Kurus Dan Buang Lemak Dengan Buah Epal


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
  
Ramai di antara kita yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal. Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai masakan seperti Pie atau pencuci mulut, buah epal mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan.

khasiat sebiji epal
Buah Epal Merah

Epal merupakan sejenis tanaman saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga mawar (Rosaceae), dan juga antara tanaman yang paling banyak di tanam di dunia. Pokok epal berasal dari Asia Barat, Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultiva epal berbeza dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari penanti yang sama

10 Khasiat Dan Kebaikan Buah Epal


  • Baik untuk kesihatan

Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.

  • Baik untuk melawaskan perut dan sembelit


Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.

  • Risiko kanser rendah


Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.

  • Mengandungi serat yang tinggi 


Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

  • Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan


Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.

  • Baik untuk menghalang penyakit jantung dan kanser


Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

  • Membantu proses mengawal berat badan.


Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapatmemberikan kita tenaga.

kelebihan epal
Khasiat Epal Hijau
  • Bebas kolestrol dan lemak


kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

  • Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)


Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.

  • Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin

Vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

=========================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA












Previous
Next Post »

6 comments

Click here for comments
Unknown
admin
15/12/14 11:48 am ×

betul tu... epel bnyk manfaat nye

Recent Post by MananQayyim : Kronologi Perbezaan Harga Ron 97 dan Ron 95

Reply
avatar
kuchalana
admin
15/12/14 1:39 pm ×

saya pun memag suak makan buah epal...vitamin shaklee bagus untuk kesihatan

Reply
avatar
Unknown
admin
15/12/14 8:50 pm ×

dah la banyak manfaat, kalau mkan cepat je kenyang...

Reply
avatar
Unknown
admin
15/12/14 8:50 pm ×

yes.. kita sama.. suka mkn epal..

Reply
avatar
16/12/14 1:17 am ×

dalam epal, quercetin paling byk terdapat pada kulitnya - bahan yang sama dalam anti aging Vivix Shaklee..tapi sebab wax pada kulit, kita kupas kulit..skrg saya dah tak kupas kulit, saya cuci dengan rendaman basic H, mmg tanggal wax tu

Reply
avatar
Unknown
admin
16/12/14 11:00 pm ×

yes betul tu sis kamalia.. guna basic H semua boleh setel.. alhamdulillah..

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment