Luahan Rasa Hati Seorang Pendidik VS Pengajar


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Sekarang ini Cik Vita telah bekerja sebagai seorang Pendidik di Kolej Islam Sains Dan Teknologi (KIST) Cawangan Perak. Alhamdulillah. Mungkin ramai yang dah tahu tentang masalah kolej ini, tapi Cik Vita datang juga untuk meneruskan perjuangan Kolej ini untuk mendidik anak bangsa sendiri. Entry kali ini Cik Vita nak buat sedikit luahan rasa hati seorang pendidik seperti Cik Vita. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa bezanya pendidik dan pengajar kan? Bukannya sama jeke? Tak sama ye kawan-kawan semua..

pengajar bukan pendidik
Beza Pendidik Dan Pengajar

Cik Vita datang berkhidmat di kolej ini disaat pelajar-pelajar ini melalui saat genting nak hadapi final exam. Kami semua pendidik perlu bekerja keras untuk cover semua subtopik yang belum dipelajari dan membuat ujian-ujian yang diperlukan untuk melengkapi syarat bagi sesuatu subjek tersebut. 

Tinggal lagi 4 hari mereka nak hadapi final exam, dan masih ada subjek yang masih belum habis dipelajari. Cik Vita akan cuba untuk habiskan semua subtopik. Doakan Cik Vita ye semua readers Cik Vitamin. 

Apabila mendengar permasalahan kolej ini, Cik Vita rasa terkilan sebab masih ada masyarakat yang menjadi seorang pengajar. Bagaimana yang dikatakan seorang pengajar? dan bagaimana pula yang dikatakan seorang pendidik?

Pengajar VS Pendidik


Cik Vita pernah membaca buku yang bertajuk “ Beduk Diketuk” hasil karya Pahrol Mohd Juoi.  Salah satu tajuk atau topik yang dibincangkan ialah “ Ramai Pengajar, Sedikit Pendidik”.  Topik ini pada hemat Cik Vita, ia perlu diberi perhatian ramai terutamanya kepada guru-guru serta bakal-bakal guru.  Hal ini demikian kerana pada hari ini ramai daripada kita hanya mengajar dan bukannya mendidik.

apa beza pengajar dan pendidik
Pengajar Bukan Pendidik

Berdasarkan buku yang Cik Vita baca ini penulis telah memberikan perbezaan antara mengajar dan mendidik.  Menurut beliau, mengajar merupakan perkara yang berkaitan dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan manakala mendidik merupakan perkara yang berkaitan dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau.

Sebagai contoh, mengajar seseorang sembahyang. Mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya seperti sah, batal, rukun dan syarat dan hasilnya pelajar hanya tahu sembahyang.  Berlainan pula dengan mendidik sembahnyang.  Hal ini demikian kerana mendidik sembahyang lebih kepada mengajak.  Kita menjaid sebagai role-model kepada pelajar dalam mendidik.  Jika mereka salah kita betulkan dan jika mereka malas kita nasihatkan.  Oleh itu, pelajar akan mahu bersembahyang.

Sama juga konsepnya dengan mengajar atau mendidik di Sekolah ataupun Kolej mahupun Universiti. Anda mengajar cukup hanya dengan masuk kelas, memberi kuliah, memberi nota dan keluar kelas tanpa mengambil tahu situasi pelajar samada faham tentang subjek tersebut ataupun tidak.

Sekiranya anda, mempunyai sifat seorang pendidik, anda akan mengambil tahu, dan berusaha untuk membantu pelajar bagaimana nak selesaikan masalah pelajar yang langsung tidak faham tentang sesuatu subjek dan mencari jalan penyelesaian untuk pelajar tersebut.

Saranan Cik Vita


Oleh itu, kita sebagai orang yang dewasa dan juga bakal guru pelulah menjadi seorang pendidik yang mengajar bukannya menjadi pengajar sahaja.  Dengan mendidik akan menjadikan seseorang itu lebih memahami dan mengaplikasikan perkara  yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka.

Cik Vita doakan semua anak didik Cik Vita berjaya. Risau sebenarnya. Cik Vita hanya mampu membantu di saat akhir ini dan berdoa serta bertawakkal kepada mereka.. 

Mohon Doa Semua ..

kata-kata hikmah
Good Luck!

===========================================================


Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA





Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
17/12/14 10:36 pm ×

Ya Allah...Cik Vita dah jadi pensyarah sekarang? wow!!! saya bercita cita nak jadi pensyarah. hahaha.

Reply
avatar
kucha lana
admin
17/12/14 11:04 pm ×

sungguh jelas mendidik dan mengajar itu berbeza..hu3

Reply
avatar
fisha hasan
admin
18/12/14 7:44 pm ×

alhamdulillah MNH.. Cik Vita doakan yang terbaik utk MNH..

Reply
avatar
fisha hasan
admin
18/12/14 7:44 pm ×

iya BL.. memng mendidik dan mengajar adlh berbeza.. ramai yg mnjadi pengajar sekarg ni.. sebab itu bnyk masalah yg berlaku..

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment