CONTEST : Pemberian Nama Buat Mr. Kucing Cik Vita

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Semua sihat ke?? Kali ni Cik Vita nak buat satu Contest lah. Ehhh? macam pelik je kan??
Mana ada benda pelik dalam dunia ni.. Yang terjadi atau yang berlaku mesti ada sebabnya kan.. Kali ni berkaitan dengan seekor Mr. Kucing yang wujud di rumah Cik Vita. Tapi Cik Vita sangat Blurr bila nak bagi nama Mr. Kucing ni.

Alkisahnya, Cik Vita memang tak pernah langsung ada kucing di rumah. Kalau ada pun, yang orang buang. Nama sopannya Kucing Jalanan. Tapi, tak pernah nak amik pelihara buat binatang peliharaan. Mesti ambik pegi letak kat pasar sebab macam tak minat nak pelihara waktu tu..

1 hari, datang seekor kucing, yang tak tau dari mana datangnya. Tapi, kali ni tak tergerak hati nak hantar letak kat pasar. Dia suka main-main di kawasan rumah, tapi memang cari makanan sendiri. Bila adik Cik Vita balik bercuti kat kampung sebab semester break, dia yang handle Mr. Kucing ni. Siap dibelai dimanja lah. 

One day, adik Cik Vita bawak masuk dalam rumah, bawak naik kat bahagian atas rumah [rumah atas rumah kayu], then, Mr. Kucing tu berjaya tangkap tikus. Rumah Cik Vita tikus selalu datang buat kenduri kendara. Lepas je Mr. Kucing buat operasi besar-besaran, tikus memang tak berani datang dah. 

Start dari situ, kami 1 family memang sayang Mr. Kucing. Bagi makan, mandi, shampoo semua lah. TAPI..Cik Vita tak da lagi nama khas untuk Mr. Kucing.. So, Cik Vita terfikir nak buat contest ni. :)

Terma & Syarat Pertandingan

Setiap pertandingan mesti ada terma dan syarat kan.. Ataupun Terms and Condition [Omputeh kau!] haha.. Antara syaratnya ialah :-
  1. Berlangsung dari 27 Oktober 2014sehingga 3 November 2014.
  2. Add Cik Vita sebagai Friend di Facebook Cik Vita.
  3. Semua mesti komen di ruangan "comment" serta TINGGALKAN link Facebook anda di ruangan "Comment" tersebut supaya Cik Vita senang hendak menghubungi anda sekiranya anda memenangi pertandingan ini. 
  4. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih - berdasarkan nama Mr. Kucing yang Cik Vita paling suka.
  • HADIAH : Merupakan SALAH SATU PRODUK keluaran SHAKLEE

Rupa Paras Mr. Kucing

Kucing
Apa nama saya ye??

kucing
My name is.. ??

kesayangan
Mr. Kucing


BERMINAT dengan BARANGAN SHAKLEE?

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]







Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
27/10/14 10:28 pm ×

Mr Kucing ;)
Best nye dia nak letak nama pun ada pertandingan :p

:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Congrats bro anmashealthcare you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment