Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Di dalam soal mencari jodoh, ianya sudah menjadi satu
sunnatullah [hukum alam], bahawa apabila kita ingin mendapatkan sesuatu, kita
perlu kepada usaha. Bukan hanya soal jodoh, malah kepada maha-mana yang anda
kehendaki di dunia ini, anda perlukan kepada usaha.
Perkahwinan Idaman |
Langkah utama di dalam soal mencari jodoh :-
1] Perlu berdoa dengan bersungguh-sungguh [bukan sehari
ataupun dua hari, malah sentiasa berdoa.
2] Berusaha dengan sebenar-benar usaha seperti yang
disyariatkan Islam
3] Bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Di dalam soal mencari jodoh untuk menuju ke alam perkahwinan,
setiap umat Islam samada lelaki mahupun wanita, haruslah berusaha untuk mencari
jodoh yang terbaik untuk mereka. Apa yang penting di dalam mencari jodoh ialah
dengan niat ikhlas dan mengikut panduan Islam.
Islam amat menggalakkan umatnya di dalam soal mencari jodoh
untuk menuju ke alam perkahwinan kerana ianya kaedah terbaik untuk membangunkan
agama dan menghindari bisikan syaitan.
Perkahwinan adalah benteng pertahanan daripada musuh-musuh
Allah dan orang-orang mukmin kerana dengan perkahwinan ianya akan dapat
mengelak daripada bisikan syaitan yang senantiasa menyuruh kepada maksiat dan
kejahatan.
Alam Perkahwinan Menurut Islam
Di dalam Islam, mencari jodoh, perkahwinan dan hubungan
suami isteri serta keluarga adalah perkara yang amat penting. Dr. Wahbah
al-Zuhayli menyatakan di dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy bahawa perkahwinan
atau al-nikah ialah satu akad yang menghalalkan perhaulan di antara seorang
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan akan menimbulkan hak dan kewajipan
ke atas mereka.
Menurut definisi ini, ada 2 perkara penting yang boleh
dikeluarkan iaitu :-
1] Perkahwinan ini adalah menyatukan hati antara 2 insan
yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab Kabul yang sah di dalam
Islam.
2] Berkait rapat dengan perjanjian dengan Allah iaitu
berkaitan degan tanggungjawab antara suami dan isteri.
Oleh itu, perkahwinan ini mempunyai nilai keagamaan,
kepatuhan kepada arahan Allah s.w.t. yang perlu dijaga sepanjang tempoh perkahwinan.
Sebab itulah kenapa Islam amat mementingkan umatnya supaya memilih jodoh
menikut agamanya, bukan kerana mengikut nafsu. .
Agama Islam amat menyarankan kita untuk menyegerakan usaha
dalam mencari jodoh untuk menjadi pasangan hidup apabila telah cukup syaratnya.
Antaranya ialah tentang ilmu untuk bekalan alam perkahwinan, keperluan seperti
perbelanjaan, persediaan penginapan untuk bakal isteri dan lain-lain mengikut
kemampuan.
Siapa Perlu Bertindak Di Dalam Soal Jodoh?
“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu
berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu dapat mengawal
mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa
kerana puasa akan menjadi penjaga baginya”.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Allah s.w.t. tahu bahawa manusia amat lemah dalam soal jodoh
dan kebanyakan manusia tidak mampu untuk mengawal nafsu syahwat. Oleh sebab
itulah Allah perintahkan supaya manusia bersegera berkahwin bagi yang mampu.
Bagi yang tidak mampu, maka diperintahkan supaya berpuasa kerana ibadah puasa
mampu memadamkan nafsu syahwat dan menjauhkan diri dari godaan syaitan.
Di dalam kajian yang dijalankan bahawa, titik perubahan
utama dalam kehidupan seseorang adalah sewaktu bermulanya alam rumah tangga
kerana detik itulah mereka akan mengubah menjai lebih baik atas dasar
tanggungjawab yang begitu besar yang akan ditanggung oleh mereka.
Bagi suami mula akan memikirkan tentang mendidik anak-anak
dan isteri menjadi insan yang baik di sisi Illahi, mencari nafkah dan
sebagainya. Manakala Isteri pula akan memikirkan tentang misi mereka untuk
mendapat title isteri solehah di sisi Allah.
Oleh itu, bagi soal jodoh perkahwinan ini, masing-masing
perlu berikhtiar dan mencari jodoh masing-masing yang terbaik untuk mereka.
Bagi lelaki carilah wanita yang baik yang boleh menjadi ibu
yang baik kepada zuriatmu. Manakala wanita pula carilah lelaki yang terbaik
untuk memimpinmu dan anak-anakmu untuk ke syurga. Pilihlah atas dasar agamanya. Itu yang paling
penting.
Keluarga Bahagia |
Ingat, jodoh tidak akan sampai sekiranya anda tidak mencarinya. Dan ingatlah Allah akan bersama-sama dengan mereka yang tidak kenal
erti putus asa. Berdoalah dan berusahalah. Semoga Alah memudahkan jalan
untukmu.
Anda Mungkin Berminat Untuk Mengetahui :-
================================================================
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
6 comments
Click here for commentsbagus ye entri ni. mudah mudahan saya juga akan mendapat jodoh yang baik. :)
ReplyTidak perlu terlalu obses dalam mencari jodoh,kadang sampai xsedar jodoh sudah semakin hampir... dan ade pula terlalu kecewa kerana tidak mendapat jodoh walaupon sudah pelbagai usaha dilakukan.. mohon lah kepada Nya agar mudah mendapat jodoh.
Replymrskeciksangat.blogspot.com
kadang2 jodoh ni bila dicari tak datang..tp bila tak dicari ia datang je dgn mudah...
Replymksudnya.. usaha yg kita mencari dulu tu Allah dah makbulkan.. hehe
Replykena doa banyak2.. sbab Allah yg gerakkan hati manusia.. insyaAllah
Replyaminnn.. didoakan semoga semuanya akan mendapat yg baik..
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon