Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Hari ini kita dapati semakin
ramai umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat. Hadis Nabi ada menyatakan bahawa
: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada
keuzuran maka dia adalah seorang munafiq.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Nabi yang cakap ye, bukan Cik Vita yang cakap. Jadi, kalau dah jarang-jarang solat jumaat, agak-agak, pahala yang anda dapat tu, penuh buku catitan jugak ke atau jarang-jarang?.
Ihsan : Google |
Kalau Cik Vita keluar sewaktu hari jumaat,
ada yang leka menjamu selera dan berbual-bual di kedai kopi ketika orang lain
sedang menunaikan fardhu Jumaat. Ada yang mengambil kesempatan balik tidur di
rumah tanpa merasa berdosa meninggalkan solat Jumaat. Ada pula yang pergi ke
masjid tetapi tidak mahu menunaikan solat, sebaliknya melepak di atas tembok,
basikal dan motorsikal tanpa merasa bersalah.
Mereka pulang bersama orang yang
bersolat Jumaat pulang. Mereka tidak sedar bahawa hukum meninggalkan solat
Jumaat walaupun sekali adalah berdosa besar. Jika kita tidak menunaikan solat
Jumaat hati kita akan ditutup rapat dan tidak dapat lagi menerima kebaikan dan
hidayah. Kita juga akan terpinggir dari rahmat Allah. Malah kita akan
digolongkan bersama orang-orang yang munafik. Orang munafik ini menurut firman
Allah dalam surah An-Nisa' bakal dihumban ke dalam neraka yang paling bawah, di
dasar jahanam. Alangkah malang dan hinanya nasib manusia yang tidak mahu
menunaikan solat Jumaat ini
Allah berfirman dalam surah
An-Nisa' ayat 145:
"Sesungguhnya orang-orang
munafik itu di tetapkan pada tingkatan yang paling bawah di kolong neraka. Dan
engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong
mereka".
DALIL SOLAT JUMAAT
kewajipan solat jumaat |
Kewajipan mendirikan solat jumaat
telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah berfirman maksudnya:
"Wahai orang-orang yang
beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari
Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan
mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu),
yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya)".
Ayat ini jelas menunjukkan suatu
kewajipan mingguan umat Islam iaitu segera menyahut panggilan solat Jumaat.
Mereka wajib meninggalkan premis perniagaan atau pejabat dan pekerjaan mereka
demi untuk menghadirkan diri ke masjid dan demi solat fardhu Jumaat. Rasulullah
S.A.W. juga telah bersabda:
"Menghadirkan solat jumaat
itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh" - (Riwayat
An-Nasa'i)
Situasi Semasa
Apa yang merunsingkan kita
akhir-akhir ini ialah semakin bertambah bilangan orang yang tidak menunaikan
solat Jumaat. Allah telah mewajibkan setiap umat Islam untuk menunaikan
solat-solat tertentu secara harian dan mingguan sebagai fardhu ain yang mesti
dilaksanakan demi membangun sifat-sifat kemanusiaan yang baik dan utuh dalam
jiwa mereka. Tanpa solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat orang Islam akan
runtuh sifat-sifat keislaman mereka. Iltizam mereka terhadap syariat Islam akan
menjadi luntur. Mereka akan mudah berubah menjadi peruntuh sendi kerukunan
hidup bermasyarakat dan bernegara.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan
solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan"- (Riwayat
At-Tabrani)
Kesimpulannya, marilah sama-sama
kita [Lelaki] mengerjakan kewajipan solat Jumaat bagi mengelakkan diri kita di seksa di
akhirat serta mendapat hukuman di dunia. Kewajipan ini juga termasukklah
mengerjakan solat 5 kali sehari semalam.
Jom! |
KEMPEN JANGAN TINGGAL SOLAT JUMAAT!~
=================================================================
Jangan Lupa :-
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
1 comments:
Click here for commentsAlhamdulillahh.. Tq post info yg baik baikk
Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon