Harini datang mood rajin ke library awam di
kampung kesayangan. Sambil dok belek-belek majalah, ternampaklah
sedikit tips yang sangat bermakna. Maka, suka saya nak kongsikan kepada anda
bagaimana nak buat scrub bibir sendiri.
Salah satu jenis scrub bibir di pasaran |
Jadi, bagi anda yang selalu membeli
scrub bibir di pasaran, inilah masa yang terbaik untuk anda berhenti
melakukannya. Ini kerana scrub bibir sangat mudah untuk dibuat sendiri dengan
kuantiti yang sama seperti anda beli di pasaran.
Selain itu, anda juga dapat menjimatkan
bajet anda sebab barangan tersebut mudah didapati dari dapur kesayangan anda.
Sebelum membuat scrub bibir, anda perlu
pastikan bahan-bahan yang akan anda gunakan.
Bahan scrub bibir |
Bahan utama ialah gula. Gula
bertindak sebagai agen pengelupasan. Seterusnya ialah minyak zaitun, madu atau
minyak kelapa dara sebagai agen pelembap untuk melembap dan melembutkan kulit
bibir.
Anda juga boleh menambahkan haruman
pada scrub dengan mencampurkannya dengan apa jua pati haruman yang anda sukai.
Apa fungsi scrub bibir sebenarnya?
Scrub bibir ini bukan sahaja untuk
membuang sel-sel kulit mati di kawasan bibir, tetapi berfungsi untuk menyegar,
melembap dan menyerikan bibir akibat pemakaian kosmetik yang terlalu lama.
Dapatkan bibir yang cantik! |
Resepi Scrub Bibir
[Honey Kisses Lip Scrub]
Bahan-bahan :-
- 1 sudu besar gula putih
- 1 sudu besar madu
- Beberapa titik esen vanilla
Satukan kesemua bahan dan gaul
sehingga sebati. Biarkan selama 15 minit sebelum digunakan. Untuk kesan sensasi
dan menyejukkan, anda boleh masukkan ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.
[Coconut Kisses Lip Scrub]
Bahan-bahan :-
- 1 sudu besar minyak kelapa dara (extra virgin coconut oil)
- 1 sudu besar gula perang
- beberapa titik esen vanilla
- Sedikit madu jika suka
Satukan kesemua bahan dan gaul
sebati. Biarkan selama 15 minit sebelum penggunaan. Boleh juga disimpan di
dalam peti sejuk untuk kesan yang menyegarkan.
Cara Penggunaan Scrub Bibir
Ambil scrub tadi, dan sapu rata
sehingga menutupi bibir anda. Sapuan hendaklah sedikit tebal. Biarkan selama
beberapa minit.
Selepas itu perlahan-lahan gosok dengan jari sehingga semua
kulit mati tertanggal. Cuci bibir dengan air bersih.
Amalkan dua kali seminggu
untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Hasil Penggunaan Scrub bibir |
Bila bibir dah cantik berseri, maka bila anda sapu lipstick, bibir anda takkan nampak kering lagi. Tambahan pula sapuan lipstick anda mengikut kaedah sapuan lipstick yang betul.
Tetapi, kalau dah sapu scrub pun masih tak berubah, maksudnya bibir masih lagi kelihatan kering, itu bermakna anda kekurangan vitamin c ataupun vitamin e. Jadi, carilah vitamin yang boleh menyelesaikan masalah anda.
Ingat! cari vitamin dari bahan semulajadi. Bimbang lama-kelamaan akan mengundang penyakit lain pula kalau mengambil vitamin sintetik.
Jadi, selamat mencuba!.
5 comments
Click here for commentsOkehhh..boleh try buat ni..terima kasih kongsikan..hehe
Replynampaknya resepi simple tapi boleh dapat dalam rumah je. harus cuba!
Replyboleh cuba buat.. jgn membazir beli di luar.. hehe
Replybrg masak harian mmg ada.. ambik buat je. hehe
Replybahan semua ada di rumah wajib buat ni, bibir dah mula merekah..tq
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon