Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Ramai di antara kita yang memilih
buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau
malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal. Buah
yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara
buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem
tubuh. Selain sedap untuk dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai masakan
seperti Pie atau pencuci mulut, buah epal mempunyai khasiatnya tersendiri
untuk kesihatan.
Buah Epal Merah |
Epal merupakan sejenis tanaman
saka berbuah pom dalam genus Malus dalam keluarga mawar (Rosaceae), dan juga
antara tanaman yang paling banyak di tanam di dunia. Pokok epal berasal dari
Asia Barat, Terdapat lebih daripada 7,500 kultivar (baka) epal yang dikenali di
dunia yang mendatangkan pelbagai ciri-ciri yang diingini. Kultiva epal berbeza
dari segi hasil tanaman dan saiz mutlak pokok itu, walaupun bercambah dari
penanti yang sama
10 Khasiat Dan Kebaikan Buah Epal
- Baik untuk kesihatan
Epal merah mengandungi beberapa
fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik.
Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan
hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa
jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.
- Baik untuk melawaskan perut dan sembelit
Epal merah kaya dengan serat yang
membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.
- Risiko kanser rendah
Risiko kanser di kalangan wanita
yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut
Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati
kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.
- Mengandungi serat yang tinggi
Mengandungi serat yang tinggi dan
antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga
mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
- Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan
Kandungan agen antioksidan yg
terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses
penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur
kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih
kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan
kulit yang kering.
- Baik untuk menghalang penyakit jantung dan kanser
Fitokimia yang dijumpai dlm epal
bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk
menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak
ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
- Membantu proses mengawal berat badan.
Epal yang mengandungi kandungan
serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat
badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula
dapatmemberikan kita tenaga.
Khasiat Epal Hijau |
- Bebas kolestrol dan lemak
kandungan kolestrol dan lemak
tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi
snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan
- Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
Kandungan serat epal berupaya
mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
- Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin
Vitamin yang terkandung di
dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam
epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid,
betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin
A dan vitamin B kompleks.
=========================================================
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
6 comments
Click here for commentsbetul tu... epel bnyk manfaat nye
ReplyRecent Post by MananQayyim : Kronologi Perbezaan Harga Ron 97 dan Ron 95
saya pun memag suak makan buah epal...vitamin shaklee bagus untuk kesihatan
Replydah la banyak manfaat, kalau mkan cepat je kenyang...
Replyyes.. kita sama.. suka mkn epal..
Replydalam epal, quercetin paling byk terdapat pada kulitnya - bahan yang sama dalam anti aging Vivix Shaklee..tapi sebab wax pada kulit, kita kupas kulit..skrg saya dah tak kupas kulit, saya cuci dengan rendaman basic H, mmg tanggal wax tu
Replyyes betul tu sis kamalia.. guna basic H semua boleh setel.. alhamdulillah..
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon