Assalamualaikum & Selamat
Sejahtera.
Hai semua readers Cik Vitamin.
Sihat semua? Kali ni Cik Vita nak bawakan anda menyelami dunia makanan sikit. Haha.
Selalu pasal kesihatan kan? Kali ini, kita break the rules sikit. Cik Vita nak
berikan anda, resepi sup tulang ala thai yang akan membuatkan semua yang makan
takkan pandang belakang lagi..
Adakah Cik Vita terover
sedikit? Tak tau. Ini benar-benar berlaku. Cik Vita teringat sewaktu Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji yang
lalu, Umi Cik Vita ada buat sedikit korban, dan bawaklah balik tulang lembu di
rumah. Cik Vita dengan rancaknya bersilat di dapur. Nak buat Sup Tulang Ala
Thai lah katakan. Lagi bersemangat sebab ada gearbox. Kesukaan dan kecintaan forever
tu tau. haha
Terima Kasih Google |
Cik Vita tak pernah buat sup
tulang ala Thai, tetapi kalau makan di kedai ala thai, Cik Vita suka sangat sup
yang pekat yang mereka masakkan. Rupanya mereka gunakan rempah sup dan juga
bahan-bahan lain untuk membuatkan sup tersebut ada rasa manis, masin, masam dan
pedas. Kalau semua rasa tersebut bersatu, mestilah sedap kan. Jadi, jom kita
tengok dulu bahan-bahannya.
Bahan-bahan Sup Tulang Ala Thai
- 1/2 kg tulang daging
- 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1/2 inci halia (ditumbuk)
- 1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
- 1 sudu besar rempah sup serbuk (dikacau bersama sedikit air)
- 1 sudu sos ikan
- 2 biji ubi kentang (dipotong 2)
- 4 biji cili padi (diketuk)
- 1/2 biji bawang besar kuning (dihiris bulat-bulat)
- 1 biji perahan air limau nipis
- 1 biji tomato dibelah 4
- 1/2 batang saderi (dihiris)
- Sedikit daun sup
- Sedikit daun bawang
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit garam, gula dan bahan perasa
Cara menyediakan
- Rebuskan tulang bersama air selama 1-2 jam sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang. Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
- Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan berserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
- Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
- Selepas 30 minit, masukkan, cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
- Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula. Gaul dan sesuaikan rasa.
- Tutup api dan sedia untuk dihidang. Taburkan bawang foreng, daun sup dan daun bawang.
Terima Kasih Google |
Sup ini juga sedap dan lazat
dimakan bersama nasi panas ataupun bihun serta mee kuning. Terpulang kepada
anda mengikut kesukaan masing-masing.
Mee Kuning |
Meehoon |
Pesanan Berhikmah Cik Vita
Cik Vita nak buat sedikit pesanan
untuk anda. Kalau dah makan sup yang mana memang diketahui banyak kandungan
lemak dan kolestrol, jadi jangan lupa mengambil ejen terbaik untuk membuang
kolestrol jahat tersebut. Nanti tak dalah tiba-tiba pergi check di hospital,
kandungan kolestrol terlalu tinggi. Bahaya untuk kesihatan dan kehidupan tau
kalau kandungan kolestrol terlalu tinggi di dalam tubuh. Mungkin boleh mati
mengejut! Tak nak lah kan.
Jadi, dari sekarang memang kita
perlu jaga kesihatan. Cik Vita yakin, anda semua ada makanan kegemaraan masing-masing.
Takkanlah kalau kita suka sesuatu makanan tu, kita tak makan lagi kan. Cik Vita
pun tak boleh duduk kalau tak makan makanan kegemaran. Jadi, apa yang perlu
dilakukan adalah dengan mencegah kesan tak baik yang datang dari makanan
kegemaran tersebut.
Untuk halang kandungan kolestrol
menjadi tinggi dalam badan, Cik Vita cadangkan anda untuk mengambil Omega Guard
Shaklee dan juga Phytocol-St. Kedua-dua produk ini adalah ejen terbaik untuk
menolak kolestrol jahat keluar dari tubuh badan. Anda boleh tanya Cik Vita nak
yang murah ataupun nak yang agak mahal. Mestilah ada perbezaan antara keduanya
kan. So, feel free to contact Cik Vita ye.
Omega Guard Shaklee |
Kadar harga Omega Guard adalah lebih murah berbanding dengan Phytocol-ST. Tetapi ianya mempunyai kandungan yang berbeza.
Produk Baru Shaklee |
=========================================================
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
3 comments
Click here for commentsterliurnya...
Replyjom try masak sis lia.. hehe
Replysedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon