Tips Sarapan Mudah Untuk Kekal Langsing Sehingga Hari Raya Nanti


Assalamualaikum & selamat sejahtera. Ramai di antara kita, rakyat Malaysia khususnya lebih cenderung untuk menikmati sarapan seperti nasi lemak, roti canai dan kuih muih yang rata-rata berkalori tinggi.

Tak salah untuk makan, tetapi, kalau setiap hari sarapan dengan nasi lemak, maka jangan ditanya kenapa berat badan bertambah. Ye tak?? Hehe.. jadi,  kali ini saya nak kongsikan kepada anda tentang tips sarapan yang paling 'simple' untuk anda kekal langsing berseri dengan semangkuk bijirin.

Satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat yang mana mereka mendapati kanak-kanak yang mengambil bijirin sedia dimakan mempunyai badan yang sihat dan normal manakala hampir separuh daripada kanak-kanak yang tidak mengambil bijirin pula memiliki berat badan yang berlebihan ataupun obesiti.

Kalau kanak-kanak pun ada obesiti, orang dewasa ni lagi lah ramai kan. Macam mana obesiti ni?. Perut buncit, anda mengundang pelbagai penyakit dan sebagainya. Jadi satu hal pulak nak cari cara kempiskan perut pulak kan. 

So, better berhati-hati dari sekarang dari anda disahkan obesiti.

cara atasi masalah kegemukan
Masalah obesiti yang teruk

Sebelum itu, saya nak tunjukkan keratan akhbar yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia kini berada di tahap bahaya, di mana tahap obesiti di negara kita berada di tahap tertinggii di Asean. Jadi, jom berubah ke arah kehidupan yang lebih sihat.

obesiti di malaysia
Keratan akhbar Utusan Malaysia, 15 Nov 2015

Kenapa Perlu Memilih Bijirin?


Bijirin ni sebenarnya sangat ideal digunakan oleh mereka yang sedang berdiet. Kandungan yang terdapat di dalam di dalam bijirin menepati kandungan kalori yang diperlukan oleh tubuh. Hanya dengan semangkuk bijirin sudah membantu anda untuk kenyang.

kaedah untuk kurus
Semangkuk bijirin boleh membantu proses kurus

Tetapi, bijirin yang perlu dipilih perlulah berasaskan bijirin penuh. Mesti pening kan nak pilih bijirin yang lengkap, kerana banyak bijirin yang mempunyai kandungan gula yang tinggi yang mana ada melebihi separuh dari keperluan gula dalam tubuh untuk sehari.

Kalau salah memilih bijirin yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, silap-silap boleh mengundang kepada penyakit diabetes, tekanan darah tinggi atau kandungan kolestrol yang tinggi pula.

Jadi langkah yang paling penting sebelum membeli bijirin ialah dengan membaca label makanan dan bandingkan bijirin mana yang mengandungi kandungan gula yang lebih rendah iaitu kurang dari 5 gram gula setiap hidangan.

Tapi berbeza pula kalau anda mengambil bijirin yang mengandungi buahan kering seperti kismis, blackcurrant, aprikot yang sememangnya mengandungi kandungan gula yang tinggi kerana kandungan gulanya merupakan gula semulajadi. Gula tersebut adalah bagus untuk tubuh anda.

Tetapi awas bagi pesakit kencing manis, kerana bijirin yang mempunyai gula tambahan sangat berbahaya untuk anda.

Bagi sesiapa yang nak diet, pengambilan bijirin tidak mempunyai had-had yang tertentu, boleh dimakan pada bila-bila masa tetapi hendaklah mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Jadi, rajinlah baca label pada kotak bijirin anda. Biasanya anggaran setiap hidangan adalah sebanyak 30 gram.

tips untuk diet
Wajib baca label makanan untuk pemilihan makanan

Untuk mendapatkan bijirin yang rendah kandungan gula sebagai bahan perasa, anda juga boleh mebuat sendiri bijirin canpuran anda seperti muesli. Ia tersangatlah jimat dan sangat baik untuk kesihatan anda.

Tips Memilih Bijirin


  • Hadkan pengambilan gula – pilih kurang dari 5 gram gula setiap hidangan
  • Tingkatkan pengambilan serat – untuk rasa kenyang yang berpanjangan, pilih sekurang-kurangnya 3 gram serat setiap hidangan. Ini membantu proses penghadaman anda, membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah, membantu pengawalan gula dalam darah dan mengurangkan risiko memdapat penyakit kronik seperti penyakit jantung.
  • Jangan lupa membaca ramuan pada label makanan. Ramuan pertama seharusnya sejenis bijirin penuh [tepung gandum penuh, oat, barli, jagung dan sebagainya]
  • Fokus pada kandungan protien. Sekurang-kurangnya 5 gram protien setiap hidangan. Protien dapat membantu merasa kenyang dan membantu mengelak makan secara berlebihan. Nanti saya akan kongsikan bagaimana nak buat muesli sendiri di rumah anda. Senang dan pantas!. 

Untuk lagi pantas, anda boleh minum minuman protien yang mana mempunyai 14 gram protien dalam setiap hidangan. Ia cukup untuk membantu perut anda kenyang sehingga tengah hari. maka, secara tidak langsung akan menghalang anda mengambil snek ringan yang sangat tinggi kandungan kalorinya. 



minuman protien ini juga bertindak dengan melepaskan kandungan gula secara perlahan-lahan ke dalam badan, maka anda tidak perlu lagi risau tentang kandungan gula akibat pengambilan minuman protien ini.

  • Saiz hidangan [sukatan] adalah sangat penting. Baca label makanan anda. Elakkan menuang terus bijirin daripada kotak bijirin. Mulakan diet anda dengan menimbang bijirin sebagai satu hidangan. Amat digalakkan untuk menambah kacang [badam, gajus, tanah, pecan, macadamia] dan buah seperti hirisan pisang dan beri untuk memnerikan lebih khasiat dan lebih mengenyangkan. 
Selain itu, saya nasihatkan supaya jangan dilupakan sedikit senaman ringkas walaupun anda bekerja. Kerana, senaman di pejabat masih boleh dilakukan tau. So, jangan beralasan anda sibuk dan tidak mempunyai masa untuk senaman. hehe..

Selamat Mencuba!.




Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
fyna
admin
22/4/15 11:39 am ×

bagus tips nih. terima kasih info tersebut. ^____^

Reply
avatar
fisha hasan
admin
22/4/15 11:51 am ×

semoga bermanfaat..jangan tak apply ye.. hehe

Reply
avatar
22/4/15 8:20 pm ×

bijirin ni memang MJ suka dari dulu hingga sekarang, terutama dulu tergilakan cornflakes makan dengan susu fuhhhhhh

Reply
avatar
kucen master
admin
22/4/15 10:41 pm ×

cara yang paling senang sebenarnya ialah berhenti makan sebelum kenyang.bukan isi selagi boleh

http://kucenmaster.blogspot.com/

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment