Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Cik Vita baru je balik dari bercuti di Pulau Langkawi,, Sape-sape yang teringin nak pegi, Cik Vita Storkan sangat.. pegilah bercuti. Relax kan minda sikit ye.. hehe.
Actually, nak pegi holiday ni last minute plan tau. Alhamdulillah.. dapat jugak tiket Air Asia dengan harga murah.. Sesuai lah dengan tema dia "Everyone Can Fly". Bagus betul Tony Fernandez ni kan. Semua orang boleh fly, sebab murah sangat-sangat. Cik Vita dapat tiket seminggu sebelum fly dgn harga RM43 saje.. untung untung unrung..
Cik Vita pegi Langkawi dengan buddy kesayangan. Orang Sabah maa. Teringin nak pegi Langkawi katanya.. haha.. Ni je luggage kitorang. Sikit je.. sebab nak pegi 2 Hari 1 Malam je kan..
Our Luggage |
Kitorang punya Flight Jam 7.30 Pagi. So, malamnya tu kitorang dah stay up kat KLIA2. Lepak je kat kafe kat sana. Solat & mandi kat sana, terus fly.. haha..
Langkawi International Airport |
Jam 8.30 pagi kitorang dah sampai Pulau Langkawi. Alhamdulillah. Kitorang ambil pakej sewa kereta dan motel dengan Andaman Travel & Tours. Alhamdulillah.. Hanya RM 200 sahaja. Motel tu namanya Sunderland motel, di Pekan Kuah. Puas hati dengan biliknya, Kereta pun puas hati.. Syokk weh..
Tempat Menarik di Pulau Langkawi
# Beras Terbakar - Padang Mat Sirat
Ada kawasan yang dikatakan tempat beras terbakar, Cik Vita tengok memang berasnya macam terbakar, warna hitam.. Nak tengok beras terbakar tu free je.. Di sana jugak, ada kedai-kedai jualan barangan kraf, baju-baju, minyak gamat. Macam-macam lah.. Ana perlu datang ke sini kalau nak shopping baju Langkawi.. Harga Not bad lah..
# Makam Mahsuri
Di sini, ada pelbagai tempat menarik tau,. Ada makam mahsuri, Rumah Kedah, Telaga Mahsuri, Ada persembahan staff yang main alatan muzik seperti Caklempong dan sebagainya. Menarik tau. Ada jugak tayangan video penceritaan mahsuri yang kena fitnah dan beliau menyumpah supaya Langkawi tidak menjadi aman selama 7 keturunan. Hmm. Anda kena datang untuk tau kisah selanjutnya.. Bayaran yang dikenakan hanya RM10.
Tiket Makam Mahsuri |
# Dataran Lang
Kalau datang Langkawi, Tapi tak datang Dataran Lang tak boleh la kan. Mesti datang. Helang tu memang sangat besar. Macam real. haha.. Bergambar & Selfie la puas-puas k..Sebenarnya tak boleh panjat tau batu2 tu, tapi disebabkan datang malam, tak da orang jaga, ku Gigih jugak panjat. haha.
Dataran Lang |
Cable Car |
Actually, ni First time Cik Vita dtg naik Sky Cab ni. Haha.. memang kerterujaan yang teramat lah. Awal pagi kitorang dah sampai padahal bukak jam 10. Memang ramai orang. So, kalau datang lambat susah la sikit nak parking kan. Jangan risau tentang sarapan, sebab kat dalam kawasan Sky Cab, memang banyak restoran dan kafe.
Price List |
Sementara menunggu dorang jual tiket, Cik Vita dan buddy pegi sarapan dulu. Selfie & amik gambar bajet muka cantik memang dah la.. haha..
Menanti. h a h a |
# Under Water World Langkawi
Di Under water world, Cik Vita teruja gila tengok penguin.. haha. First Time tengok kan.. memang la teruja.. Tiket masuk, sorang dewasa adalah RM20. Kat sana memang banyak lah spesis yang baru dijumpai kan.. Nak sebut nama saintifik pun terbelit-belit kan. haha. Cik Vita memang syorkan anda datang ke sini, bawak family holiday. best sangatt..
Ok lah setakat ni. I have to go. Nak Naik Bot laju laju, nak balik rumah dah. :)
Babai. Nanti Cik Vita Story lagi yeap..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cik Vita Pengedar Shaklee Anda..
Berminat untuk menjadi KeAHLIAan Shaklee, Hubungi Cik Vita ye.
~Free
Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita
ye ;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon