Set Kurus Lengkap Paling Berkesan Dalam Masa Sebulan


Assalamualaikum & Salam sejahtera. Dah sarapan ke semua hari ini? Ingat tau sarapan amat penting untuk proses diet. Kalau badan dah macam dipam pam, terpaksa lah mengambil set kurus pula.

Bila sebut pasal diet, semua dah berkerut kening fikirkan tak bestnya.. nanti tak dapat makan makanan sedap-sedap. Siapa cakap tak boleh makan? Siapa cakap diet kena makan sayur dan buah sahaja? 

Jangan bimbang, semua itu permainan orang yang tak sanggup nak diet sahaja. Diet is mind setting. Bila anda set nak diet, memang secara tersendirinya anda akan kurangkan makan.

Sebab itulah nak diet, kena ada plan atau perancangan yang terperinci.

bagaimana nak mulakan diet
Perancangan pemakanan

Siapa yang nak diet, tetapi tiada perancangan dan saja suka-suka, malah tiada target, maka saya nasihatkan tak payah diet. Membazir masa anda sahaja. haha..

Bincang mengenai set kurus, kadang ambil set kurus pun tak turun-turun kan?. Ingat tau, nak kurus kena ada rules dan kena disiplin. Kalau break the rules, memang takkan menjadi, dan masa yang sama anda mula menyalahkan produk.

Saya sendiri mengamalkan set kurus dan selepas disiplin memang turun berkilo-kilo lah sampai semua orang tegur. Adik sendiri yang selalu kutuk-kutuk pun mengaku akaknya dah kurus. Hehe.

set kurus
Penulis Blog

Ok, terus kepada topik lah mengenai set kurus paling lengkap yang mengamalkan 3 konsep penting iaitu konsep bakar, konsep buang dan konsep bina. Nanti kita akan berkenalan satu persatu produk untuk set kurus ini.

Set Kurus Lengkap


Set Kurus yang diperkenalkan memang banyak. Tetapi tak semestinya ambil kesemuanya. Mengikut kesesuaian bajet anda sendiri.

Saya bagi perumpamaan, sekiranya ambil kesemua set lengkap lemak yang dibakar umpama kereta Ferrari cepatnya. Kalau ambil yang bajet, lemak yang dibakar umpama kereta kancil.

Anda nampak kan perbezannya?. Jadi anda berhak memilih dan saya akan cadangkan kepada anda mengikut keadaan badan anda samada ada masalah kesihatan lain ataupun tidak.

Tak boleh hentam keromo je tau, sebab ada masalah kesihatan yang tidak boleh mengambil sesetengah vitamin ataupun sesetengah herba.

Jadi, anda kena menceritakan kesemua masalah kesihatan, sebelum anda membeli sesuatu produk.

Ok, jom kita tengok set kurus lengkap ini.

KUMPULAN 1 : BAKAR LEMAK

[Lecithin]

ubat kurus semulajadi
Pemecah lemak

Lecithin berasal daripada kacang soya organik Non-GMO. Mempunyai 180 kapsul.

Lecithin bertindak untuk mengemulsi lemak yang ada di dalam badan anda. Biasalah, dalam badan dan salur darah mesti ada lemak kan?

Bila air yang kita minum bercampur dengan lemak, maka lemak tu takkan terjejas pun, tetap tepu di dalam badan.

Jadi, bila mengambil lecithin, ia membantu untuk menghancurkan lemak. Dan membuatkan lemak tersebut bercampur dengan air. Dan akan dibuang melalui proses pembuangan.

Apa lagi yang anda akan dapat setelah mengambil lecithin?

  • Melindungi hati dengan menghalang enapan lemak di hati
  • Mencantikkan otot dan kulit sebab kandungannya dari kacang soya kan.
  • Mempertingkatkan daya ingatan. Kalau ada anak-anak yang tak fokus da nada masalah untuk mengingati pelajaran, boleh cuba lecithin juga.
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Menghalang kejadian batu karang kerana 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol. Jadi lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.


[Omega Guard]

ubat tahan lapar
Menghasilkan hormon "kenyang"

Omega guard berasal dari minyak ikan yang terbaik di dunia. Bukannya dari minyak hati ikan. Mempunyai 90 kapsul.

Omega ialah agen pemecahan lemak sekitar salur darah dan hati. Beliau membantu merendahkan paras kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.

Tapi, apa yang paling penting adalah omega membantu menghasilkan satu hormon penting yang dipanggil hormon leptin.

Hormon leptin inilah yang mengawal aturan pengambilan makanan kita. Maksudnya dialah yang bertugas mengawal rasa kenyang, rasa lapar dan selera makan kita.

Maka, bila ambil omega guard, anda akan rasa kenyang sentiasa sebab hormon leptin mengawal pengambilan makanan anda dengan baik. Tak dalah rasa lapar sentisa walaupun baru lepas makan.

kaedah mengawal nafsu makan
Say : No!

Apa lagi yang anda akan dapat dengan pengambilan Omega Guard?

  • Membantu meningkatkan memori tidak kiralah samda anak-anak ataupun kita sendiri. Ramai yang memberikan anak mereka omega dan hasilnya amat memberangsangkan.
  • Boleh mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. Kandungan DHA dan EPA yang tinggi di dalam omega berupaya menstabilkan emosi dan membantu kesihatan mental.


KUMPULAN 2 : BUANG [DETOX]

[Alfalfa]

ubat resdung
Ejen detox terbaik

Alfalfa berasal daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) ataupun dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan kerana kepakaran akarnya yang menyerap pelbagai nutrisi sedalam 20 kaki ke dalam tanah.

Didatangkan dalam 2 botol iaitu bersaiz S (330 tablet) dan L (700 tablet).

Alfalfa bertindak sebagai agen penyingkiran lemak dan kolestrol. Kan tadi lemak dah dipecahkan oleh lecithin dan omega guard, maka alfalfa bertindak untuk menyingkirkan semua lemak dan toksin tersebut.

Ini kerana alfalfa mengandungi saponin. Saponin ni seolah macam span yang bertindak sebagai serat yang menyerap semua kolestrol.

Tetapi awas! Alfalfa ini sumbernya herba, maka ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami SLE dan G6PD.

Apa lagi yang anda akan dapat dengan pengambila Alfalfa?

  • Pengambilan alfalfa akan mengurangkan resdung.
  • Sesiapa yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, alfalfa adalah digalakkan untuk agen detox.
  • Bagi ibu menyusu, alfalfa amat digalakkan untuk menambahkan susu ibu. Bolehlah anak menyusu sehingga 2 tahun.


[Herblax]

melegakan sembelit
Rawatan sembelit

Herblax berasal dari himpunan 9 herba semulajadi. Mempunyai 120 tablet.

Fungsi utama herblax ialah membersihkan najis yang tersekat yang meyebabkan perut kita menjadi buncit.

Ia bertindak untuk merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan atau pembuangan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama di dalam perut.

Tindakan pembersihannnya secara lembut, akan mengembalikan semula proses semulajadi  pergerakan usus dan membantu masalah sembelit. Maka, tak dalah selepas ni, anda bergantung pada ubat sahaja untuk membuang.

Fungsi yang paling diminati ialah herbalax membantu kita untuk mengempiskan perut. Ingat tau, masalah penghadaman kita yang sebenarnya salah satu faktor perut buncit.

Jadi, jika masalah pembuangan dah selesai, maka, tiada lagi perut buncit.

KUMPULAN KETIGA : BINA [SUMBER PROTIEN]

[Energizing Soy Protien - ESP]

esp sesuai untuk diet
Minuman protien

ESP dihasilkan dari kacang soya non-GMO. 1 canister ESP bersamaan dengan 850g yang dihasilkan dari 30 kg kacang soya.

ESP juga membekalkan 9 asid amino yang sangat penting yang tak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri. Dan Shaklee mempunyai Identity Preserved Program (IPP) untuk memastikan kacang soya bebas dari pendedahan perubahan genetik.

ESP ini mengandungi leucine yang berfungsi untuk kekalkan otot. Jadi, apabila lemak dibakar, maka tidaklah kelihatan otot menggeleber kerana yang dibakar ialah lemak dan bukannya otot.

ESP juga memberikan anda rasa kenyang yang berpanjangan kerana mempunyai Indek Glisemik yang rendah iaitu 39.

Ia berfungsi dengan memecahkan gula secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Jadi, anda akan sentiasa rasa kenyang.

Ingat tau, mengekalkan paras gula dalam darah amat penting dalam pengurangan berat badan dan termasuklah untuk kesihatan yang berpanjangan.

Apa lagi yang anda akan dapat dengan pengambilan ESP?

  • Pengambilan ESP akan menjadikan anda awet muda kerana terdapat asid amino yang sangat penting untuk pembinaan otot, kuku, rambut dan sebagainya.
  • Membantu meremajakan kulit dengan merangsang pembentukan semula kulit dan otot.
  • Membekalkan tenaga yang berpanjangan dengan pelepasan glukos secara perlahan le dalam sistem badan.
  • Memperbaiki masalah pigmentasi seperti masalah rambut, kedutan dan kesan penuaan.
  • Membantu membanyakkan dan memekatkan susu ibu dan memberikan rasa kenyang kepada bayi.


[Cinch Shake Mix]
supplement untuk kekalkan otot
Tiada perasa tiruan, pewarna atau pemanis

Cinch Shake Mix berasal dari soya non-GMO dan didatangkan dengan 3 perasa iaitu, Coklat, Cafe Latte dan Vanilla.

Ia merupakan minuman protien yang sangat penting untuk diet. Setiap kali mengambil cinch shake anda akan mendapat 24 gram protien untuk membantu anda berapa puas dan kenyang.

Protien juga berfungsi untuk mengurangkan anda mengambil makanan antara waktu makan, misalnya pengambilan snek yang sangat tinggi kandungan kalori seperti keropok ataupun jajan.

Kenapa protien sangat penting untuk diet?

Protien penting sebab protien berfungsi untuk membina otot. Dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma. Sekiranya metabolisma tinggi, maka ia sangat mudah untuk membakar kalori dan lemak.

Cinch shake mengandungi indeks glisemik yang sangat rendah iaitu 22 dan sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

Diantara ESP dan Cinch Shake, saya menyokong anda untuk mengambil Cinch Shake untuk diet kerana diperkasa dengan leucine yang dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet di mana hasilnya ialah mengekalkan otot, membakar lemak yang tidak diingini dan mengurangkan ukuran inci.

Bagaimana Mahu Tingkatkan Metabolisma Badan?


Kadar metabolisma badan amat penting untuk anda yang nak mulakan diet. Sebab bila metabolisma tinggi, maka lemak dibakar dengan cepat sekali.

Tak adalah terjadinya isu dimana anda dah diet, tetapi berat tak turun-turun. Ataupun anda dah diet dan bersenam tetapi berat tak juga turun.

Maka, di sini isunya mungkin kadar metabolisma badan anda sendiri. Jika metabolisma rendah, keupayaan untuk membakar kalori memang tiada.

Selama anda bersenam, yang dibakar hanyalah otot dan bukannya kalori.

Jadi Cinch Energy Tea Mix memang dapat membantu untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia dihasilkan dari 4 jenis teh yang mempunyai fungsinya yang tersendiri.

cinch tea mampu tingkatkan metabolisma
Tingkatkan metabolisma 4  kali ganda

Banyak kebaikan cinch tea mix ni. Bagi anda yang suka sangat minum teh, cinch tea mix sangat sesuai untuk anda.

Selalunya orang cakap teh menyebabkan perut berangin, dengan cinch tea mix, tidak sama sekali. Ibu selepas bersalin pun boleh mengamalkannya sebab ia pembekal tenaga yang sangat baik.

Jadi, jangan minum di waktu malam. Nanti tak boleh tidur!. Hehe

Inilah 7 item di dalam set lengkap kurus, yang memang membantu untuk proses kurus anda. Tapi apa yang paling penting adalah displin diri.

Kalau anda ambil mana-mana vitamin makanan tambahan untuk diet, tetapi tak nak disiplin, contohnya sekali makan 3 pinggan nasi, maka saya nasihatkan anda, tak perlu membazir duit untuk diet. Memang takkan berjaya.

Jadi, saya nasihatkan pilihlah pengedar yang benar-benar boleh bantu anda untuk diet dari segi pengambilan makanan tambahan, pengambilan makanan seharian dan sebagainya.

Jangan hanya fikir hendak dapatkan yang murah, tetapi anda langsung tak diberitahu cara nak makan, apa yang tak boleh ambil semasa diet, apa yang perlu dikurangkan dalam pemakanan dan sebagainya.


Jadi, saya doakan anda kurus dengan berjaya. Selamat mencuba!.


Nak Cuba -->> Whatsapp Fisha 019-9609708






Previous
Next Post »

9 comments

Click here for comments
Qaseh Abadi
admin
25/4/15 10:34 am ×

nice entry kak sha..

Reply
avatar
Nurinsaniah
admin
25/4/15 11:13 pm ×

rampingnya.....nak ramping juga boleh...hihi

Reply
avatar
Buku Online
admin
26/4/15 7:33 am ×

saya sekarang proses nak naikkan badan pulak..

Reply
avatar
fisha hasan
admin
26/4/15 2:26 pm ×

bolehhh.. jom ramping bersama2.. hehe

Reply
avatar
fisha hasan
admin
26/4/15 2:27 pm ×

good BO.. tpi jgn makan banyak plak utk naikkan berat badan.. haha

Reply
avatar
fisha hasan
admin
26/4/15 2:27 pm ×

tq QA.. selamat mebaca ye.. hehe

Reply
avatar
Hafizul
admin
27/4/15 11:25 am ×

Diet tak semestinya dengan tak makan..jangan takut maaa.. beli aje produk ni..hehe

Reply
avatar
fisha hasan
admin
28/4/15 12:04 am ×

kalau diet dgn tak makan, mmg takkan turun berat badan.. haaha

Reply
avatar
fisha hasan
admin
28/4/15 12:04 am ×

kalau diet dgn tak makan, mmg takkan turun berat badan.. haaha

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment