Assalamaulaikum & Selamat
Sejahtera..
Persoalan yang Cik Vita utarakan
memang persoalan paling hot di seluruh abad kan?..
Kenapa suami aku cari lain?? Ataupun
perkataan mudahnya berpoligami..
Berkongsi Kasih. Kenapa ia berlaku? |
Semua wanita amat sensitif dan
tak boleh diterima oleh akal dan minda berkaitan poligami ataupun “berkongsi
kasih”. Dengan kata lain ialah bermadu.
Kajian menunjukkan bahawa
kebanyakan wanita tidak suka mereka dimadukan walaupun Islam telah
membenarkannya. Walaubagaimanapun, ada juga dikalangan wanita yang redha dengan
ketentuan takdir Illahi. Di dalam Islam, kaum lelaki memang dibernarkan untuk
berkahwin lebih daripada satu. Tetapi dengan syarat lelaki tersebut kenalah
adil dari sudut zahir mahupun batin.
Cik Vita berpendapat, ada
sesetengah lelaki yang ingin mengikut sunnah Nabi dengan berkahwin lebih
daripada satu, tetapi perkara wajib pun masih belum sempurna. Bagaimana pula
sunnah berpoligami boleh didirikan oleh beliau sedangkan solat 5 waktu masih
belum sempurna?. Memang sangat hairan dengan orang sebegini..
Allah s.w.t. berfirman di dalam
Surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud : “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil
terhadap perempuan-perepuan yatim [apabila kamu berkahwin dengan mereka], maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan [lain]:
dua, tiga atau empat.”
Kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil [antara isteri-isteri kamu] maka [berkahwinlah dengan]
seorang sahaja, atau [pakailah] hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang
demikian itu adalah lebih dekat [untuk mencegah] supaya kamu tidak melakukan
kezaliman.”
Fenomena suami mencari wanita
lain, bukanlah suatu isu yang baru, malah memang telah lama dibahaskan. Isu ini
tidak boleh dipandang remeh dan tidak boleh menunding jari kepada satu pihak
sahaja. Selalunya, apa yang kita dengar ialah, lelaki mencari lain sebab
mengikut hawa nafsu, langsung tidak menghargai pengorbanan isteri ataupun ada
perempuan lain yang ingin merampas suaminya atas dasar harta, kekayaan dan
kemewahan semata-mata.
Sebagai wanita, kita tidak boleh
menunding jari begitu sahaja, malah kena mencari punca kepada fenomena ini
berlaku terlebih dahulu kerana itu adalah jalan yang terbaik. Fikir
dalam-dalam, kenapa suami aku cari lain??
Hasil pembacaan Cik Vita di dalam
sebuah majalah Humairah, seorang lelaki bersetuju, bukanlah mudah untuk
menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami walaupun seorang isteri, apatah
lagi kalau berpoligami. Tetapi, apabila diselidik kembali, mereka berpoligami
kerana memang fitrah lelaki yang inginkan kasih saying, perhatian dan layanan
seksual yang mencukupi untuk mereka.
Mari kita fikir sejenak berkenaan
kiasan ini :-
Adakah salah jika seorang lelaki pergi
ke kedai untu minum kopi disebabkan di rumahnya tidak ada sesiapa yang
menyediakan kopi untuknya??
3 Punca Utama Suami Mencari Wanita Lain
Komunikasi Yang Lemah Dan Tiada
Persefahaman
Masing-masing mempunyai sikap ego |
Sifat seorang lelaki ialah mereka
mudah berasa jemu dan bosan apabila pasangannya selalu membebel dan sering
membantah apa-apa yang dicakap serta yang dilakukannya. Tanpa disedari, ego
seorang lelaki telah dicabar oleh isterinya. Ini menyebabkan lelaki rasa mereka
tidak dihargai dan dihormati.
Lumrah seorang manusia suka
mendapat penghargaan setelah banyak berkorban untuk membina sebuah keluarga.
Apakah salah sekiranya mengucapkan “terima kasih” dan mengucapkan kata-kata
manis kepada pasangan. Pasangan yang kurang mendapat penghargaan akan mula
mencari teman lain di luar yang lebih memahami dan menghargai mereka.
Gagal Melaksanakan Tanggungjawab
Sebagai Isteri
Sikap queen control menjemukan suami |
Perkahwinan ialah satu
tanggungjawab. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang tersendiri, namun
jangan sampai isteri mengambil alih tanggungjawab suami iaitu queen control.
Apabila keadaan ini berlaku, suami akan mula menjadi bosan dan rimas dengan
sikap isteri yang suka mengongkong dan menyebabkan tahap kasih sayang suami
kepada isteri berkurangan.
Disebabkan kesibukan hidup
masing-masing, semakin kurang masa yang diluangkan bersama dengan aktiviti-aktiviti
yang boleh mengeratkan keakraban suami dan juga isteri seperti memasak dan
makan bersama-sama.
Kelaki juga menginginkan suasana
yang manja dan romantis namun, jika suasana di rumah semakin dingin maka tidak
hairanlah si suami cuba untuk mencari yang lain.
Dingin Dalam Hubungan Seks
Hubungan yang dingin |
Isu ini adalah isu yang selalu
dipandang remeh atau malu untuk dibincangkan. Tetapi kebahagiaan dan keintiman
sesebuah rumah tangga sangat bergantung kepada hubungan seksual. Kita tak tahu
samada pasangan kita benar-benar puas. Anda kena tanya pasangan anda secara
jujur dan telus. Anda juga boleh perhatikan dari segi perubahan sikapnya. Jika
dia semakin “dingin” dan kurang berminat untuk bersama dengan anda, kemungkinan
besar dia ada “yang lain”.
Kadangkala kaum wanita terlepas
pandang dan tidak cuba mengambil tahu akan kehendak seksual suaminya. Kaum wanita
sering memberi alasan penat dengan kerja rumah, penat dengan anak-anak sebagai
alasan untuk tidak melayani kehendak suami.
Ini adalah beberapa punca yang
boelh menyebabkan suami anda mencari yang lain. Kaum wanita pula hendaklah
memberi perhatian dalam rumah tangganya. Jadikan rumah itu betul-betul syurga
untuk suami dengan layanan mesra, penuh kasih sayang, menghiasi diri untuk
suami. Sentiasa menyambut suami seperti pasangan yang baru berkahwin dan sering
mengajak suami beribadah bersama-sama. Jangan cuba memberi pelbagai alasan
kerana akibatnya berkemungkinan suami anda akan mencari yang lain..
Pikat Suami Anda Dengan Set Honeymonn Shaklee
Shaklee juga turut menyediakan
anda vitamin untuk eratkan kembali hubungan anda dengan yang tersayang.
Set Honeymoon Suami dan Isteri |
Untuk wanita Cantik :-
Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, membantu
atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut dan sakit
pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium),
dan turut membantu dalam hubungan suami isteri kerana ia mengandungi phytoestrogen
yang mempunyai fungsi yang sama seperti kacip fatimah.
Untuk Lelaki Kacak :-
Vitamin E Complex
Di dalam Vitamin E terdapat Selenium
yang merupakan antioksidan yang boleh mengurangkan risiko penyakit kanser
prostat. Selenium turut memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan tahap
kesuburan lelaki dan wanita. Namun, pengambilan Vitamin E di kalangan lelaki
adalah lebih penting kerana ia akan diproses dan dikeluarkan melalui air mani
lelaki. Gabungan Vitamin E dan Selenium dapat meningkatkan pengeluaran sperma
yang baik.
Jadi, disinilah Vitamin E dan
Selenium bertindak bagi suami dan isteri yang menginginkan cahaya mata atau
yang ingin menambahkan cahaya mata.
Tahukah anda ??
Kebanyakan lelaki yang mengambil
Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dlm
menikmati hubungan suami isteri berbanding dengan yang tidak mengambilnya
langsung. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurangnya tiga bulan,
akan membantu meningkatkan “sexual desires” dan menikmati hubungan cinta dengan
lebih baik.
Jadi kepada isteri yang mempunyai masalah ini, belilah dan hadiahkan kepada suami tersayang anda, Jangan biarkan masalah rumah tangga anda meruncing..Tidak salah juga sekiranya suami membeli untuk kebaikan isteri. Anda juga yang beruntung kan??
Anda juga berminat untuk mengetahui :-
=======================================================
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
19 comments
Click here for commentsAhhaaa..nie mesti gara-gara cik mah kan. Walaupun kita sesibuk mana sekalipun, kena la pandai berhias diri. Tak perlu nak pakai cantik, berhias emas bagai. Cukuplah sekadar penampilan tu kemas..TAPI yang dalam WAJIB jaga elok2.hihii...malu aii
ReplyJommSihatDanCantik -> BACA POINT PENTING ESP
Minta dijauhkan perkara-perkara begini..nak buatkan suami sayang pads kita haruslah kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan suplemen cinta shaklee..pastinya mana yang dingin pasti panas dan mekar setiap hri seperti baru-baru kawen dulu..penjagaan diri juga penting sentiasa bertenaga,cergas sepanjang hari..xnak lah suami balk kerja masih pakai baju tidur,kain batik...siap cantik2,wangi2 sambut suami..hehe
ReplyPetua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin C Shaklee
wow...shaklee pun ada set honeymoon ye..
ReplyKETAHUI CARA MENGATASI WAJAH WANITA NAMPAK TUA SEBELUM USIA
bagi saya amatlah tidak releven jika suami ingin berpoligami disebabkan kurang layanan seks..sepatutnya kalau nak berpoligami, cuba pilih janda-janda yang anak ramai. rasanya kebanyakan lelaki yang kawen llain semua cari yang muda-muda je..itu pendapat saya la =)
ReplyAsam Pedas Keladi..Hirup Sampai Tak Panggumg Kepala
Naudzubillah minta jauh la perkara2 gini..
ReplyEhmmm baru beberapa hari lepas sorg member bisik husband dia 'power' semacam lepas amik vivix. Dia.pun tgk husband dia rajin je amik vivix, maybe sedar perubahan kot. Tp share kat sini je la, buat iklan kang macam 'seram' jek ahahaha
kes cik mah ke..hehehe.. jom kepit suami dengan set honeymoon shaklee
ReplyBtol tu...kite sebagai org ppuan.walaupun hnya surirumah...kena lah jaga penampilan jgak.mintak jauh lah kez2 gini...jom hadiahkan suami set honeymoon nie.
ReplyKelebihan Set Bersalin Shaklee
Kalau baca kisah Cik Mah tu macam tak adil pula kan...suami hanya pandang pada kecantikkan semata-mata, kebaikkan dan kesetiaan si isteri jatuh pada no 2...apapun penampilan dan kecantikkan kita sebagai wanita memang harus kena jaga.
ReplySebagai suami isteri kita haruslah mengetahui keperluan masing-masing. Bahagiakanlah pasangan dan hormatilah apa yg dia mau. Jaga penampilan dan kesihatan diri anda. Kepercayaan satu sama lain adalah yang paling terpenting.
ReplyKeistimewaan Meal Shakes Untuk Siapa
Suami adalah pelengkap isteri. Isteri adalah pelengkap suami.Jadi kena cuba bertolak ansur.komunikasi antara satu sama lain itu penting bagi mengelakkan perbalahan.kena fahami keinginan pasangan masing-masing. Jum cuba set honeymoon ni
Replyaktiviti bersama keluarga
Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. Allah dah tetapkan yang terbaik utk kita. Tak perlu yang begitu sempurna jika kita pun ada kelemahannnya.. Cukuplah sekadar menerima pasangan itu seadanya... betul tak?
ReplyBetul Ke Set Shaklee Dapat Mencegah Asma Dari Menyerang?
Sekarang ni macam2 hal..dunia akhir zaman..
ReplyKulit Kering dan Menggelupas
Hubungan cinta suami isteri perlu dipupuk dan dikekalkan sepanjang masa. Mudah-mudahan kita bahagia hingga ke akhir hayat.
ReplyJom Dapatkan Hadiah Comel Ini
minta dijauhkan....semoga ikatan cinta suami isteri yang dibina berkekalan sehingga ke Jannah...
Replyturunkan bacaan kolestrol
semoga dijauhkan masalah ini berlaku, jom kita ambik set honeymoon shaklee untuk semarakkan lagi kasih sayang suami isteri.
ReplySelain menerima kekurangan pasangan, kedua-duanya perlu tingkatkan amalan Rohani dan.istiqamah melakukan suruhan.Allah.
ReplyTingkatkan Kesihatan Jantung
Madu???
ReplySaya memang tak rela dan tak terbuka..huhu
Jemput baca: Bagaimana Kekal Slim Selepas Bersalin Agar Baju-Baju Lama Muat Dipakai
monogami atau poligami yang sebenarnya lebih dikatakan sunnah..ramai yang salah saham..
ReplySet Honeymoon ni sememangnya set pengikat suami isteri :D
:: anmashealthcare.blogspot.com ::
Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke jannah.. takutnya. Minta dijauhkan poligami ni. Nak share barang kesayangan pun tak suka apatah lagi berkongsi suami.. Nauzubillah..
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon