Resepi Sarapan Mudah Dan Pantas, Tetapi Badan Kekal Langsing Jelita


Sarapan merupakan elemen yang paling penting ye untuk proses diet anda. Kalau tak sarapan, makanya susah lah sedikit berat badan nak turun. 

Pernah dengar istilah "Breakfast like a king". Maksudnya bukan makan banyak, tetapi makan makanan yang bekualiti, yang sihat. Jadi wajiblah bersarapan.


kepentingan bersarapan
Sarapan is very important

Jadi, saya akan memberikan resepi bagaimana nak buat muesli sendiri dari dapur kesayangan anda. Apa yang paling penting ialah sarapan yang membuatkan badan anda kekal langsing jelita. Sarapan yang saya maksudkan adalah dengan hanya mengambil semangkuk bijirin.

Ada yang cakap, bijirin tidak sedap kan? Tak sanggup nak siksa diri makan makanan tak sedap untuk kurus. 

Jadi, saya berikan anda, cadangan sarapan bijirin yang memang sedap dan cepat.

Resepi Sarapan Pantas


Morning Muscle Muesli
(Untuk 5 hidangan)

diet dengan pengambilan bijirin
Cohtoh hidangan muesli

Bahan-bahan
  • 50 gm mentega kacang
  • 125 g Oat
  • 50 g Kacang tanah
  • 50 g Biji Bunga matahari
  • 50 g Buah kismis


Cara penyediaan
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga kekuningan
  2. Masukkan kacang tanah yang digoreng ke dalam magkuk
  3. Masukkan buah kismis, oat dan biji bunga matahari dan gaul sehingga sebati
  4. Sapukan mentega kacang kedalam kualai dan masukkan ramuan yang digaul
  5. Goreng tanpa minyak selama 5 hingga 7 minit dan sedia dihidangkan
Muesli juga turut disediakan di dalam paket. anda hanya boleh terus makan ataupun campur dengan buahan segar, mengikut apa yang anda suka.


cara membuat muesli
Ready made Muesli


Cadangan Lain Pengambilan Bijirin


  • Susu + kacang + biji labu atau biji bunga matahari atau chia + buahan kering atau hirisan buah
  • Yogurt – konsep kunyahan membantu merasa kenyang secara psikologi. Ia sangat berkesan untuk anda yang sedang berdiet.
  • Campur pelbagai bijirin mengikut kreativiti – lebih murah, lebih sihat daripada yang dijual seperti muesli
  • Masukkan bijirin penuh ke dalam muffin, roti dan biskut


Anda juga boleh mengambil minuman protien untuk sarapan pagi. Ia akan memberikan anda rasa kenyang yang berpanjangan sehingga ke tengah hari. ini dapat mengelakkan anda mengambil snek-snek ringan yang tinggi kalori yang boleh mengganggu proses diet anda.

Selamat Mencuba!.





Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Hero Borneo
admin
23/4/15 7:13 pm ×

macam best je menu ni..

Reply
avatar
Unknown
admin
23/4/15 8:43 pm ×

memang best HB.. simple dan pantas, dan kenyang..

Reply
avatar
Unknown
admin
20/7/15 11:19 pm ×

Resepi yang cukup menarik

Reply
avatar

Kongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment