Rahsia Orang Kaya : Solat Menjemput Rezeki

Assalamualaikum.. 

Entry kali ni Cik Vita nak dedahkan kepada anda apakah rahsia kejayaan orang kaya. Cik Vita ada jugak membaca kejayaan seseorang yang berjaya dalam perniagaan mahupun pekerjaan yang dilakukannya. Apakah rahsianya? SOLAT DHUHA. jangan solat dhuha aje, solat wajib serta amalan wajib lain tetap menjadi wajib ye..

Sebelum tu kita kenal Apa itu Solat Dhuha.. 
Solat Dhuha ini seolah ungkapan terima kasih kita kepada Allah atas segala apa yang Allah kurniakan kepada kita. Kita perlu ucapkan terima kasih atas nikmat Iman, Islam, Kehidupan, Rezeki yang Allah kurniakan.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keizuran dan umat Islam amat dituntut untuk melaksanakannya. Abu Hurairah pernah berkata : "Rasulullah SAW berwasiat kepadaku 3 perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan Witr sebelum tidur"

Bilangan Rakaat solat dhuha boleh dikerjakan sebanyak 2 rakaat dan yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah adalah sebanyak 8 rakaat.

Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik dan sebelum tergelincir matahari. Kira-kiranya 28 minit selepas waktu syuruk [semak takwin untuk mengetahui waktu syuruk]. Misalnya waktu syuruk adalah jam 7.30, maka 28 minit selepas itu telah masuk waktu dhuha iaitu pada jam 7.58 minit pagi.

Tetapi masa yang paling afdhal adalah sewaktu matahari nai meninggi iaitu lebih kurang pukul 9.30 pagi. 

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

1] Niat 

"Sahaja Aku solat sunat Dhuha kerana Allah Taala"

2] Bacaan Surah
  • Ayat Kursi 10 kali dan Al-ikhlas 10 kali. Atau;
  • As-Syams dan ad-Dhuha, Atau;
  • Al-lail dan al-Insyirah

3] Semasa sujud terakhir, bacalah sebanyak 40 kali : 

"Berilah daku wahai yang Maha Pemberi ilmu dan hikmah dan kurniakanlah daku Wahai Yang Maha Pengurnia, jadi mudahkanlah daku"


4] Selepas memberi salam, Tasbih 10 kali:


"Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, 
dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. 
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"


5] Berdoa



Kelebihan Solat Sunat Dhuha

  • Mendapat keampunan daripada Allah S.W.T
  • Dimurahkan rezeki olehNya.
  • Mendapat ketenangan jiwa serta kehidupan 

Semoga bermanfaat untuk semua. Cik Vita doakan semoga semua dapat mengerjakan solat dhuha kerana banyak sangat kelebihannya. Mintak semuanya dari Allah, sebab manusia tak mampu nak bagi apa-apa kejayaan melainkan Allah. 




Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063] 

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
PM/ WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin









Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
18/10/14 4:03 pm ×

Solat dhuha adalah solat yang penuh rahsia dan kelebihannya yang kita sendiri tidak terduga

Reply
avatar
Unknown
admin
20/10/14 9:42 pm ×

iya betul2..Allah kan sweet. dia bagi rezeki tanpa diduga. :)

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment