10 Tips Serlahkan Olesan Lipstick di Bibir


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua??. Cik Vita nak kongsikan pada anda, minggu lalu, Cik Vita ada terbaca artikel keluaran Rapi yang memberikan sedikit tips tentang bagaimana nak serlahkan sapuan lipstick di bibir wanita. 

Lipstick ni juga dikenali sebagai gincu. Bila sebut pasal lipstick ni, kalau kita salah sapu, maka solekan kita akan jadi tidak kemas atau tidak cantik. Warna lipstick juga memainkan peranan yang amat penting. Ianya hendaklah dipilih sesuai dengan tona muka kulit kita sendiri.

Cara pemilihan warna lipstick ni Cik Vita akan kongsikan pada anda di lain entry ye. Harini kita tengok dulu apa 10 tips untuk memastikan sapuan lipstick kita lebih cantik ataupun lebih menawan.

tips menyapu gincu
Kepelbagaian warna lipstick mengikut tona wajah

Tips serlahkan sapuan lipstick


# Pertama

Anda perlu lihat bentuk bibir anda. Jika ianya nipis, maka anda digalakkan untuk melukis bentuk bibir anda dengan menggunakan pensil bibir terlebih dahulu. Kemudian barulah oleskan dengan lipstick. Serlahkan lagi bibir anda dengan sapuan pengilat bibir ataupun lip balm.

# Kedua

Sekiranya bibir anda tebal, lipstick jenis matte adalah yang paling sesuai. Ia akan membuatkan bibir anda kelihatan seksi. Pengilat bibir tidak digalakkan kerana akan membuatkan bentuk bibir anda akan kelihatan tebal.

# Ketiga

Jika anda mempunyai bibir yang nipis pada satu bahagian sahaja, anda juga turut digalakkan untuk menggunakan pensil bibir bagi melukis bagi bahagian yang nipis. Sapuan lipstick jenis berkilat amat digalakkan.

# Keempat

Sekiranya anda mempunyai bibir yang kering juga akan menjadi 1 masalah. Sebagai penyelesaiannya anda hendaklah oleskan pelembap bibir sebelum mengenakan lipstick. Jika ia menjadi semakin teruk, maka eloklah sekadar menyapu pelembao bibir sahaja sehinggalah bibir anda kembali sembuh seperti biasa.
  

Rahsia Sapuan Lipstick Lebih Cantik


tips menyapu lipstick
Tips Olesan Lipstick

# Pertama

Bagi mengelakkan bibir anda kekeringan akibat dari sapuan lipstick, sebaiknya oleskan sedikit pelembap bibir terlebih dahulu sebelum memakai lipstick.

# Kedua

Sekiranya anda ingin mengekalkan warna gincu, maka sapukan bedak padat pada bibir anda selepas anda oleskan pelembap bibir. Jadi selepas itu barulah anda sapukan lipstick pada bibir. Tips ini akan membuatkan warna lipstick tahan lebih lama.

# Ketiga

Jika anda memilih untuk mengenakan pengilat bibir, ia perlulah disapu dengan kemas agar bentuk bibir kelihatan sekata. Untuk warna lipstick yang cantik, sapukan lipstick dan juga pengilat bibir yang mempunyai warna yang senada. Gabungan ini akan membuatkan orang kata “cantiknya you pakai lipstick”. Mesti anda suka kan. Tapi jangan riak tau!.

# Keempat

Untuk kesan yang baik serta kelihatan semulajadi, seeloknya touch up bibir anda dengan lipstick secara kerap. Memang akan Nampak ‘fresh’ macam baru datang kerja.

# Kelima

Mahukan warna bibir nampak nude?
Tekapkan bedak bpadat pada bibir dan gunakan pengilat bibir tanpa warna. Kelihatan cantik!

# Keenam

Untuk solekan bibir yang ‘penuh’ dan tidak comot, penuhkan bibir anda dengan warna pensil bibir. Bukan sahaja lebih kemas, malah warnanya juga akan tahan lebih lama.

Selamat mencuba!




Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
16/4/15 12:41 am ×

Wahhh terbaik!! Slalu merah lah lips nanti. Haha

Reply
avatar
fisha hasan
admin
20/4/15 3:52 pm ×

merah itu menawan!! hehe

Reply
avatar
permatamama
admin
21/7/15 9:09 am ×

wauuuu ini info yang berguna.. tidak kerap pakai lips tetapi kalau pakai ke event jenuh nak asyik pakai lips. tq

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment