Psoriasis Menyerang Diri!. Bagaimana Langkah Mengatasinya??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Penyakit psoriasis merupakan keadaan kulit yang tidak normal yang mana kulit penghidap penyakit kulit psoriasis menebal dengan lebih cepat daripada kulit yang normal. Kawasan yang mana biasa dihidapi oleh penyakit psoriasis adalah pada kulit kepala, lutut dan siku. Walaubagaimanapun psoriasis boleh juga menjangkiti di bahagian badan lain termasuklah kuku dan tulang.

Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.

bagaimana untuk atasi penyakit psoriasis
Pelbagai Jenis Psoriasis

Tanda-Tanda Penyakit Kulit Psoriasis


Tanda penyakit kulit ini adalah berlainan pada setiap orang dan termasuklah :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah di kulit kepala, siku, lutut dan pada bahagian-bahagian lain badan
  • Rasa gatal tetapi di tahap yang berbeza-beza
  • Penyebab penyakit kulit psoriasis

Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:

  • Infeksi
  • Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
  • Tekanan
  • Kecederaan pada kulit
  • Cuaca
  • Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol
  • Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Jenis-Jenis Penyakit Psoriasis


  • Paling biasa adalah penyakit psoriasis yang bertompok pada kanak-kanak kebiasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis penyakit kulit psoriasis teruk yang memerlukan rawatan hospital adalah dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis merupakan bentuk penyakit psoriasis yang berkeadaan sangat teruk yang mana boleh menimbulkan kesakitan
  • Guttate psoriasis
  • Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Langkah-langkah penjagaan psoriasis


Pertama - Kena menjaga pemakanan

Elakkan daripada makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan boleh berlaku pada anda seperti Makanan Laut. Memang sedap kalau dapat makanan laut tapi kena ingat kesanya pada pesakit akan menyebabkan kegatalan dan menyebabkan kulit menjadi luka dan kemerah merahan. Makanlah makanan yang dikata baik untuk kesihatan

Kedua - Digalakan sukan tetapi biar bersih

Pesakit digalakan bersukan bagi mengurangkan tekanan dan menyihatkan badan tetapi jangan biarkan peluh menjadi punca kepada kegatalan dan ruam. Kalau boleh lepas main bersukan terus bersihkan badan.

Ketiga - Berjemur waktu pagi

Mendapatkan cahaya matahari yang cukup pada waktu pagi sangat-sangat membantu pesakit mendapatkan vitamin dari cahaya matahari (baik untuk kulit). Ingat!!! waktu pagi bukannya tengah hari. Kalau korang duk berjemur tengah hari itu cari masalah namanya.

Keempat - Give some air and space for your skin.

Bagi ruang pengudaraan yang baik bagi kulit bagi mengelakan peluh yang terperap dan menyukarkan mendapat cahaya kena pada kulit. Senang skit kulit tue nak bernafas.

Kelima - Pakai pelembab atau krim

Bagi mengekalkan kelembapan kulit, disarankan untuk menggunakan krim pelembab atau krim berasaskan coal tar (arang) atau kortison yang disarankan oleh doktor. Make sure dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar kulit bagi menentukan tahap keseriusan penyakit dan kaedah rawatan yang terbaik bagi mengatasi masalah anda.

Keenam - Bebaskan diri anda dari TEKANAN.

Stress dan tekanan adalah salah satu pemangkin atau penggalak kepada berlakunya psoriasis. Hipotesisnya senang jer, semakin ada stress semakin banyak psoriasis tumbuh. Maka korang kena pilih cara hidup paling sihat dan kalau tekanan itu cepat cepat pergi happy-happykan diri anda dengan cara tersendiri.

Cara Mencegah~

Psoriasis tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, tetapi dengan pengambilan supplement yang sesuai ia boleh mengawal simptom penyakit ini. Mungkin ianya agak mahal, tetapi ia merupakan jalan penyelesaian ataupun solusi yang terbaik setakat ini dan ramai yang telah pulih dengan pengamalan supplement ini.

Cadangan Supplement :-

  1. NUTRIFERON - Sebagai Immune Booster
  2. B COMPLEX - Mengawal stress. Tompokan psoriasis akan lebih cepat merebak jika stress tidak dikawal
  3. GLA COMPLEX - Menstabilkan hormon di dalam badan anda
  4. VITAMIN C - Mengawal pembentukan kulit, melembapkan kulit supaya tidak menggelupas
  5. COLLAGEN POWDER - Melembapkan dan membantu sel-sel dengan lebih baik
  6. ENERGIZING SOY PROTIEN [ESP] - Membantu pembentukan sel baru
  7. VIVIX - Bertindak dari peringkat DNA untuk memperbaiki sel dan meningkatkan imuniti tubuh. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi bagi mengenbalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
  8. HERBAL BLEND - Penggunaan luaran sebagai losyen untuk melembapkan kulit anda.

==================================================

Cik Vita 
PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA





Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
12/12/14 11:20 pm ×

kesian tgk anak buah husband kena psoriasis ni..insyaallah nak suggest apa yg dicadangkan..terima kasih dgn perkongsian

Reply
avatar
Unknown
admin
13/12/14 12:58 pm ×

iya.. sebab xda ubat kan.. jadi pengambilan supplement yg sesuai insyaallah dpt mengawal nya..

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment