Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Kali ni Cik Vita nak kongsikan kepada anda berkaitan dengan
arwah abah Cik Vita yang menghidap diabetes ataupun kencing manis. Arwah abah
Cik Vita telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009.
Diabetes Cause |
Al-Fatihah Untuk Arwah Abah..
Alkisahnya.. arwah abah telah lama menghidap kencing manis.
Sejak mula berkahwin dengan ummi Cik Vita pada tahun 1986. Tapi waktu dulu
zaman muda-muda, arwah abah tak cakap lah dia menghidap kencing manis sebab
masih muda kan, tak kan ada penyakit bebahaya macam tu. So, arwah abah tak
pantang makan, juz hidup macam orang biasa.
Menurut penceritaan umi Cik Vita, arwah abah dulu suka
sangat minum air bergas atau air bikarbonat. Setiap kali keluar makan atau
keluar dengan kawan-kawan, mesti arwah abah akan minum air bikarbonat. Hal
makan, jangan cakaplah, makan je semua yang ada. Arwah abah paling suka kari
ikan. Kari kan banyak kandungan kolestrol disebabkan oleh santan kelapa. So,
disebabkan tiada masalah serius berlaku, arwah abah pun makan dengan gembiranya.
Sampailah Allah telah memanggil seruan haji untuk arwah abah
abah dan umi pada tahun 1998. Waktu Cik Vita darjah 3. Kalau nak pergi haji kan
kena buat medical check up semua kan, di situlah terbongkar semua masalah
kesihatan arwah abah. Sebelum pergi tunaikan haji tu, berapa kali arwah abah
asyik ulang alik ke hospitak cek darah, makan kena control, dan sebagainya.
Sampailah beliau dan umi selamat pulang dari menunaikan
haji. Selepas dari tu, seingat Cik Vita, memang arwah abah sangat control makan,
makan nasi sedikit sebab kandungan gula di dalam nasi itu sendiri, minum
bermacam jenis air akar kayu untuk turunkan kadar gula dalam darah, bermacam
jenis kaedah perubatan tradisional dah beliau lalui. Beliau jugak makan beras
basmathi semata-mata tak nak bacaan gula di dalam darah terlalu tinggi. Tapi
kandungan gula dalam darah beliau kadang-kadang stabil, kadang sampai
berbelas-belas bacaannya. Memang mengerikan.
Meniti Hari Membesarkan Anak-anak
Sewaktu Cik Vita belajar di Kolej Islam Pahang, beliau lah
yang menghantar sampai ke sana. Memang boleh dikatakan anak kesayangan abahlah daku
ni kan.. haha. So, Semester ke 4, waktu cuti semester, arwah abah memang dah
tak larat sangat. Kaki beliau bengkak dan keras macam kayu disebabkan buah
pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik. So, ada air-air yang keluar melalui
kaki beliau. Segala luka yang beliau alami juga sukar untuk sembuh akibat kesan dari penyakit tersebut.
Kesan Diabetes |
Kami sekeluarga pujuk beliau untuk pergi ke hospital, tapi
abah cakap “tunggu kak cik balik ke kolej dulu, baru dia pergi hospital”. Jadi,
bila dah habis cuti semester, Cik Vita balik semula ke kolej, dan esoknya abah
terus kena admitted di hospital Daerah Sik, dan kena transfer terus ke Hospital
Besar Sultanah Bahiyah, Alor Star. Abah kena tebuk di bahagian buah pinggang
sebab nak keluarkan air dalam badan sebab buah pinggang dah tak boleh
berfungsi.
Hari-hari Cik Vita Cuma dengar perkhabaran dari umi dan
kakak yang menjaga abah di hospital. Beberapa kali beliau koma dan sedar
semula. Sampailah Cik Vita balik dan menginap di hospital selama seminggu. Cik
Vita buat surat untuk pihak jabatan dan kolej untuk mintak pelepasan kuliah.
Jadi hari-hari pergi lawat abah, di ICU.. Keadaan di sana memang menakutkan..
yang kedengaran hanya bunyi mesin.
Alhamdulillah abah sedar semula dan dia masih
kenal anaknya ni balik melawat abah.
Bila dah habis seminggu, Cik Vita kembali semula ke kolej. Tapi sebelum balik
tu nak salam dengan abah dan nak cakap “kak cik nak balik kolej ni,
assalamualaikum abah”. Cik Vita tak boleh cakap benda tu. Cik Vita hanya
menangis. Hanya salam tangan sahaja dan umi Cik Vita yang cakap dengan abah.
Dah seminggu di kolej, kakak telefon dia cakap “kak cik,
balik malam ni.. nanti apa-apa hal kak call semula”. Cik Vita tak nak balik
sebenarnya sebab banyak sangat assignment yang belum disiapkan. Tapi kakak
cakap kalau terjadi apa-apa jangan menyesal. So, Cik Vita pergi beli tiket bas,
dan malam tu sewaktu tengah tunggu bas nak balik Kedah, Adik Cik Vita call
cakap “kak cik, abah dah tak da”..
What? Cik Vita belum sempat jumpa dia.. belum balas jasa
dia.. belum sempat nak ubati dia..
Tapi Allah lebih menyayangi arwah abah.. Allah tak nak arwah
abah menderita dengan sakit yang dia alami. Innalillah.. Genaplah Arwah Abah di hospital selama sebulan.
Itu yang Cik Vita terkilan sangat, sebab Cik Vita tak dapat
nak bantu arwah abah yang menghidap kencing manis. Dengan teknologi sekarang,
Cik Vita boleh bagi supplement terbaik untuk turunkan paras gula di dalam darah
dan arwah abah tak perlu lagi mengambil ubat hospital yang sangat banyak yang
akhirnya boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Itulah yang
terjadi kepada arwah abah setelah berpuluh tahun bergantung dengan ubatan
kimia. Cik Vita takkan biarkan umi dan adik-beradik Cik Vita alami benda yang
sama dengan arwah abah.
Vitamin Yang Boleh Membantu Masalah ini
Kalau seseorang ada penyakit diabetes, kalau tak dikawal dan
dijaga dengan baik, akan bersangkutan dengan 3 penyakit lain iaitu buah
pinggang akan rosak dan penyakit jantung serta darah tinggi. Oleh itu, Cik
Vitasarankan sangat kepada anda yang mengalami penyakit sebegini, bersegeralah
mencari penawar terbaik untuk anda.
Cik Vita harap sangat dapat membantu arwah abah, tapi apakan
daya.. Allah lebih menyayanginya. Kali ini Cik Vita nak membantu anda pula yang
mengalami masalah yang sama dengan arwah abah Cik Vita.
Vivix Shaklee ini dapat
membantu anda yang mengalami masalah :-
- Diabetes dengan menurunkan kadar gula di dalam darah
- Membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
- Membantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan
TESTIMONI 1
Ibu kepada Upline Cik Vita yang mengalami masalah Diabetes
selama beberapa belas tahun dan kandungan gula dalam darah dapat dikawal
dengan hanya mengambil sebotol Vivix Shaklee.
Penghidap diabetes |
============================================================
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
4 comments
Click here for commentsmungkin selepas ini akan dijadikan panduan buat orang lain yang mengidap diabetis juga..sebab produk vitamin shaklee bagus untuk kesihatan
Replyiya.. semoga ia bermanfaat untuk semua.. sebab ianya berbeza dengan ubat.. :)
ReplyYa Allah... sedihnya baca kisah ni. Paling tak tahan bila buah pinggang ayah Fisha kena tebuk dan ayah Fisha meninggal tanpa Fisha di sisinya. sedih sangat. Saya doakan semoga roh ayah Fisha dicucuri Rahmat. Amin...
ReplyAllah..sedihnya cik vita.. Moga Allah tempatkan arwah abah cik vita di kalangan orang-orang yang soleh..InsyaAllah..
ReplyPetua Mudah Kurangkan Ketidakselesaan Sakit Gigi
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon