan mengakibatkan kulit berminyak.
- Kecenderungan Genetik - Apabila ibu bapa anda mengalami masalah kulit berminyak, maka, kebanyakan anak-anak juga cenderung untuk mengalami masalah yang sama.
Cara Hilangkan Kulit Berminyak
Terdapat kepelbagaian cara serta petua untuk menghilangkan kulit berminyak. Anda boleh mencuba mana-mana petua yang dirasakan sesuai dengan anda.
# Cara 1 - Parut buah epal sehingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 3 minit, dan selepas itu boleh cuci dengan air suam. Lakukan 3 kali di dalam seminggu.
# Cara 2 - Rendamkan beras di dalam anggaran 1/2 gelas. campurkan dengan daun cermai serta ibu kunyit. Kemudian kisar bersama kesemua bahan tersebut. Sapu pada muka setelah anda membersihkan muka. Lakukan setiap kali sebelum tidur.
# Cara 3 - Campurkan sedikit madu dengan air limau purut ataupun perahan air asam gelugur. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih.
# Cara 4 - Ramaskan daun sirih ke dalam 1 cawan air. Sapukan air ramasan daun sirih tersebut ke seluruh muka dan biarkan seketika selamam 15 minit. Kemudian bilas muka dengan air suam. Lakukan selama 3 kali di dalam seminggu untuk mendapat hasil yang terbaik.
# Cara 5 - Ambil satu sudu ESP Shaklee, campurkan dengan sedikit air. Gaul sehingga rata dan sapukan seluruh muka. Biarkan semalaman ataupun tunggu sehingga masker kering. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
# Cara 6 - Ambil sebiji Sustained Vita - C Shaklee. Campurkan dengan sedikit air. Pastikan Vita -c hancur keseluruhannya dan bolehlah sapukan di keseluruhan muka. Biarkan semalaman ataupun biar sehingga kering. Kemudian bilas dengan air yang bersih.
# Cara 7 - Ambil Sebiji Vita - E Shaklee. Picitkan kandungan Vita -E dan sapukan ke seluruhan muka. Biarkan semalaman atau tunggu sehingga masker kering di wajah. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
# Cara 8 - Ambil Sebiji Alfalfa Complex. Campurkan dengan sedikit air, Pastikan Alfalfa hancur keseluruhannya dan sapukan keseluruhan muka. Biarkan semalaman atau tunggu sehingga masker kering di wajah. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Itulah seba sedikit Tips dari Cik Vita bagi menyelesaikan masalah anda yanga mengalami kulit muka berminyak. Harap ianya dapat membantu anda.
## Untuk Mengetahui HARGA JUALAN PRODUK SHAKLEE sila lawat di SINI.
Cik Vita Pengedar Shaklee Anda :)
Hubungi Cik Vita Untuk mendapatkan produk Shaklee.
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
2 comments
Click here for commentsinfo yg best...jom jd sihat dan cantik bersama Shaklee
Replysemoga bermanfaat ..
Replyjom sihat shaklee :)
best in the world.
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon