Epal Tidak Boleh Dimakan


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

kebaikan buah epal
Epal merah & Epal Hijau
Kali ni Cik Vita nak kongsi dengan anda tentang sebiji buah yang dikatakan tidak boleh dimakan.. Adakah ianya benar?? Kenapa tidak boleh dimakan?? Selama yang diketahui epal memang boleh dimakan kan?. Hmmm. Jom kita kaji sama-sama..

Saidina Ali Bin Abi Talib berkata :
"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya terlebih dahulu dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan sedemikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap"

Haaaa. nampak tak Saidina Ali cakap apa? "Boleh menghilangkan pelbagai penyakit". Jadi kalau sesiapa yang TIDAK PENTINGKAN KESIHATAN, maka TIDAK BOLEH makan epal. Pada hemat Cik Vita, siapa yang makan epal, mesti pentingkan kesihatan. 

Memang tidak dapat dinafikan, Epal merupakan salah satu buah yang mempunyai khasiat yang tinggi dan mempunyai pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan. Kenapa vitamin diperlukan oleh badan?? Cik Vita sudah mengkajinya. Jemput tambah pengetahuan :)

Para saintis juga telah mengesahkan bahawa epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung. Pengambilan 2 hingga 3 biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolestrol di dalam badan. Cik Vita senang je kalau nak buang kolestrol. Ambil je Omega Guard Shaklee. Sekarang ni pun epal belum tentu ditanam secara organik, Sudah tercemar dengan pelbagai jenis baja serta racun kimia yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.  


Khasiat Sebiji Epal


Antara bahan yang terkandung di dalam sebiji epal adalah :-
  • Mempunyai serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B compleks. 
  • Kandungan agen antioksidan yang terdapat di dalam epal mampu menentang radikal bebas serta melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. 
  • Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.
  • Purata kandungan air yang terkandung di dalam sebiji epal adalah lebih kurang 115.82 gram berfungsi untuk melembabkan kulit yang kering
  • Fitokimia yang dijumpai di dalam epal dapat membantu menghalang salur darah daripada tersumbat serta dapat menghalang sel kanser daripada merebak. 
  • Epal mengandungi kandungan serat serta kalori yang tinggi dan penting untuk membantu proses pengawalan berat badan. 
  • Dapat meredakan masalah sembelit dan makanan yang amat sihat untuk pesakit buasir.
  • Melindungi sendi tulang.
  • Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksik dengan pantas. 

Saranan Berhikmah

  1. Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin c dan serabut yang berada di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba. Di pasaran terdapat pelbagai jenis Vitamin C, anda pilihlah yang terbaik, Apa perbezaannya dengan Vitamin C Shaklee? Jemput baca perbezaannya di SINI.
  2. Untuk membuang toksik di dalam badan, kisarkan sebiji epal dengan daun saleri - amalkan minum setiap pagi sebelum memulakan sarapan. 
  3. Kolestrol dan lemak tidak terkandung di dalam epal, So, sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
  4. Jangan biarkan epal terdedah terlalu lama selepas dipotong kerana boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal tersebut dipotong.

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Sekiranya berminat untuk menjadi AHLI SHAKLEE boleh rujuk di SINI.

BERMINAT?

~ FREE CONSULTATION ~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]





Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
MNH
admin
22/10/14 6:49 am ×

Banyak betul khasiat epal ni ye. Rasa nak gi beli sekarang je.

Reply
avatar
Ku liza
admin
29/10/14 5:43 pm ×

liza suka epal hijau! sedap, masam2. nyum2..

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment