Cik Vita banyak memberikan anda tips dan kedah untuk menurunkan berat badan dengan berkesan dan selamat. Sebabnya, Cik Vita suka tengok dan nak tengok semua masyarakat malaysia kurus dengan sihat dan selamat tanpa pengambilan ubat-ubatan bahan kimia yang boleh mempengaruhi kesihatan anda pada masa hadapan. Seperti yang kita tahu, semakin
ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Kanak-Kanak Juga Mengalami Obesiti |
Berdasarkan statistik yang
dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa
mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada
tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan
untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat
- Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
- Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
- Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
- Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
- Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
- Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
Say No To Fast Food! |
Cara Kawal Nafsu Makan Dengan Berkesan
- Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
Kenyang Dengan ESP |
Anda boleh mengambil ESP Shaklee untuk membantu anda mengawal selera makan anda dengan memberikan anda rasa kenyang sepanjang hari. Anda juga boleh mengambil Cinch Shake Mix yang juga merupakan sumber protien untuk membantu memberikan anda rasa kenyang sepanjang hari. Cinch Shake Mix didatangkan dengan 3 perasa istimewa iaiu Caffe Latte, Chocolate dan Vanilla.
3 Perasa Yang berbeza |
- Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
Vitamin Untuk Menyokong Proses Kurus |
- Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif. Sekiranya tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh melakukan senaman ringkas hanya di pejabat.
- Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
======================================================
Jom Baca~
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
10 comments
Click here for commentsnak kurus tapi kenalah dengan cara yang sihat..kalau kurus berpenyakit tak guna juga kan..vitamin shaklee bagus untuk kesihatan
ReplyInfo yang sangat bermanfaat dear fisha....memang baik untuk kita amalkan set kurus shaklee yang sememangnya natural dan tanpa bahan berbahaya..tentunya senaman pun jarus menjadi rutin harian kita kalau nak kurus dengan sihat.
ReplyPromosi Serentak VitaC Plus Vita E Complex Dan Collagen Powder di Penghujung tahun
Bagi yang ingin turunkan berat badan dengan selamat dan semulajadi semestinya supplement shaklee.
Replyamaran pengambilan supplement ketika hamil adalah sangat penting
kurus dgn cara sihat...kekalkan berat badan sihat dgn cara sihat, pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif..dan Cinch Shakes dapat menghindari kesan diet yo-yo
ReplyAda banyak cara untuk kurus. Cuma kita saja yang segan nak buat. huhu..harapkan berat turun dengan cepat without doing anything..
ReplyJommSihatDanCantik -> TESTIMONI KOLAGEN SHAKLEE
Info yang sangat bagus. Banyak cara yang selamat dan semulajadi untuk menurunkan berat badan seperti hadkan pengambilan makanan berlemak dan rajin bersenam.
ReplyProgram diet Shaklee juga sangat-sangat membantu. Memang ramai yang dah langsing dengan Shaklee.
Pengedar Shaklee Semenyih
Konsisten buat aktiviti fizikal,makan makanan berkhasiat,dan amalkan gaya hidup sihat..supplement hanya membantu je asalkan kita komited dan konsisten utk dpatkan berat ideal dan idaman kita
ReplyWalaupun nak diet perlu pilih diet yang selamat..kadang2 tngok orang diet sampai menyeksa diri sendiri...
ReplyMind sets!! Lupa kan makanan tidak berkhasiat, sedikit senaman..amalkan set shaklee bagi mengawal berat badan anda
Replysiapa ada masalah berat badan tu bagus ambil ESP.
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon