Teringin Nak Makan Ayam Masak Kicap Macam Dalam TV


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Alkisahnya sekarang ni Cik Vita sudah bekerja. Jadi, tak dalah duduk di rumah mak. Sedih pun ada jugak sebab tak dapat kuasai dapur macam rumah kita sendiri. Sekarang ni pulak masih tinggal di asrama pelajar. So, memang tak dapat nak masak. Tangan ni dah gatal-gatal nak potong bawang dan cili ni. Haha. Cik Vita rindu sangat nak makan ayam masak kicap. Tapi, macam dalam TV punya. Hehe. Jadi Cik Vita pun search lah resepi di google. Cik Vita tersangkut hati dengan resepi ni. Cik Vita akan hafal resepi ni sampai Cik Vita balik rumah dan masak sendiri. Bestnya. Tak sabar rasanya nak berperang di dapur sendiri.

cara masak ayam masak kicap
Sumber : Rasa

Jom kita tengok dulu resepi yang telah menambat hati Cik Vita.

Bahan-Bahan Ajaib Ayam Masak Kicap


BAHAN A:

  • 1/2 ekor ayam | dibersihkan, lalu digoreng separuh masak


BAHAN B:

  • 3 ulas bawang besar | dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih | dititik sedikit
  • 2 tangkai cili merah | dihiris
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3cm halia | dihiris halus
  • Kicap manis secukup rasa
  • 2 biji tomato | dihiris


BAHAN C:

  • Minyak untuk menggoreng ayam secukupnya


BAHAN D:

  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sos tiram secukup rasa


Cara Memasak Ayam Masak Kicap Dengan Bahan Ajaib


  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan cili merah. Tumis sehingga kekuning-kuningan.
  3. Masukkan kicap manis dan kacau sebati. Masukkan sedikit air, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam dan tomato. Kacau rata dan angkat.
  5. Sedia dihidangkan.



resepi ayam masak kicap manis
Sumber : Google
==========================================================


Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA





Previous
Next Post »

5 comments

Click here for comments
16/12/14 8:11 am ×

Wahhh Cik Vita dah kerja sekarang...semoga kerjaya dan perniagaan Shaklee terus maju dan sukses. Hehehe. Lapar pula tengok ayam masak kicap tu. Boleh cuba resepi ni sebab senang.

Reply
avatar
fisha hasan
admin
16/12/14 10:58 pm ×

alhamdulillah.. keja dah.. tq MNH.. boleh try resepi ni.. terbaik lah..

Reply
avatar
ain diyana
admin
17/12/14 12:06 pm ×

wahhhh.. meleleh ayaq liur niiiii

Reply
avatar
fisha hasan
admin
17/12/14 7:29 pm ×

hehe.. cubalah masak ye..

Reply
avatar
16/4/15 12:27 am ×

Bestnyaaa. Tq share resepi.. Huhu

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment