Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Kali ni Cik Vita nak bagi anda beberapa tips untuk kuruskan badan tapi tak payah senaman? Allergic kan dengar perkataan senaman. Cik Vita pun allergic. Tak tau kenapa kan. Hmm. sebab tu kita senang dapat penyakit, badan lemau sebab peluh langsung tak keluar kan. Tapi tak pa jangan risau, Cik Vita yakin, anda dapat mesti dapat buat step ringkas yang Cik Vita nak bagitau ni..
Kalau sebut kuruskan badan, ia berkaitan dengan apa? mesti dengan pembakaran kalori kan. Macam mana nak bakar? BERSENAM..Tapi apa maksud senaman tu? Senaman adalah satu pergerakan yang anda lakukan secara berulang kali yang bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal tubuh badan anda.
Cik Vita percaya ramai yang tak mampu untuk melakukannya setiap hari atas kekangan kerja, masa bersama keluarga, meeting dan sebagainya. Tapi jangan risau, tips yang Cik Vita nak berikan tidak akan menganggu masa kerja anda, ataupun masa bersama family anda.
Kalau badan dah sihat barulah boleh jadi lelaki kacak dan wanita cantik :)
Tahniah! Anda berjaya membakar kalori~ |
Langkah-langkah Kuruskan Badan
1] Bakar Kalori Dengan Kerja Harian Di Rumah
Sape sangka dengan buat kerja harian di rumah anda boleh kurus? Ini betul ye. Semakin banyak pergerakan anda, semakain banyak kalori yang dibakar. Tapi, pergerakan yang bagaimana? Haaaa. Kalau anda sapu sampah tu, kan da banyak pergerakan tu, dah berapa banyak kalori yang dibakar. Sambil masak, anda boleh buat regangan kaki sikit-sikit. Mungkin anda ada taman mini di luar rumah, apa salahnya pegi siram pokok bunga yang kembang setaman tu, haaa..itu adalah salah satu contoh regangan yang boleh membakar kalori badan anda.
2] Bakar Kalori Apabila Masa Bersama Anak-anak Kesayangan
Anak-anak masih kecil lagi, mana ada lemak nak dibakar.. Ehemmm.. sape cakap?? Kalau Mak dan Ayahnya tiap minggu bagi anak makan KFC, setiap hari makan sausage dan nugget. Anak-anak sekarang sudah pandai meminta-minta makanan seperti tersebut. Jadi ibu bapa kenalah juga ajar anak untuk membakar kalori supaya satu family sihat bahagia selamanya. Apa yang boleh dibuat? Hantar anak pergi sekolah, parking jauh sikit dari sekolah. Anda hantar anak dengan berjalan kaki, sambil tu boleh sembang dengan anak-anak. Dah boleh bakar kalori. Simple kan?.. Boleh jugak merapatkan hubungan dengan anak tersayang.
3] Bakar Kalori Sambil Berehat
Amboii Cik Vita, berehat pun boleh bakar kalori ke? Iyaa. sape cakap tak boleh? haha. Sambil anda depan TV menonton drama ke, layan hindustan ke, Hawaii Five O ke [feveret tu!], anda boleh bakar kalori. Macam mana? sambil tengok TV tu, sambil lah lipat kain. Boleh bakar dah, tangan dok bergerak-gerak kan.. Tak pun, tengok TV sambil baring, cuba angkat kaki ke udara, buat mcm kita tgh cycling ataupun gaya kayuh basikal.. Cepat je kalori dibakar tu.
4] Bakar Kalori Semasa Bekerja
Cik Vita oiii, orang nak pergi bekerja, bukan pergi bersenam! Jangan marah.. baca dulu keh.. Ok macam ni, semasa nak naik office tu, gunalah tangga.. Jangan naik lif. Malas? Tak pa buat cara lain ye. Waktu tengah berjalan nak pi pantry tu, atau on the way nak masuk office boss, regang-regangkan sedikit lengan, pusing-pusing sedikit, gerakkan kepala ke kiri dan kanan, buar pergerakan duduk dan bangun di atas kerusi. Banyak lagi sebenarnya yang anda boleh buat. Pergerakan tu pun boleh mengurangkan banyak kalori anda.
Kenali Cara Tubuh Membakar Kalori
Pembakaran kalori dapat dikaitkan dengan metabolisma tubuh seseorang. Terdapat beberapa faktor yang menentukan mengenai kadar metabolisme antara satu sama lain, antaranya :-
- Saiz dan Bentuk Badan - Semakin besar tubuh badan seseorang, atau semakin banyak jumlah otot yang dimiliki oleh seseorang, maka semakin banyak jumlah kalori yang dibakar, walaupun pada masa beliau berehat.
- Jenis Jantina - Lelaki biasanya mempunyai lemak yang sedikit dan otot yang banyak berbanding perempuan walaupun pada berat serta usia yang sama, dan lelaki akan membakar lebih banyak kalori berbanding perempuan.
- Usia - Apabila semakin bertambah usia, maka jumlah otot pun berkurang dan jumlah lemak semakin bertambah, sehingga proses pembakaran lemak semakin berkurangan.
Nampak tak golongan wanita agak lambat dalam proses pembakaran kalori.. So, nak buat macam mana??
SARANAN CIK VITA :
+ Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolestrol keranana ia akan menyebabkan lemak terkumpul dengan banyak dan lambat uuntuk proses pembakaran lemak.
+ Banyakkan pergerakan seperti tips yang Cik Vita sarankan di atas.
+ Minum banyak air kosong.
+Tingkatkan metabolisme badan. Apabila metabolisme badan tinggi, maka proses pembakaran lemak akan menjadi lebih cepat. Di dalam Shaklee, ada satu minuman yang dikenali sebagai CINCH ENERGY TEA MIX di mana kandungan di dalamnya berfungsi untuk meningkatkan metabolisme tubuh serta membakar lemak-lemak jahat yang terdapat di dalam tubuh anda. Untuk melihat kadar harga pasaran, boleh lihat di SINI.
Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, Boleh Hubungi terus dengan Cik Vita.
~Free
Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon