Tips Pilih Handbag Supaya Orang Tak Pandang Serong Dek Tak Sesuai Dengan Bentuk Badan


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Ramai yang suka beli handbag ikut suka hati. Nampak cantik sikit dah tergoda iman untuk memilikinya. Tapi, bila dah beli mulalah menongkat dagu pandang ke luar, pandang jauh hingga tembus dinding batu semuanya. Akibat beg tangan itu tidak sesuai dengan diri sendiri. Macam mana pulak tau tak sesuai kan. Sebab kawan cakap “tak sesuai lah dengan badan you ni” . Jadi, dah simpan dalam gerobok kan.

cara memilih beg tangan
Leather Handbag

Bila nampak barang cantik, siapa yang tak tergoda bukan? Jadi, kalau tak mahu buang duit hasil titik peluh sendiri dengan membeli barang yang tak sesuai dengan kita, ada baiknya kita scan badan kita dahulu. Eh scan badan sendiri? Haha. Mana taknya, bila tersalah beli barang, mesti rasa malas untuk pakai. Dah membazir kan?

Jadinya, amat perlu untuk kita tahu apa jenis bentuk badan diri sendiri. Lepas tu, riang rialah hati bila dapat beli something yang match dengan diri kita. Puas hati bukan? Dah tak membazir lagi. Jom baca bentuk beg tangan yang sesuai dengan you all semua.

Jenis Bentuk Tubuh Badan & Beg Pilihan 


Bentuk Tubuh Jenis Petite

beg untuk orang kurus
Bertubuh Kurus
  • Selalunya wanita yang bertubuh KURUS memiliki bentuk badan seperti ini.
  • Beg jenis lebar dan clutch sesuai digayakan oleh tubuh begini.
  • Jangan sesekali cuba untuk menggayakan beg tangan yang bertali pendek kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan anda yang kecil.
  • Beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis ini. 


Bentuk Tubuh Jenis Slim Athletic

memilih beg tangan untuk ahli sukan'
Wanita Yang Aktif Bersukan
  • Untuk wanita yang aktif bersukan, biasanya ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka sama sahaja.
  • Sama seperti wanita yang memiliki tubuh jenis petite, beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat juga sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk tubuh jenis slim athletic


Bentuk Tubuh Jenis Hour Glass

cara memilih beg tangan untuk wanita berbadan hour glass
Wanita Berbentuk Badan Seimbang
  • Jenis ini sempurna, nampak seimbang di bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping.
  • Wanita berbentuk badan begini sangat beruntung kerana boleh menggayakan semua jenis beg.
  • Tetapi anda tidak perlu terlalu yakin. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna. 
  • Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.


Bentuk Tubuh Jenis Apple

cara  memilih beg tangan
Berbentuk Badan Jenis Apple
  • Akan kelihatan kurus di bahagian punggung ke bawah, namun mengalami masalah besar di bahagian atas.
  • Sebaiknya gunakan beg tangan yang tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit supaya dapat memberikan keseimbangan kepada tubuh badan anda.
  • Beg tangan yang BERTALI PANJANG sedikit sesuai untuk bentuk badan apple untuk mengelakkan badan nampak terlalu penuh di bahagian atas. Dengan tali yang panjang sedikit, ia dapat menutupi kekurangan bahagian atas yang besar dari yang bawah.


Bentuk Tubuh Jenis Pear

cara memilih beg tangan
Beg Bertali Pendek
  • Selalunya mereka akan besar di bahagian punggung (pinggul yang lebar) dan kecil di bahagian dada.
  • Perlu mengalih perhatian ke bahagian atas. So, beg tangan BERTALI PENDEK sesuai untuk anda. 
  • Beg bertali pendek melindungi dada anda yang kecil. Ia juga memberikan keseimbangan pada bentuk badan.

Jom Baca !~


 ======================================================== 

Cik Vita 
PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA











Previous
Next Post »

20 comments

Click here for comments
bysyiraishak
admin
3/12/14 10:56 pm ×

Sy suka tali panjang..sng nak silang2.takde pulak terpikir ttg bentuk badan hehhe.tp sy buat pilihan tepat nampaknyaa

Reply
avatar
Nursimatun
admin
3/12/14 11:33 pm ×

Owh, ada caranya jugak ye.. Akak main redah je. Asalkan yg berkenan di mata... thanks sharing...

Reply
avatar
3/12/14 11:36 pm ×

Thanks for info yg best. Suka tote bag.
Ok dah tu, beg jenis lebar dan clutch. Mmg byk buat pembelian yg salah,kena let go preloved la pasni huahuahua

Reply
avatar
Akak Vitamin
admin
4/12/14 12:44 am ×

Baru ku tahu pakai handbag pun ada kaitan dengan bentuk badan.. thanks for the info :) selalu just pilih ada 1 tali dan talinya mesti lebar. Kalau tak sakit bahu..

Reply
avatar
Unknown
admin
4/12/14 8:16 am ×

Taktau pulak ada petua cmni..TQ info

Reply
avatar
4/12/14 8:29 am ×

Petua yang menarik. Saya sukakan beg tangan yang simple dan mudah dibawa.
Pengedar Shaklee Semenyih 

Reply
avatar
Unknown
admin
4/12/14 9:08 am ×

O0o..nk beli handbeg pun ada caranya. Kena ikut bentuk badan..first time tau ni..

JommSihatDanCantik -> SET PENJAGAAN WAJAH BEBAS BAHAN KIMIA

Reply
avatar
Unknown
admin
4/12/14 1:13 pm ×

baru beli satu tadi..hehe...tapi pilih yang mana berkenan je..bagus tips nie supaya tak nampak pelik bila berfesyen

CARA BERHENTI MEROKOK

Reply
avatar
Unknown
admin
4/12/14 1:56 pm ×

Tips yang bagus untuk mereka yang suka bergaya. saya suka beg silang je g mana2. senang nak capai barang....

Menyusu dan Cara Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Reply
avatar
NAMI
admin
4/12/14 2:53 pm ×

selama ni beli handbag main redah je.. tips ni boleh diguna pakai nih..

PASANGAN MINTAK PUTUS KERANA TIDAK TAHAN DENGAN MULUT BERBAU BUSUK

Reply
avatar
Unknown
admin
4/12/14 7:49 pm ×

haha.. saya pun main beli jgak.. tapi lepas tau tips ni, ada tgk2 yg sesuai dgn bntuk bdan..

Reply
avatar
Unknown
admin
4/12/14 7:49 pm ×

mesti ada kak tun.. hehe..

Reply
avatar
Unknown
admin
4/12/14 7:49 pm ×

buat jualan murahh.. haha

Reply
avatar
Unknown
admin
4/12/14 7:50 pm ×

ada ada.. kalau org tau fesyen tgk gaya kita pun dia tau ssuai ke tak dgn kita.. hehe

Reply
avatar
Unknown
admin
5/12/14 1:43 am ×

Saya suka jenis beg yg bersaiz bbesar,sbb nati Senang boleh masukkan botol susu ank sekali.

Reply
avatar
Unknown
admin
5/12/14 9:37 am ×

hehe...beli bag pun kena ada caranya jugak ya...selalunya beli bag apa yang berkenan dimata je...

promosi gempak akhir tahun bulan disember 2014

Reply
avatar
Nashgal
admin
8/12/14 12:20 am ×

Baru tahu pemilihan beg ikut jenis tubuh. Kumain redah je asal cantik
Bangkit Berniaga

Reply
avatar
Aju
admin
9/12/14 3:54 pm ×

Wah.. Ada tips pilih bag. Info terbaik. Tak tau pula ada beg yang sesuai untuk tubuh badan. Selama nie Aju tak salah pilih la. Layari Aju@VitaSyopz blog di entri Promosi Akhir Tahun Sr Vitamin C dan Vitamin E Plus

Reply
avatar
wan muliani
admin
16/4/15 12:45 am ×

Wahhh cantiknyaaa handbag. Tergugat imann

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment