Kentang Bakal Habis Di Pasaran Gara-gara Ingin Cantik!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cik Vita ada terbaca artikel dari akhbar Kosmo pada 31 Mac 2015 oleh Haikal Raman. Beliau menulis tentang ‘5 faedah kentang pada kecantikan. Apabila Cik Vita baca petikan tersebut, perkara pertama yang Cik Vita fikir adalah “habislah kentang di pasaran, sekarang kan semua obses dengan kecantikan”. Haha.. Tapi tak mengapa, Cik Vita terus baca, dan perkongsian oleh penulis memang menarik. Jom Cik Vita kongsikan dengan anda tentang apa faedahnya kentang pada kecantikan.

kelebihan kentang
kentang goreng

Bila kita sebut je ‘kentang’, semua terfikir tentang makanan bergoreng khususnya dari restoran makanan segera seperti KFC dan M’c Donald. Bertapa lazatnya kentang dari restoran mereka [sambil telan air liur]. Haha.. selain itu apa lagi hidangan berasaskan kentang? Kentang panggang yang dikayakan dengan curahan ‘creamy sauce’ dan salad. Ya Allah, Dugaan apakah ini?. Sedapnyaaa.. haha.. tapi itu semua berkaitan makanan yang mana kalau kita makan berlebihan akan menyebabkan masalah kecantikan.

Apa khasiat kentang dengan kecantikan?

Kentang ni mengandungi vitamin A, B, C, Kalsium, Fostor, Potasium, Zat Besi, Serat dan Protien serta kaya dengan Karbohidrat. Kepelbagaian nutrisi di dalam kentang ini mampu memberikan manfaat kepada kecantikan kita sebenarnya. Apa yang paling popular ialah kentang berfungsi untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. Jadi tak dalah kelihatan seperti panda.
Tetapi, sebenarnya banyak lagi manfaat lain yang dapat kita perolehi dari kentang untuk proses kecantikan ini. Jom kita selidik.

rawat kecantikan dengan kentang
rawatan menggunakan kentang

Manfaat Kentang Untuk Kecantikan


1] Mengatasi Jerawat
Bagi Cik Vita, masalah jerawat memang selalui menghantui manusia dan memang susah untuk mencari solusi bagi mengatasi masalah jerawat tu. Bagi siapa kata dia tak pernah langsung tumbuh jerawat, memang tipu rasanya. Mesti ada tumbuh samada jerawat batu, jerawat sederhana ataupun jerawat pasir.

Ada yang cakap pada Cik Vita bahawa selepas beliau pakai sesuatu produk, memang langsung tak ada jerawat. Sejujurnya cakap, anda telah melibatkan diri anda ke arah kehidupan yang tidak sihat. Dari pembacaan Cik Vita, wajah seseorang ni, pakai lah produk baik mana pun, akan juga timbul jerawat even 1 ataupun 2. Kalau tak da langsung, kemungkinan produk yang anda pakai mempunyai merkuri yang amat berbahaya kepada ginjal anda. Isu ni, nanti Cik Vita kupas di lain entry lah. Hehe
Ok berbalik kepada kentang. Bagaimana nak elakkan jerawat dengan menggunakan kentang? Hanya langkah mudah iaitu, kisar beberapa biji kentang mengikut kesesuaian dan kemudian dinginkan di dalam peti sejuk. Selepas itu, lumurkan pada wajah anda sebagai rawatan muka.

2] Mencerahkan Kulit
 Ramai wanita yang obsess dengan kecantikan. Tetapi mereka hanya membeli produk yang terjual di pasar malam semata-mata ingin wajah yang putih gebu dalam masa yang singkat. Cik Vita terfikir, “adakah mereka terfikir, kalau ada kesan buruk yang terjadi kepada wajah mereka”. Cik Vita sangat sensitif dengan muka. Takut tiba-tiba naik jerawat batu ke, ataupun mengelupas ke.

Cik Vita bukan nak jatuhkan perniagaan orang, tapi sebagai pengguna kita perlu bijak menilai dan memilih.. kebanyakan produk sekarang bersifat menghakis akibat adanya merkuri di dalam produk kecantikan yang mana akhirnya akan memberi masalah kemerahan ekstrem ketika cuaca panas terik.
Langkah yang paling bijak adalah amalkan produk ataupun bahan semulajadi seperti kentang. Kaedahnya adalah dengan mengaplikasikan masker atau topeng muka daripada parutan kentang segar pada wajah selama 30 minit. Biarkan dalam keadaan lembap dan dingin sebelum dibilas dengan air bersih.

3] Mencegah Penuaan Sebelum Usia
Banyak nutrisi yang terkandung di dalam kentang mampu dijadikan rawatan antikedut. Apa yang perlu lakukan adalah dengan melakukan masker wajah setiap hari yang dibuat dari ekstrak kentang yang mana diyakini mampu memberikan kesan positif untuk mengangkan garis halus. Malah ia juga mampu untuk melembutka kulit wajah.

4] Menanggalkan Sel Kulit Mati
Selain kentang ini boleh dijadikan masker, ia juga boleh dijadikan ‘scrub’ semulajadi untuk kulit.  Boleh juga hilangkan bintik hitam dan bintik putih di wajah anda. Caranya ialah dengan menggosokkan parutan kentang segar pada wajah, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas bersih menggunakan air. Petua ini juga boleh diaplikasikan pada tubuh anda.

5] Menyihatkan dan Menguatkan Rambut
Masalah rambut dengan wanita khususnya tidak dapat dipisahkan. Tidak terkecuali juga kaum lelaki. Cik Vita sarankan anda melakukan rawatan rambut menggunakan kentang bagi masalah rambut beruban, kering dan gugur.

Caranya mudah sahaja iaitu dengan membuat jus daripada perahan kentang yang dikisar dan dicampur ekstrak tersebut dengan sebiji telur dan perahan lemon. Oleskan campuran tersebut pada rambut dan kulit kepala dengan cara urutan menyeluruh serta lembut. Biarkan selama 30 minit  sebelum dibilaskan dengan air bersih. Cik Vita juga gunakan aloe vera untuk menyihatkan rambut..

Itulah serba sedikit petua hasil dari pembacaan Cik Vita. Moga bermanfaat untuk semua. Tapi Cik Vita saja nak bagitau anda, Cik Vita malas sebenarnya nak potong-potong kentang, mesin jadikan jus ni. Cik Vita bukak botol dan telan je. Jangan risau, Cik Vita ambil vitamin semulajadi yang mempunyai 1001 khasiat lain untuk kesihatan. Jadi sama je bahannya, vitamin Cik Vita yang ada 1001 khasiat dengan kentang ini, semuanya dari bahan semulajadi. Jom buat pilihan. Yang simple dan mudah ataupun yang retro…

Selamat mencuba!.


Cik Vita PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  5-6 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA




Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
1/4/15 8:03 pm ×

Anak sulung Mek ila tu suka sangat makan kentang, patutlah kulitnya licin aje hihi

Reply
avatar
puan hanim
admin
1/4/15 11:30 pm ×

Nampaknya kene borong kentang lah nanti. Byk khasiat ni. UPT samar samar. Tak pasti mengandung atau tidak

Reply
avatar
16/4/15 12:37 am ×

Kentang goreng mmg best dimakan. Hihi

Reply
avatar
22/4/15 10:00 am ×

Saya paling suka makan kentang goreng, sedap dan yum yum.

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment