6 Petua Ringkas Untuk Menghilangkan Parut Jerawat



Assalamualaikum semua.. Sihat semua ke? Mana tau semakin menjelang GST, ramai yang demam kan. Cuaca pulak panas sekarang ni. Make sure, anda minum banyak air putih ye. Banyak khasiat tau air putih atau palin water ni. Cuaca panas jugak boleh menyebabkan stress, maka timbullah banyak jerawat di muka. Jadi, Cik Vita tak ketinggalan nak berikan 6 petua ringkas bagaimana nak menghilangkan parut-parut jerawat di muka anda. Tak kiralah anak-anak ke, ibu-ibu, bapak-bapak ke, semua boleh apply ke muka sendiri.

cara hilangkan parut jerawat batu
Parut jerawat batu masih boleh dihilangkan

Petua Klasik


1] Menggunakan Timun

Ambil sebiji timun dan potong kecil-kecil. Agak-agak boleh masuk ke dalam mesin kisar. Then, kisar timun tersebut. Tapis timun tersebut dan ambil hampas tapisan timun tersebut. Seterusnya, anda tampal timun tersebut ke muka seolah-olah seperti masker. Biarkan selama setengah jam. Dan boleh bilas menggunakan air suam. Anda akan dapati muka anda suci bersih je. Hehe.. lakukan secara kerap untuk hasil yang maksima.

Baki jus timun tu, anda boleh minum ye. Campurkan dengan gula batu atau stevia extract sebagai perasa. Gula putih pun boleh. Cuma tak baik untuk kesihatan. Hehe..

2] Menggunakan Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Ramas asam jawa tersebut dengan sedikit air.. sedikit sahaja supaya tidak terlalu cair. Lalu ambil, pes tersebut dan sapukan ke parut jerawat anda. Sebaiknya lakukan sebelum masuk tidur. Bangun keesokannya barulah cuci muka dengan air suam. Lakukan secara kerap untuk hasil yang terbaik.

3] Menggunakan Aloa Vera @ Lidah Buaya

Penggunaan daun aloe vera adalah salah satu cara semulajadi kerana betul-betul menggunakan daun lidah buaya semulajadi. Yang menjadi masalah adalah kesukaran untuk mendapatkan daun lidah buaya tersebut. Zaman sekarang, jarang dah orang nak menanam daun lidah buaya lagi. Melainkan di kawasan kampong, mungkin ada lagi termasuklah di rumah Cik Vita. Jemput lah datang petik daun lidah buaya ye. Hehe.

Ambil daun lidah buaya tersebut. Belah dua dan anda akan Nampak lender atau ‘jelly’ yang terdapat  di dalam daun tersebut. So, sapu je ‘jelly’ tersebut ke kesan parut jerawat anda. Tetapi jangan sapu setiap hari ya. Sapu seminggu 3 kali sudah memadai.

4] Menggunakan Madu

Mula-mula ambil sedikit sahaja madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Sapu campuran bedak sejuk bersama madu tersebut di kesan jerawat anda. Lakukan secara kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

5] Menggunakan Daun Sireh Muda

Tumbuk beberapa helai daun sireh muda. Tempelkan pada kesan jerawat di muka anda. Biarkan sehingga 30 minit dan boleh cuci muka dengan air bersih. Amalkan petua ini 3 kali seminggu.

6] Menggunakan Kulit Kayu Manis dan Bedak Sejuk

Sediakan 2 batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk halus. Kemudian campur serbuk kayu manis yang ditumbuk tu dengan bedak sejuk. Bila dah sebati, sapukan pada parut-parut di wajah anda. Lakukan dengan sekerap mungkin untuk hasil yang terbaik. Lama-kelamaan parut akan hilang.

Haaa. Cepat-cepat pi cari bahan nak hilangkan parut jerawat. Cik Vita tak da masalah. Sebab… Cik Vita ada petua moden. Hanya bukak penutup botol dan telan. Hehe..

Petua Moden


Zaman sekarang banyak supplement serta Vitamin atau makanan tambahan yang anda perolehi. Anda hanya perlu pilih yang terbaik. Vitamin pilihan Cik Vita ialah Vitamin dari Shaklee. Cik Vita memang peminat tegar dan pengguna tegar vitamin Shaklee. Tambahan pulak untuk set kecantikan dan set kurus. Hehe.

Apa yang Shaklee boleh bantu untuk masalah parut jerawat?

Cik Vita perkenalkan kepada anda petua moden kegilaan ramai..

Vitamin C

rawatan parut jerawat
Vitamin C Shaklee

Berfungsi untuk merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ni adalah sebatian asas otot, tisu, gusi dan lain-lain. Ia mampu untuk menghalang otot menjadi lembik. Tak dalah anda kelihatan tua sebelum usia.

Selain itu, vitamin c juga bertindak untuk mencantikkan kulit. Kajian ada menunjukkan bahawa, sesiapa yang mengmbil vitamin c setiap hari akan mendapat kulit yang cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen ini adalah penyebab utama kepada jeragat.

Vitamin C juga berfungsi mempertingkatkan sistem imun dimana ia membantu MENYEKAT bakteria yang menjadi penyebab kepada PERTUMBUHAN JERAWAT.

Cik Vita suka sangat dengan vitamin c ni sebabnya tahan selama 6 bulan. Jadi, Cik Vita tak perlu repeat order setiap bulan. Boleh guna simpanan ke arah lain pulak kan.

Vitamin E



Vitamin E ini memberi manfaat kepada kita sebagai anti penuaan. Hanya dengan satu kapsul vitamin E setiap hari, mampu membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, PARUT, jerawat dan bintik penuaan.

Apa yang special vitamin E ni, ia mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada serta otot peha. Nak kesan yang lagi cepat, anda boleh picit vitamin E tu, letak terus kat atas parut jerawat. Sekejap je you all.. Vitamin E ni pun tahan selama 4 bulan tau. Save duit Cik Vita, tak perlu berhabis setiap bulan..

Energizing Soy Protien (ESP)

tips pudarkan parut dengan mudah
Protien soya ESP

Nama popular beliau ESP lah kan. ESP ni ialah makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya setiap peringkat golongan boleh consume ESP, kecuali kanak-kanak. Tapi kanak-kanak ada makanan tambahan kanak-kanak punya. So, tak perlu risau.

Ok, apa ESP boleh bantu menyelesaikan permasalahan kita ni? ESP membantu kita dalam meremajakan kulit. ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen terbaik anti penuaan, mempercepatkan sembuhan luka dan MENGURANGKAN KESAN PARUT. Pengambilan ESP juga boleh bantu kita untuk awet muda tau dan juga membaiki masalah pigmentasi, kedutan serta kesan tua.


Jadi, dah tahu rahsia kulit cantik Cik Vita. Apa tunggu lagi, mudah lagi senang tau. Hanya bukak penutup botol dan telan. Shake shake dan minum. Tak perlu nak tumbuk kulit kayu manis dan mintak ihsan daun lidah buaya lagi.. 



Cik Vita 
PENGEDAR SHAKLEE Anda

Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Anda Mungkin Berminat Untuk MENJANA PENDAPATAN  6 -7 angka sebulan. 

Hubungi Cik Vita sekarang ;
SMS / WhatsApp : 0199609708
Page : Cik Vitamin

KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA







Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Qaseh Abadi
admin
30/3/15 11:01 am ×

petua 2 dan 6 biasa amalkan sekejap.. akhirnya daku mengalah..haha
bila jumpa shaklee, telan tu je la hari2.. klu rajin skit wat masker 2x smggu..
(thumb up pada ESP ngan VIt C)

Reply
avatar
Unknown
admin
1/4/15 3:33 am ×

akk pernah guna aloe vera je.. tu pun beli dari kedai cina.. hehe.. akrg ni ku bncuh esp tu ja wat masker. sonang.. haha

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment