Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Setuju tak kalau Cik Cita
Katakan, zaman sekarang ramai yang mewarnakan rambut??
Mestilah setuju kan..
.
Pelbagai Gaya Potongan rambut & Warna Rambut Yang Selalu Dilakukan Oleh Masyarakat Kini |
Kita pun boleh tengok sendiri di bandar
mahupun kampung, ramai yang mewarnakan rambut mereka. Bulan ni warnanya coklat,
bulan depan highlight biru pulak.
Lepastu tukar kepada warna hitam semula kan.
Lain pulak tabiat mereka yang
suka alter rambut ikut citarasa masing-masing. Jenis curl, straight je,
kerinting dan sebagainya. Tapi takpa, itu adalah pilihan masing-masing kan.
Tapi, bila anda dah selalu
warnakan rambut, ataupun asyik set up rambut anda dengan pelbagai gaya, rambut
anda akan menjadi cepat rosak akibat kesan bahan kimia dan kesan panas akibat
tabiat anda suka ‘set up’ rambut tu.
Rambut akan Nampak kering, rapuh dan mudah putus. Selain itu, rambut
anda juga akan nampak kusam dan tidak bermaya.
Apa yang Cik Vita nak kongsikan
kepada anda ialah tentang bagaimana nak mengatasi masalah-masalah tersebut
untuk dapatkan rambut anda yang asal macam baby gitu.. haaa. Sape tak nak kan..
Jom ikut tips yang Cik Vita nak kongsikan pada anda.
Rawatan Pemulihan Rambut
Rambut Rosak |
Bahan-bahan yang diperlukan ialah
:-
- 1 cawan mayonis [bergantung kepada kepanjangan rambut anda]
- Plastik pembalut makanan [plastic wrapper]
- 4-5 helai tuala kecil
- Pengering rambut
Cara-caranya pulak macam ni…
Sapukan mayonis sedikit demi
sedikit di seluruh rambut anda. Anda kena pastikan bahawa mayonis tersebut
sampai ke bahagian akar rambut. Urut seolah-olah macam dekat Spa tu selama
bebarapa minit supaya mayonis betul2 sampai ke bahagian akar rambut anda.
Apabila anda dah sure tahap 100%
semua rambut anda dah disapu mayonis, Balut kepala anda dengan plastic pembalut
makanan. Sekiranya anda seorang yang berambut panjang, cuba buat sanggul dan
barulah balut kepala anda dengan plastic. Make sure semua rambut anda dibalut plastik.
Step seterusnya ialah, panas
sehelai tuala kecil dengan alat pengering rambut. Bila dah rasa tuala tu dah panas, balut kepala anda
dengan tuala tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.
Semasa nak tunggu masa 10 minit
tu berlalu, anda panaskan lagi sehelai tuala dengan alat pengering rambut. Bila
dah cukup masa 10 minit, tukar pula dengan tuala yang baru dipanaskan. Ulangi
langkah tersebut sehingga 4-5 kali. Dan setiap tuala panas yang dibalut
dikepala anda mengambil masa selama 10 minit. Hal ini adalah untuk memberikan
wap kepada kepala anda seolah-olah berada di spa yang sebenar.
Setelah dah selesai tukar semua
tuala panas anda, , buka plastik yang membalut kepala anda dan cuci kepala
dengan menggunakan air bersih.
Amalkan tips ini sebulan sekali
untuk penjagaan rambut agar kekal lembut dan bersinar. Tetapi sekiranya ‘kerosakan’ yang dialamai
agak luar biasa, Cik Vita sarankan supaya mengamalkan tips ini seminggu sekali
untuk memulihkannya.
Adakah Anda Tahu??
Menyikat rambut menggunakan sikat yang bergigi rapat akan merosakkan rambut anda.. Rambut kita amat sensitif dan mudah patah. Tambah-tambah kalau anda suka melakukan 'set up' rambut ataupun rebonding. So, Cik Vita sarankan anda menggunakan sikat yang jarang bagi memelihara rambut kesayangan anda.
Lidah buaya dapat memberikan nutrisi untuk rambut dan mengembalikan kelembapan kepada rambut anda. Oleh itu, penggunaan lidah buaya ke atas rambut anda adalah amat digalakkan. Caranya dengan mengambil lendir lidah buaya, dan lumurkan di rambut anda secra keseluruhannya. Biarkan seketika. Kemudian bilas dengan menggunakan air bersih.
Cik Vita turut sarankan kepada anda supaya mengambil vitamin tambahan serta memilih shampoo yang berkualiti tinggi bagi mengawal rambut anda daripada rosak dengan lebih teruk.
Anda Mungkin Berminat Untuk Mengetahui :-
====================================================================
Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda
BERMINAT?
~Free
Consultation~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita
ye ;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
Pengedar Shaklee
Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh
Malaysia
"Saya
Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
JANA PENDAPATAN LUMAYAN 6 ke 7 Angka Di Sini
2 comments
Click here for commentsKesian rambut :D
Reply:: anmashealthcare.blogspot.com ::
Rambut selalu gugur :3
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon