Sungai Sedim Antara 5 Lokasi Pilihan di Asia Pasifik

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Para pembaca Cik Vitamin sihat ke semunya?? Cik Vita doakan semoga semua sihatlah  ye. Kali ni Cik Vita nak ceritakan pada anda berkaitan dengan Hutan Lipur Sungai Sedim di Negeri Kedah. Memandangkan daku dari Negeri Kedah, maka daku akan ceritalah sedikit tempat yang menarik hati ramai penduduk Kedah khususnya.  

Di Manakah Sungai Sedim?

Sungai Sedim ini terletak di dalam sebuah daerah di dalam Negeri Kedah. Untuk makluman semua, Negeri Kedah terdapat 12 buah daerah dan Sungai Sedim ini termasuk di dalam daerah yang diberi nama sebagai Kulim. Kulim merupakan salah satu daerah yang dikategorikan sebagai sebuah bandar besar di Negeri Kedah. Ia terletak di kawasan Tenggara Negeri Kedah dan berdekatan dengan sempadan Pulau Pinang. Jadi bagi anda yang mempunyai hasrat untuk datang ke Sungai Sedim, jangan risau tentang keadaan sekeliling sebab anda mempunyai peluang untuk turut melawat Negeri Pulau Pinang.


aktiviti di sungai sedim
Hutan Lipur Sungai Sedim

Hutan Lipur Sungai Sedim, Karangan, Kulim ini telah disenaraikan sebagai 5 lokasi pilihan di Asia Pasifik. Ia juga dikenali sebagai Lata Sedim, Jeram Sedim, Arus Deras Sungai Sedim dan Sedim Eco Park. Ia dipenuhi dengan jeram sebanyak 24 jeram sepanjang 15 Kilometer. Kawasan ini memang akan menjadi pilihan hati peminat aktiviti kayak dan rakit. Para pengunjung Sungai Sedim juga boleh melakukan aktiviti seperti berkhemah, berekreasi dan mengikuti trek sehingga ke puncak gunung bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Anda juga boleh bercuti di sini selama beberapa malam kerana kemudahan tersebut turut disediakan.

Jom Cik Vita bawakan kepada anda, apakah aktiviti menarik yang wajib anda lakukan apabila berkunjung di sini. 

Aktiviti Paling Menarik Yang Wajib Dilakukan



# PERTAMA - BERKAYAK

sungai sedim mempunyai 24 jeram
Berkayak Melalui 24 jeram

Arus deras yang dimiliki oleh Sungai Sedim sememangnya menjadi kegilaan para penggemar sukan lasak ekstrem untuk menguji daya ketahanan fizikal mereka apabila beraksi di dalam air bersama jeram sepanjang 15 kilometer. Jeram yang akan dilalui adalah seperti Salak, Kasai, Kawah dan juga Tiga. Sungai Sedim juga sering dijadikan lokasi pertandingan bagi sukan arus deras peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi peminat aksi sukan lasak, tetapi baru berjinak-jinak dengan aktiviti sukan air ini, tidak digalakkan untuk memulakan percubaan pertama anda di sini kerana dikhuatiri akan mengalami kecederaan. 

# KEDUA - TREE TOP WALK

jarak tree top walk sungai sedim 950 meter
Boleh melihat keindahan alam dari atas

Tree Top Walk ini juga menjadi salah satu kebanggaan di Sungai Sedim ini kerana ia merupakan titi gantung pejalan kaki yang berasaskan besi yang terpanjang di Asia dengan jarak sepanjang 950 meter. Para pengunjung boleh menikmati keindahan jeram dan hutan ini dengan paras ketinggian 50 meter. Sepanjang anda melalui titian ini, anda akan menikmati pemandangan hutan hijau yang penuh dengan pokok-pokok di kiri dan kanan anda. Malah udara di ketinggian ini juga lebih sejuk dan nyaman. 

# KETIGA - MERENTAS HUTAN / JUNGLE TRACKING

Aktiviti merentas hutan

Aktiviti meredah hutan adalah salah satu lagi aktiviti yang menarik di Sungai Sedim. Bagi anda yang meminati aktivi meredah hutan dan mengenali tumbuh-tumbuhan hutan, Aktiviti merentas hutan sepanjang 1,454 meter ini akan dikendalikan oleh pekerja yang mahir. Aktiviti ini sering dilakukan apabila terdapat kumpulan perkehemahan yang terdiri daripada pekerja syarikat, mahasiswa / mahasiswi universiti mahupun pelajar sekolah. Tidak ketinggalan juga pelancong asing yang suka melakukan aktiviti berjalan merentas hutan ini. Segala maklumat berkaitan nama pokok telah dilabelkan dengan nama tempatan dan juga nama saintifik  bagu rujukan para pengunjung.

# KEEMPAT - BERKELAH DAN MANDI-MANDA

lata sungai sedim, kulim
Selamat untuk kanak-kanak

Aktiviti wajib Sungai Sedim yang sememangnya amat digemari oleh masyarakat tempatan ataupun pelancong ialah berkelah dan bermandi-manda. Dengan memiliki air sejuk berarus deras, arus sederhana dan kolam di sebahagian tempat. menjadikan Sungai Sedim ini salah satu tempat perkelahan dan tempat bermandi manda yang amat menenangkan. Di sini, anda boleh merehatkan minda dari kesibukan kota dan kesibukan kerja dengan hanya berkelah bersama keluarga dan melihat keindahan alam sekeliling. Bagi pepancong yang datang ke Negeri Kedah, Cik Vita sarankan anda supaya datang ke sini terlebih dahulu. 

# KELIMA - MEMANCING

Aktiviti wajib sekiranya datang ke sungai ialah memancing. Bagi kaki-kaki pancing yang sukakan dengan hasil pancingan dari sungai, Cik Vita sarankan anda supaya datang ke sini kerana di Sungai Sedim ini, hasil ikan sungai juga tidak mengecewakan seperti Kelah, Lampam dan Baung dan ianya boleh didapati sekiranya kena pada tempatnya. 

Kemudahan Lain


Sesuai dengan percutian yang betemakan alam semulajadi, Sungai Sedim turut menyediakan kemudahan kepada para pengunjung yang datang dari jauh yang ingin bermalam di sana. Terdapat beberapa chalet dengan kemudahan yang telah disediakan oleh pengurus chalet tersebut. Antaranya ialah Sedim Vista Homestay & Resort, Homestay Sedim, Adam Chalet & Resort. Sedim Reinforest Resort dan Homestay De Teruna Resort. Semua tempat-tempat penginapan ini memberikan anda pilihan mengikut kesesuaian bajet anda. 

Chalet-chalet ini juga turut menyediakan kemudahan lain seperti surau, dewan, tapak perkhemahan dan campfire, kedai makan, tempat karaoke, berdekatan dengan sungai, dan kemudahan menarik lain seperti paintball dan flying fox. 

Cuti sekolah yang hampir tiba ini, Cik Vita sarankan supaya menghabiskan masa hujung minggu anda bersama anak-anak ataupun bersama kawan-kawan di Sungai Sedim ini. Selainkan boleh merehatkan minda, secara tidak langsung akan mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara mereka. 


Anda Mungkin Berminat Untuk Mengetahui :-

============================================================- 

Cik Vita 
PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA









Previous
Next Post »

25 comments

Click here for comments
14/11/14 7:14 pm ×

Sungai Sedim ni dekat tak dengan Sungai Petani? kalau dekat boleh la singgah sebab rumah mak saudara dekat Sungai Petani/

cara cegah penyakit insomnia

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 7:17 pm ×

Wahhhh..bestnyeee..nak pergi lah anty.. :D

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 7:29 pm ×

Dah dekat tu dengan sungai petani. mmg kena pegi haziq.. mmg best..

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 7:30 pm ×

kena pegi tau.. mmg best.. tengok air terjun dgn pokok2 hijau mmg tenang n best..

Reply
avatar
14/11/14 7:41 pm ×

saya suka sungai..tenang ja sambil2 melihat keindahan ilahi..:D tapi sekarang ramai orang takut nak gi sungai bila banyak kes kencing tikus :'(


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Reply
avatar
rosnaziana
admin
14/11/14 7:49 pm ×

Kalau dekat lama dah p ni..ros memang suka aktiviti macam ni..In Shaa Allah anak besar nanti boleh sampai ni..


Nebulizer Dengan MyImam

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 8:20 pm ×

Walaupun cheq orang kedah tapi sungai sedim tak pernah p lagi.hihii

JommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET

Reply
avatar
mama hantek
admin
14/11/14 9:17 pm ×

Wowoww best best...dulu zaman bujang suka sangat aktiviti jungle-trekking ni. Berkayak tu mmg nak try sangat. Sg sedim masuk list hehhe

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 9:21 pm ×

Aktiviti menarik... Memang best kalau dapat menghayati alam semulajadi ni... Aman je rasa hidup kita kan?

Tips Supaya Anak Cepat Bercakap

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 9:43 pm ×

Sesuai kepada sesiapa yang sukakan pemandangan dan alam sekitar...tempat untuk picnic pun ok jugak..

Epidural

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 10:51 pm ×

Lamanya tak mandi manda kat sungai.. sejak beranak2 kecil ni dah lama tak berkelah kat sungai.. tunggu la diorang besar2 sikit baru boleh tengok diorang enjoy mandi manda..

Reply
avatar
MamaMia
admin
14/11/14 11:55 pm ×

Saya pernah sertai Kem Bina Diri kat Sungai Sedim ni. Best la sis..Sungai dia memang best!!!

Reply
avatar
Unknown
admin
14/11/14 11:56 pm ×

Wahh cam best je..bila lah dapat pegi sana..huhu

Jemput baca: Atasi Suami Isteri Gaduh Besar Dengan 5 Langkah Mudah

Reply
avatar
Akak Vitamin
admin
14/11/14 11:59 pm ×

Wahh sesekali mandi sungai best ni. Plus belum pernah lagi dengar sg sedim. Tu yang buat lagi excited. Hehe

Reply
avatar
bysyiraishak
admin
15/11/14 12:07 am ×

Tree top walk the best..sy pi ngan member2 masa di uitm dulu.lupa pegi atas tujuan apa.tapi pengalaman tgk pemandangan yg hijau, tgk ramai yg seronok mandi manda dan air yang deras macam best sgt. Sebab pegi ramai2 kan, seronok tu mmg macam nak melompat je..

Resipi Puding Roti untuk Teatime or Supper

Reply
avatar
Norjarina
admin
15/11/14 12:11 am ×

Bestnye kalau dpt pergi nie..

Reply
avatar
Unknown
admin
15/11/14 12:37 am ×

Wah best nyer...lame dah x g tmpt2 mcm tu.tggu anak besar sikit lah nnti..meronda ke sane.inshaAllah.

Reply
avatar
15/11/14 5:27 am ×

wah menarik juga tempat ini..tak pernah lagi saya sampai di kedah

Reply
avatar
Unknown
admin
15/11/14 6:45 am ×

Wah best lah...kalau bawa anak-anak ni memang tak nak balik ni...dah lama tak mandi sungai

Reply
avatar
15/11/14 7:40 am ×

Wah bestnyer boleh mandi manda disana. Kalau bawa nasindan buat ala-ala berbueque tu pasti tqmbah seronok lagi. Beruntung lah orang yang duduk kat kedah boleh datang bila-bila masa sahaja.

Bagaimana nak tahu kanak-kanak itu Hiperaktif

Reply
avatar
15/11/14 8:53 am ×

Bestnya kalo dpt p ke sana..picnic sesame keluarga..

makanan minda pintar untuk si manja

Reply
avatar
Unknown
admin
15/11/14 9:08 am ×

Cek ni org kedah selama 28thn ni tak pernah sampai sedim..ohhhh sedih..hehhe

Reply
avatar
15/11/14 11:26 am ×

Wow! Menariknya tempat ini. Bolehlah dimasukkan ke dalam list tempat-tempat untuk dilawati nanti ~
Jom Lawat Blog Raikankasih

Reply
avatar
ieda dayah
admin
15/11/14 3:04 pm ×

pernah gi sekali je kedah, tu pun masa kecik.. tempat-tempat berkelah macam ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.. kalau ada peluang nanti, nak ajak lah keluarga pergi kat sini..

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment