Dating Bersama Mr. JPJ [Part 2]

Tips Lulus Ujian JPJ Kereta


Kali ni Cik Vita nak sambung cite Dating Bersama Mr. JPJ [Part 1] aritu.. Kalau aritu Cik Vita cite pasal Lesen Motor, Kali ni pasal lesen Kereta plak.  yang ni part paling syok la dalam dunia belajar memandu. haha.

Kereta?? Cik Vita pernah cuba drive waktu arwah abah ada lagi. Kena paksa bangun bangun pagi, pegi drive.. Hoii sampai menangis Cik Vita. Tapi tak pa, sekurangnya Cik Vita ada keyakinan sikit waktu mula pegang stereng kat sekolah memandu aritu.. 

Alkisahnya Cik Vita baru pegi belajar memandu 2 hari, cikgu suruh buat ujian QTI. Ujian QTI wajib buat sebab untuk tengok anda lulus ke tak nak masuk ujian JPJ. Walaupun 2 hari belajar, tapi Ahamdulillah lulus QTI dengan bantuan cikgu paling baik hati. :)

So, untuk lancarkan lagi skill drive supaya Cik Vita boleh merempit dengan jayanya, Cik Vita pun dtg latihan, hari hari pegi kononnya nak bagi cikgu ingat muka kita yang paling sopan di abad ini.. haha.. Sebab nanti senang la nak kautim pape.. Cikgu2 driving School ni baik ng JPJ.. haha. Nampak tak keterlampauan jujur Cik Vita tu.. Tak dalah, kalau baik dengan cikgu, boleh dapat banyak tips, cikgu A ajar skill dia, Cikgu B ajar Skill dia.. so bila skill + skill mmg power la.. haaa gitu.. 

Jadi anda yang baru nak ambik lesen, kena baik dengan cikgu. Tak rugi pun. Boleh tambah ilmu dan skill. hehe

Di Hari Ujian JPJ

1st of All anda kena :-
  • Datang awal ke pusat memandu supaya senang anda nak semak nama. Sekali tgk nama tak masuk list untuk JPJ hari tersebut. Kan dah rugi datang.
  • Wajib ambik sarapan supaya nanti anda tak rasa lapar.. Bila lapar + menggigil mmg tak jadi apa lah,. Tengok JPJ dtg dgn muka garangnya. Huii. semua terasa waktu tu. 
  • Lepas tu anda akan diberi taklimat oleh pegawai JPJ yang bertugas.
  • Anda akan diberi nombor giliran.
  • Tunggu sehingga nombor anda dipanggil.

Ujian Bahagian 2 [Di dalam Litar]

~ Ujian bahagian ini akan merangkumi :
  1. Mendaki Bukit 
  2. Memasuki Parking
  3. Memasuki 3 Penjuru [3 langkah sahaja]
Bahagian ni semua ada masa2 yang telah ditetapkan tau. Jangan lebih plak masa tu. Automatik Fail.
Memasuki 3 penjuru hanya ada 3 step sahaja. Kalau lebih, cikgu pusat memandu yang akan ambil alih kereta tu ya.. 

Cik Vita rasa tak da masalah di bahagian 2 ni. Apa yang penting, anda ikut je cakap cikgu pusat memandu. Kalau dia cakap stereng pusing kiri, memang kiri lah. Jangan pandai-pandai. Cikgu Cik Vita cakap, kebanyakan yang gagal adalah orang yang dah pandai memandu sebab ikut suka hati sendiri, tak dengar cakap. Sebab tu kita kena hormat guru kita, baru berkat belajar. hihi.

Ujian Bahagian 3 [Jalan Raya]

Apabila nombor anda dipanggil, Terus pergi dekat kereta yang telah ditetapkan. Bukak pintu kereta dan bagi salam sambil senyum sampai telinga kepada Mr. JPJ. Kalau yang bukan Islam, ucaplah selamat sejahtera atau selamat pagi. Wajib buat sebab kita nak tackle hati dia. 

Duduk dia-diam kat seat tu, dan buat perkara2 wajib yang perlu dibuat misalnya betulkan side mirror, betulkan seat, check signal [mandatory, tak buat fail serta merta].. Ada 7 perkara kena buat tu. Ingat tau.

Lepas tu, baca Doa naik kenderaan. Cik Vita baca ye waktu Ujian aritu, dan Mr. JPJ mintak baca lagi sekali kuat-kuat sebab dia nak dengar. What? malu kot. [Naseb ensem! haha]. Maka bermulalah journey dgn Mr. JPJ. 

TIPS : Anda kena borak-borak dengan Mr. JPJ. Tanya la apa2 pun. Cik Vita tanya dia, macam mana ye kalau saya nak jadi JPJ?? Haaa. gitu.. nanti dia jawab la.. lama2 perasaan takut kita hilang. Mood dia pun baik dengan kita. Siap buat jalan short cut lagi. 

Anda kena yakin dengan apa yang anda buat. Kalau salah jalan pun, jalan je, yakin. Bukan Mr. JPJ nak tengok kita hafal jalan ke tak. Dia nak nilai kita pandai bawak kereta ke tak. Itu je. Yang penting dalam hati kena anggap Mr. JPJ baik orangnya. Rajin Sembang dengan dia. 

Dah habis semua maka dapatlah Result. Alhamdulillah LULUS! Finally :)
Boleh dapatkan Tips Lulus ujian Motosikal di SINI.





Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]

-------------------------------------------------------------
BERMINAT?

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
PM/ WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin




Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
18/10/14 3:05 pm ×

Saya masa nak ambil ujian JPJ ne pun tergetar getar, alhamdulilah akhirnya berjaya. Tawakal ajelah insyaallah berjaya

Congrats bro Mama iskh vitamin terbaik you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment