kentang goreng |
Bila kita sebut
je ‘kentang’, semua terfikir tentang makanan bergoreng khususnya dari restoran
makanan segera seperti KFC dan M’c Donald. Bertapa lazatnya kentang dari
restoran mereka [sambil telan air liur]. Haha.. selain itu apa lagi hidangan
berasaskan kentang? Kentang panggang yang dikayakan dengan curahan ‘creamy
sauce’ dan salad. Ya Allah, Dugaan apakah ini?. Sedapnyaaa.. haha.. tapi itu
semua berkaitan makanan yang mana kalau kita makan berlebihan akan menyebabkan
masalah kecantikan.
Apa khasiat
kentang dengan kecantikan?
Kentang ni
mengandungi vitamin A, B, C, Kalsium, Fostor, Potasium, Zat Besi, Serat dan
Protien serta kaya dengan Karbohidrat. Kepelbagaian nutrisi di dalam kentang
ini mampu memberikan manfaat kepada kecantikan kita sebenarnya. Apa yang paling
popular ialah kentang berfungsi untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah
mata. Jadi tak dalah kelihatan seperti panda.
Tetapi,
sebenarnya banyak lagi manfaat lain yang dapat kita perolehi dari kentang untuk
proses kecantikan ini. Jom kita selidik.
rawatan menggunakan kentang |
Manfaat Kentang Untuk Kecantikan
1] Mengatasi
Jerawat
Bagi Cik Vita,
masalah jerawat memang selalui menghantui manusia dan memang susah untuk
mencari solusi bagi mengatasi masalah jerawat tu. Bagi siapa kata dia tak
pernah langsung tumbuh jerawat, memang tipu rasanya. Mesti ada tumbuh samada
jerawat batu, jerawat sederhana ataupun jerawat pasir.
Ada yang cakap
pada Cik Vita bahawa selepas beliau pakai sesuatu produk, memang langsung tak
ada jerawat. Sejujurnya cakap, anda telah melibatkan diri anda ke arah
kehidupan yang tidak sihat. Dari pembacaan Cik Vita, wajah seseorang ni, pakai
lah produk baik mana pun, akan juga timbul jerawat even 1 ataupun 2. Kalau tak
da langsung, kemungkinan produk yang anda pakai mempunyai merkuri yang amat
berbahaya kepada ginjal anda. Isu ni, nanti Cik Vita kupas di lain entry lah.
Hehe
Ok berbalik
kepada kentang. Bagaimana nak elakkan jerawat dengan menggunakan kentang? Hanya
langkah mudah iaitu, kisar beberapa biji kentang mengikut kesesuaian dan
kemudian dinginkan di dalam peti sejuk. Selepas itu, lumurkan pada wajah anda
sebagai rawatan muka.
2] Mencerahkan
Kulit
Ramai wanita yang obsess dengan kecantikan.
Tetapi mereka hanya membeli produk yang terjual di pasar malam semata-mata
ingin wajah yang putih gebu dalam masa yang singkat. Cik Vita terfikir, “adakah
mereka terfikir, kalau ada kesan buruk yang terjadi kepada wajah mereka”. Cik
Vita sangat sensitif dengan muka. Takut tiba-tiba naik jerawat batu ke, ataupun
mengelupas ke.
Cik Vita bukan
nak jatuhkan perniagaan orang, tapi sebagai pengguna kita perlu bijak menilai
dan memilih.. kebanyakan produk sekarang bersifat menghakis akibat adanya
merkuri di dalam produk kecantikan yang mana akhirnya akan memberi masalah
kemerahan ekstrem ketika cuaca panas terik.
Langkah yang
paling bijak adalah amalkan produk ataupun bahan semulajadi seperti kentang.
Kaedahnya adalah dengan mengaplikasikan masker atau topeng muka daripada
parutan kentang segar pada wajah selama 30 minit. Biarkan dalam keadaan lembap
dan dingin sebelum dibilas dengan air bersih.
3] Mencegah
Penuaan Sebelum Usia
Banyak nutrisi
yang terkandung di dalam kentang mampu dijadikan rawatan antikedut. Apa yang
perlu lakukan adalah dengan melakukan masker wajah setiap hari yang dibuat dari
ekstrak kentang yang mana diyakini mampu memberikan kesan positif untuk
mengangkan garis halus. Malah ia juga mampu untuk melembutka kulit wajah.
4] Menanggalkan
Sel Kulit Mati
Selain kentang
ini boleh dijadikan masker, ia juga boleh dijadikan ‘scrub’ semulajadi untuk
kulit. Boleh juga hilangkan bintik hitam dan bintik putih di wajah anda. Caranya ialah dengan menggosokkan parutan kentang segar pada wajah,
biarkan selama 10 minit sebelum dibilas bersih menggunakan air. Petua ini juga
boleh diaplikasikan pada tubuh anda.
5] Menyihatkan
dan Menguatkan Rambut
Masalah rambut
dengan wanita khususnya tidak dapat dipisahkan. Tidak terkecuali juga kaum
lelaki. Cik Vita sarankan anda melakukan rawatan rambut menggunakan kentang
bagi masalah rambut beruban, kering dan gugur.
Caranya mudah
sahaja iaitu dengan membuat jus daripada perahan kentang yang dikisar dan
dicampur ekstrak tersebut dengan sebiji telur dan perahan lemon. Oleskan
campuran tersebut pada rambut dan kulit kepala dengan cara urutan menyeluruh
serta lembut. Biarkan selama 30 minit
sebelum dibilaskan dengan air bersih. Cik Vita juga gunakan aloe vera untuk menyihatkan rambut..
Itulah serba
sedikit petua hasil dari pembacaan Cik Vita. Moga bermanfaat untuk semua. Tapi
Cik Vita saja nak bagitau anda, Cik Vita malas sebenarnya nak potong-potong
kentang, mesin jadikan jus ni. Cik Vita bukak botol dan telan je. Jangan risau,
Cik Vita ambil vitamin semulajadi yang mempunyai 1001 khasiat lain untuk
kesihatan. Jadi sama je bahannya, vitamin Cik Vita yang ada 1001 khasiat dengan
kentang ini, semuanya dari bahan semulajadi. Jom buat pilihan. Yang simple dan
mudah ataupun yang retro…
Selamat
mencuba!.
Pengedar Shaklee Sik, Batu Lima, Jeniang, Kedah
Serta Seluruh Malaysia
"Saya Pengedar
Shaklee terbaik anda"
[1164063]
Hubungi Cik Vita sekarang
;
SMS / WhatsApp :
0199609708
FB : Fisha Hasan
Page : Cik Vitamin
KONSULTASI PERCUMA
UNTUK PELANGGAN CIK VITA
4 comments
Click here for commentsAnak sulung Mek ila tu suka sangat makan kentang, patutlah kulitnya licin aje hihi
ReplyNampaknya kene borong kentang lah nanti. Byk khasiat ni. UPT samar samar. Tak pasti mengandung atau tidak
ReplyKentang goreng mmg best dimakan. Hihi
ReplySaya paling suka makan kentang goreng, sedap dan yum yum.
ReplyKongsi apa yang anda rasa ^^
jangan malu malu, kita kawan kan :) ConversionConversion EmoticonEmoticon