Dating Bersama Mr. JPJ [Part 1]

Assalamualaikum Shaklee Lovers..

Kali ni Cik Vita nak kongsikan pengalaman Cik Vita sendiri wewaktu ambik lesen motosikal & kereta. Banyak pengalaman yang Cik Vita dapat sewaktu belajar, latihan dan ujian JPJ. Kenangan sedih, Lucu, Kelakar semua ada.

Untuk lesen motosikal dan kereta, ada 3 bahagian ye.

  • Bahagian 1 - Ujian Statik
  • Bahagian 2 - Ujian Litar
  • Bahagian 3 - Ujian Jalanraya [Bagi motosikal, Ujian Jalanraya dibuat di dalam litar pusat memandu]

Cik Vita mendaftar untuk ambik lesen pada bulan 2 tahun 2014. Lepastu Cik Vita Ikuti Kelas Selama 6 Jam. Bila dah habis Ikut Kelas selama 6 Jam, dapat buku Undang-undang. Maka, baliklah Cik Vita study macam nak ambik exam SPM. Highlight penuh buku macam nak Exam kat Universiti. 2 hari baca buku, Cik Vita pun pegilah ujian  Ujian Statik di myEg. Markah Lulus Ujian Statik adalah 42/50 ye.. Alhamdulillah Cik Vita lulus. Lepastu kena tunggu dapat lesen L, barulah boleh start latihan memandu.

Lepas dah dapat lesen L, maka bermulah episod Cik Vita belajar memandu.. Cikgu Pusat memandu Cik Vita minta belajar motosikal dulu, lepas dah lancar motosikal barulah boleh belajar memandu kereta. Maka, Cik Vita pun, belajar motosikal.  Cik Vita langsung tak pandai nak menaiki motosikal, sebelum ni hanya membonceng. Dalam hati ni hanya Tuhan yang tau macam mana cuaknya. Cikgu tanya sape tak pandai bawak [menaiki] motosikal? Cik Vita tak mengaku [jangan jadi mcm Cik Vita ye ^^].. 


ETIKA PEMAKAIAN : Kasut bertutup / Helmet / Jaket Keselamatan

STEP BELAJAR MOTOSIKAL

Bahagian 2

1]  Meniti di atas Titi
Meniti di atas titi mestilah tidak kurang daripada 7 saat dan tidak melebihi 14 saat. Seminggu Cik Vita belajar, tak pernah lepas titi ni. Allah.. sampai cikgu aim Cik Vita.. Rasa fed up sangat.
Setiap hari Cik Vita dapat tips dari cikgu-cikgu dan kawan-kawan pusat memandu.

  • Sebelum meniti titi, pastikan motosikal anda berada sedikit ke belakang daripada garisan mula. Hal ini supaya anda boleh menstabilkan badan sebelum melepasi garisan mula.
  • Anda hendaklah duduk di atas seat ke depan sedikit supaya badan anda stabil sewaktu meniti di atas titi. 
  • Sewaktu meniti titi, jagan pandang ke bawah, pandanglah ke hadapan garisan penamat titi tersebut.
Cik Vita amalkan 3 step ni, Alhamdulillah tak jatuh dah titi dan lulus sewaktu ujian JPJ. Anda hendaklah menggunakan gear 2.

2]  Laluan Kon
Sewaktu laluan kon, anda hendaklah balance kan badan anda sewaktu mengendalikan motosikal. Jangan terlalu laju, hanya slow saja. InsyaAllah lepas. Menggunakan Gear 2.

3]  Brek Kecemasan
Sewaktu Brek Kecemasan ni, anda gunakan gear 2. Apabila dah separuh, tukarkan kepada gear 3 dan apabila dah sampai kotak untuk brek kecemasan, tekan brek kaki sampai habis dan untuk stop terus tarik brek tangan, tapi jgn terlalu mengejut sewaktu tarik brek tangan. Bila moto dah stop, Jatuhkan kaki kiri sahaja ye, kalau jatuh kaki kanan automatik fail. Sebelum ke Pusingan angka 8, tukarkan kepada gear 2 semula.

Ups! Cik Vita fail ye waktu Ujian JPJ kali pertama sebab terjatuh kaki kanan. malu malu. Sewaktu repeat Ujian JPJ bahagian 2, seaktu brek kecemasan ni, boleh plak, tertinggal kasut sebab kasut yang Cik Vita pakai terlalu longgar. Jadi Cik Vita habiskan bahagian lain dengan hanya memakai sebelah kasut. Mmg lawak waktu ni, semua orang gelak termasuk Mr. JPJ. kenangan semua tu. Alhamdulillah lulus jugak. 

4] Pusingan Angka 8
Sebelum mula pusingan angka 8, anda stop dulu ye dekat line yang ditentukan. Lepas tu pusinglah dalam bentuk angka 8 setengah. Mulakan sebelah kanan dulu ye. 

5] Selekoh Tajam
Sewaktu Selekoh Tajam ni, anda kena bawak slow je.. Kalau langgar divider automatik fail ye.. madatori tu. Dah settle semua, stop enjin, turun dan angkat tangan serta senyum kepada Mr. JPJ.

Dah habis bahagian 2, bawak motor tu pegi kat kawasan mula untuk bahagian 3 pulak. Kalau fail bahagian 2, jangan risau, Kita masih berpeluang buat bahagian 3. Jangan runsing okeh. Cik Vita Steady je fail bahgian dua padahal dalam hati malu gila. Jangan Lupa ye, Sewaktu Ujian JPJ, sign board tunjuk arah tu semua dibuang ye. Jadi anda kena ingat di mana kena lambai tangan, dimana kena stop dan sebagainya. Alkisahnya hari JPJ baru Cik Vita tau tak da sign board. Apa lagi mula la kacau orang tanya nak ingatkan. 

Bahagian 3

Bila dah ada kat kawasan bahagian 3, anda turunkan tongkat, jangan naik dulu. Tunggu sign dari Mr JPJ. Kalau dia suruh start baru naik moto. Maka, buatlah step dia ye. Dah siap semua masukkan gear 1, dan jalan.. buatlah isyarat tangan seperti yang anda pelajari. Kalau ada traffic light jangan langgar ye, ikut traffic light. Anda kena bagi laluan untuk kenderaan yang lebih besar dari anda. Jangan main redah je, nanti dipotong markah. Dah habis semua, double stand dan angkat tangan sambil senyum ye. 

Itulah serba sedikit Step yang Cik Vita boleh kongsikan. InsyaAllah boleh membantu. Anda mesti lulus 1st try ye. Jangan jadi macam Cik Vita. Rugi masa & wang. Cik Vita doakan anda berjaya. InsyaAllah..

Finally, Harini baru Cik Vita dapat lesen.. Kenapa lambat? Sebab Cik Vita selalu tangguhkan kelas belajar memandu. malas sikit, rajin banyak haha. Lepas ni dah boleh rempit dan race dgn Cik Vita yea. 

Abaikan muka tembam macam tembikai [gambar sblm consume Shaklee]


Terima Kasih Sudi membaca.
Untuk Pertanya berkaitan Shaklee Msg @ WhatsApp Cik Vita 0199609708






Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
Ku liza
admin
12/10/14 9:57 am ×

teringat balik masa amek lesen dulu...ketaq satu badan hehe.
Alhamdulillah lulus dengan ohsemnya. :D

Reply
avatar
fisha hasan
admin
12/10/14 11:03 am ×

sama2 akk zihan.. :)

Reply
avatar
fisha hasan
admin
12/10/14 11:03 am ×

Tau xpa Liza.. mmg ketaq xtau nak cakap.. haha

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment