Berbekam Pada 17, 19 dan 21 [Bulan Islam], Akan Menyembuhkan Pelbagai Penyakit

Assalamualaikum & Selamat Sejatera..
Cik Vita nak kongsikan kepada anda tentang berbekam hasil dari pembacaan Rasulullah is My Doctor dari karya Jerry D Gray. Benarkah statement yang Cik Vita berikan kepada anda tentang bekam boleh menyembuhkan kepelbagaian penyakit anda..

rawatan berbekan baik untuk kesihatan
Berbekam Untuk Melancarkan Peredaran Darah

Abu Hurairah merekodkan, Nabi s.a.w. berkata “Tidak ada penyakit yang Allah ciptakan, kecuali Dia juga yang menciptakan ubatnya”. Bekam yang pertama yang dicatatkan adalah waktu zaman Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Imam Bukhari, Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w. mengizinkan perubatan berbekam ini. Nabi Muhammad s.a.w. juga berkata “Dalam bekam ada penyembuhan”. Dan Baginda juga ada berkata “Siapa yang melakukan bekam pada hari 17, 19, ataupun 21 [bulan Islam], setiap penyakitnya sembuh”.

Haaa. Nampak tak?? Nabi sarankan kita berbekam, siap nyatakan tarikh mengikut bulan Islam lagi yang amat sesuai melakukan bekam. Actually, Cik Vita pun tak pernah berbekam, tetapi menurut kawan-kawan yang telah berbekam, memang akan rasa kelainan setelah berbekam. Badan terasa amat ringan, fresh dan sebagainya. Iyelah kan, bila darah kotor semua disedut keluar, memanglah badan akan terasa ringan sebab darah dah beredar dengan lancar.

Bekam ni mempunyai banyak nama. Ada yang memanggilnya badkesh, bahnkes, bekam, buhang, bentusa, kuyukaku, gak hoi dan hijamah. Tak kiralah apa nama yang dipanggil, yang paling penting penyakit yang dihidapi akan sembuh ataupun berkurangan.

Cara Berbekam


Alat untuk berbekam ni kita kenali dia dengan Cup. Cup untuk berbekam ni ada pelbagai bentuk seolah-olah bola ataupun loceng. Saiz yang ada berbeza-beza iaitu berdiameter antara 25mm hingga 75mm. Cup ini diperbuat dari plastic ataupun kaca bagi menggantikan cup dari tanduk, tembikar, buluh serta logam yang dicampur tembaga.

Di dalam berbekam, ia akan meghasilkan udara bertekanan rendah. Udara tekanan rendah ini dibentuk didalam cup melalui pemanasan cup ataupun pemanasan udara menggunakan api. Satu lagi cara adalah dengan merendam cup ke dalam minyak panas, kemudian diletakkan di atas permukaan kulit. Cara terkini ialah dengan menggunakan kaedah vakum. Ia dicipta menggunakan perkakas penyedut mekanikal dengan alat sedut berada pada bahagian atas cup. Cup getah biasa digunakan bagi mengepam udara keluar dan menyebabkan permukaan kulit yang rata dan menggelembung.

Cup boleh digunakan satu ataupun lebih di dalam satu sesi rawatan. Sebelum melakukan bekam, bahagian kulit akan disapu dengan minyak khusus supaya cup dapat bergerak di atas permukaan kulit secara perlahan dan mewujudkan tanda kedap udara yang lebih kuat.

Selepas itu cup akan dicabut dan kawasan tersebut akan dicucuk sebanyak 20 hingga 30 tusukan kecil dengan menggunakan jarum bekam.

Kemudiannya, bahagian yang dicucuk tadi akan ditutup semula dengan cup dan akan disedut dengan menggunakan penyedut vakum dan akan dibiarkan selama 3 hingga 5 minit.

Selepas itu, cup bekam akan dicabut dan tisu akan digunakan bagi menghalang darah dari terkeluar. Then, lapkan darah kotor yang keluar menggunakan tisu bersih. Langkah terakhir ialah, bahagian yang berbekam akan disapu dengan antiseptic bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Kesan Berbekam


Cup yang dicabut akan meninggalkan kesan berwarna merah ataupun hitam pada kulit. Biasanya, semakin lama cup dipasang atau ditekapkan, semakin gelap warna lingkaran pada kulit. Rawatan berbekam ini tidak sakit sebenarnya, tapi sekiranya anda rasa sakit, cup perlu ditanggalkan dan ditekapkan semula. Kesan hitam akibat berbekam biasanya akan hilang selepas 4 hari.

Cik Vita sarankan anda supaya mendapatkan rawatan bekam daripada orang yang berpengalaman, mengetahui apa yang dilakukannya dan menggunakan alat yang-alat yang bersih serta disteril.

Imam Muslim menganggap bekam adalah sebagai kaedah perubatan yang efektif, berkesan dan penting bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Namun, keberhasilan ataupun kegagalan sesuatu perubatan adalah dengan izin Allah s.w.t.

Anda Juga Mungkin Meminati :-

====================================================================

Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

BERMINAT?

~Free Consultation~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungi Cik Vita ye ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]

JANA PENDAPATAN 6 - 7 Angka Bersama Cik Vita









Previous
Next Post »

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment